Monday, November 24, 2014

GUAN ENG BELIT LAGI. MACAM BUDAK TAK BELAJAQ



Benarkah Lim Guan Eng sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang tidak pernah tahu mengenai pembangunan banglo mewah D'Residence Bayan Mutiara sehinggalah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang?

Apakah GuanEng telah berbohong dalam sidang media pada Jumaat lalu?

Di bawah adalah paparan skrin dari Adun.net Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaparkan jawapan bertulis daripada Ketua Menteri menjawab soalan yang dikemukan oleh YB Bayan Lepas pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN ke-12 yang bersidang pada 1 November 2010.