Sunday, July 22, 2012

PASCA E13 : MINGGUAN MALAYSIA DEDAH PEMBOHONGAN GUAN ENG BERBOHONG PADA PARA IMAM MASJID DAERAH DI SELURUH PULAU PINANG

 

MINGGUAN MALAYSIA :DALAM NEGERI


Mana elaun imam dijanjikan?

BUKIT MERTAJAM 21 Julai - Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk menaikkan elaun para imam masjid daerah daripada RM500 kepada RM1,000 sebulan.

Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Lalang di sini, Abu Osman Sirun, 59, berkata, pada masa itu Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri telah berjanji menaikkan elaun iman masjid daerah kepada RM1,000 setiap seorang, jika pakatan pembangkang memerintah negeri ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, sampai sekarang janji untuk menaikkan kadar elaun berkenaan tidak ditunaikan.

“Saya mendengar keluhan daripada 12 iman masjid daerah yang masih tidak menikmati kenaikan elaun tersebut dan ini membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong.

BK : BOLEH RUJUK ARTIKEL SEBELUM INI BERKAITAN ISU YANG DIDEDAHKAN DALAM UTUSAN. SOALNYA SEKARANG PARA IMAM PAS DI PULAU PINANG TAK BERANI NAK MENYUARAKAN ISU TERSEBUT KERANA TAKUT DITEGUR OLEH SALLEH MAN DAN MAT SABU.

TAPI KALAULAH INI JANJI UMNO, MEREKA AKN BISING MACAM LANGAU HURUNG TAIK. MANA LA PI PRINSIP PARA IMAM. DALAM PADA ITU, BK MENCABAR GUAN ENG UNTUK MENAFIKAN HAL INI ATAU PALING TAK KATA " INI SEMUA FITNAH UMNO. MANA SAYA ADA JANJI "