Thursday, August 25, 2011

TOK NON NAK SAMAN GUAN ENG ? BILA?


UMNO SELANGOR DAH SAMAN MUSTAPA ALI PAS. UMNO PENANG TAK MAU SAMAN GUAN ENG KA SEBAB SELALU SANGAT TUDUH UMNO DALAM BANYAK HAL. EDAR RISALAH PUN FITNAH UMNO. DAP CUKUP BERANI BERMAIN FITNAH . SEBAB APA? SEBAB UMNO TAK BERANI KER? DALAM BAHASA MUDAH " ORANG AKAN BERANI MAINKAN KITA KALAU KITA TAK BERANI PADA ORANG ITU"

BN BAGI RM 1.4 BILLION. GUAN ENG BAGI RM 20 RIBU SAHAJA KEPADA PDRM DAN POLIS.MANA YANG BAIK?

KERAJAAN BN

PUTRAJAYA 24 Ogos – Kerajaan hari ini mengumumkan penerima bantuan sara hidup untuk golongan yang memerlukan akan diperluaskan jaringannya kepada balu-balu anggota polis dan tentera yang layak.

Serentak itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM1.4 bilion iaitu pertambahan RM200 juta menerusi program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma).

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus menegakkan keadilan sosial untuk meningkatkan kualiti hidup golongan yang memerlukan seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas dan balu anggota polis dan tentera.

‘‘Hari ini apabila kita mengubah hala tuju dan fokus kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), kita mengenal pasti kelompok masyarakat yang agak terpinggir dan memerlukan bantuan kerana ia merupakan prinsip dalam Gagasan 1Malaysia.

‘‘Dalam kemelut ekonomi dunia sekarang, ada negara tertentu yang ekonominya menguncup sehingga pencen terpaksa dipotong dan bantuan kebajikan dikurangkan, tetapi alhamdulillah kita bukan sahaja boleh meneruskannya tetapi menambahkan lagi peruntukan,” katanya ketika berucap semasa melancarkan Kar1sma di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fa Kui dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Justeru, beliau berharap dengan peruntukan yang lebih besar itu, ia mampu menaikkan semangat dan ilmu baru kepada penerima untuk menyumbang kepada masa depan mereka dan keluarga.
Perdana Menteri berkata, perubahan akronim Kar1sma akan menjadikan kerja-kerja kebajikan yang tidak glamor kepada glamor.

Dalam nada sinis, Najib berkata, kerajaan BN memberikan bantuan untuk hampir 500,000 orang atas prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan berbanding pembangkang yang menghulurkan bantuan untuk satu bulan tetapi riuh sekampung.

KERAJAAN PR PENANG

SUMBANGAN HARI RAYA TAHUNAN KEPADA ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN PULAU PINANG

by Buletinmutiara on Thursday, August 25, 2011 at 2:39pm
GEORGE TOWN – Bagi menghargai jasa dan sumbangan anggota pasukan keselamatan iaitu Polis dan Tentera, Kerajaan Negeri (KN) telah menyampaikan sumbangan berupa wang bernilai RM10,000 masing-masing kepada pasukan keselamatan, hari ini. Sumbangan telah diterima oleh SAC Zahruddin Abdullah mewakili pasukan Polis dan KOL Badrul Hisham Muhammad yang mewakili pasukan tentera.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, jasa pasukan keselamatan harus dikenang dan diberi pengiktirafan yang setimpal. Perkara ini terbukti apabila kadar jenayah di Pulau Pinang telah menurun sehingga 27 peratus pada tahun lepas. Ini merupakan kadar penurunan jenayah paling tinggi di Malaysia.

“Pada enam bulan pertama tahun ini, kadar penurunan juga dicatatkan menurun sebanyak 25 peratus. Jumlah penurunan ini juga merupakan yang paling tinggi di negara kita hasil daripada kecekapan dan kebijaksanaan polis mengekang masalah jenayah di negeri ini,” katanya ketika sesi sidang media yang diadakan di Komtar hari ini.

Menurut Ketua Menteri lagi, Pulau Pinang kini menjadi tempat pelancongan pilihan dan paling selamat di Malaysia bagi pelancong luar dan dalam negara.

TEMAN : BILA KERAJAAN BAGI BONUS MINIMA RM 500 GUAN ENG BAGI RM 600. BILA KERAJAAN UMUM BANTU TENTERA DAN PDRM, GUAN ENG PUN UMUM RM 20 000 UNTUK KEDUA DUA PASUKAN.BILA PM JUMPA RAKAN FB, GUAN ENG PUN TIRU JUGA. GUAN ENG TIADA IDEA BARU KA?

HATA WAHARI PEKERJA UTUSAN YANG DI PECAT. TEMAN TAK DAPAT SEKUPANG PUN DARI JASA BILA MENULIS BLOG




Teman hari ini agak terkejut apabila seorang rakan menyuruh teman membuka sebuah blog sahabat pro BN. Katanya ada cerita menarik dan sensasi. Nak sms pun panjang katanya.Semangat teman untuk mengetahui apa kisahnya berkobar-kobar. Sampai sahaja teman di rumah, selepas selesai solat sunat tarawikh, teman terus membuka blog mediapermatangpauh, lalu timbulnya cerita katanya hata wahari menyatakan beliau mempunyai bukti bahawa JASA membayar gaji kepada blogger pro UMNO. Inilah dasar paling laknat dalam ambang syawal apabila seorang bekas pekerja utusan yang dipecat mengeluarkan kata-kata nista. Beliau khabarnya mempunyai bukti penglibatan JASA di dalam membayar blogger upahan UMNO.

Patutlah teman tengok blogger pro umno kayo-kayo belako. ada yang pakai mercedes mata belalang, BMW X 5, estima aeras, ferrari,  dan sebagainya. Banyak sungguh duit JASA sebuah agensi di bawah Rais yatim membiayai blogger umno yer. Kenapalah teman tak dapat sekupang haram pun. Malang betul teman jadi blogger pro umno. Kalau pi pada guan eng sah-sah budak budak guan eng kena pecat sebab depa bukan ada info pun pasal kerajaan BN Pulau Pinang. Asyik-asyik kuar risalah aras tahun 6.

Kenyataan berbaur fitnah ini jelas memberikan gambaran bahawa PR telah membeli maruah seorang pekerja yang dipecat. Teman ulang pekerja yang dipecat. Biasanya dalam kajian sumber manusia , PEKERJA YANG DIPECAT IALAH PEKERJA YANG TIADA KUALITI SEKUPANG PUN DAN TIDAK BERGUNA BAGI SYARIKAT. LALU BANGKAI DAN HAMPAS UTUSAN INI BERLAGAK DENGAN MENUDUH JASA MEMBAYAR GAJI BLOGGER UMNO. WAHAI HATA WAHARI YANG TIDAK BERKUALITI, SEDARLAH, TEMAN SEBAGAI BLOGGER PUN SAJA SERONOK MENULIS DAN BUAT BLOG.

BLOG TEMAN WALAUPUN BARU, TAPI TEMAN BERANI CABAR MANA-MANA PIHAK UNTUK BAWA FAKTA DAN DATA YANG TEMAN PAPARKAN DALAM BLOG INI SEBAGAI FITNAH ( SESIAPA YANG BACA CABARAN TEMAN INI BOLEH MINTA HATA WAHARI TUNJUK BUKTI BLOG INI FITNAH) .


HATA WAHARI BACA BLOG KERDIL TEMAN INI DAN HADAMKAN DATA-DATANYA YANG MEMBUKTIKAN SEKUTU HATA DALAM PR MEMBOHONG RAKYAT. TEMAN TIDAK DI BAYAR PUN OLEH JASA . APA ITU JASA? TEMAN PUN BARU DENGAR DAN BARU TAHU JASA ITU DI BAWAH KEMENTERIAN RAIS ,.TEMAN INGAT JASA INI JKR ( BERJASA PADA RAKYAT). TEMAN TAK BERMINAT NAK ULAS PASAL AGENSI KEMENTERIAN BAWAH RAIS INI SEBAB TAK AMBL TAHU. YANG TEMAN AMBIL TAHU IALAH JELAS DAN NYATA KERAJAAN LIM GUAN ENG MEMBOHONG.

P/S : WAHAI ADUN-ADUN UMNO PULAU PINANG CAKAP PANDANG-PANDANG YA....... KALAULAH KENYATAAN SESETENGAH  YB TERHADAP BLOGGER DIDENGARI OLEH BLOGGER YANG BERJUANG SETENGAH MAMPUS INI, NESCAYA YB  AKAN TENGOK APA YANG BAKAL BERLAKU. WAHAI YB UMNO, BLOGGER TIDAK MEMERLUKAN HARTA KAMU PUN, BLOGGER BUKAN HAMPAS ATAU BANGSA KULI YANG MENGHARAPKAN BANTUAN KAMU.

BIARLAH KAMU KAYA RAYA KERANA UMNO. TAPI KAMU WAHAI YB UMNO, PERLU SEDAR BAHAWA MENANG KALAH KAMU ADALAH KERANA RAKYAT DAN KERANA UMNO .KALAU TEMAN NAK CERITA PUN PANJANG DAN BUAT SAKIT HATI.OK BROOOOO...........