Monday, November 24, 2014

GUAN ENG BELIT LAGI. MACAM BUDAK TAK BELAJAQ



Benarkah Lim Guan Eng sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang tidak pernah tahu mengenai pembangunan banglo mewah D'Residence Bayan Mutiara sehinggalah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang?

Apakah GuanEng telah berbohong dalam sidang media pada Jumaat lalu?

Di bawah adalah paparan skrin dari Adun.net Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaparkan jawapan bertulis daripada Ketua Menteri menjawab soalan yang dikemukan oleh YB Bayan Lepas pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN ke-12 yang bersidang pada 1 November 2010.

JAGDEEP MENGAKU BN BUAT RUMAH KOS RENDAH


TINTA SEORANG SAHABAT FB

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya tidak pernah merancang dan bina rumah kos rendah sejak mengambil alih kerajaan pada Mac 2008.

Dalam jawapan kepada soalan bertulis Adun BN Pmtg Berangan, pada Sidang DUN yang baru lalu, Jagdeep Singh Deo menyatakan hanya 2 projek rumah kos rendah dilaksanakan oleh kerjaaan negeri melalui agensinya PDC selepas 2008 iaitu Projek KR Taman Seri Cempedak di Tasek Gelugor dan Halaman Kenanga di Sungai Nibong.

Semasa sesi perbahasan, Jagdeep bagaimanapun telah mengakui projek Tmn Seri Cempedak (435 unit) yang siap pada 2008 sebenarnya dibina oleh kerajaan BN terdahulu.

Semakan di Adun.net Kerajaan Pulau Pinang mendapati dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Adun Bayan Lepas pada Sidang DUN 2010, YAB Ketua Menteri menyatakan pembinaan Projek Halaman Kenanga (KR:204 unit) di Sungai Nibong bermula pada Januari 2008 dan siap pada Disember 2010.

Ia membuktikan bahawa kedua-dua projek berkenaan dalam jawapan Exco Perumahan telah dirancang dan dibina oleh kerajaan BN terdahulu sekaligus membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang TIDAK membina satu unit pun rumah Kos Rendah sejak mengambil alih Kerajaan Negeri pada Mac 2008. Rumah-rumah Kos Rendah yang ditawarkan kepada rakyat Pulau Pinang mulai 2008 hingga kini adalah rumah-rumah Kos Rendah yang dibina oleh pemaju-pemaju swasta dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.