Saturday, August 20, 2011

DAP KEJAM PADA ANAK PULAU PINANG

SEBELUM MENERUSKAN PEMBACAAN FIKRIKAN :

1. DAP HAPUSKAN KOMPAUN BERNILAI RM 24 JUTA KEPADA SEMUA PENGGERAI SELEPAS MENANG PILIHANRAYA KE12.TETAPI NILAI PINJAMAN ANAK NEGERI TIDAKLAH SEBANYAK MANA. SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN YANG MELAUNGKAN KEBAJIKAN, SEHARUSNYA DAP MEMBATALKAN SEGALA PINJAMAN INI ATAU MEMBUAT POTONGAN SEBANYAK 80%. DALAM HAL PTPTN DAP DAN PAS BUKAN MAIN TERPEKIK TERLOLONG MARAH BN. TAPI TANG DEPAN , DEPA NAK AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG. KEJAM KEJAM

Tindakan Terhadap Peminjam Tegar Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

by Lim Guan Eng on Tuesday, August 16, 2011 at 2:36pm
 
Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian besar daripada pendidikan mereka di Pulau Pinang. Permohonan pinjaman penuntut boleh dipohon secara online melalui portal Kerajaan Negeri mulai 2 Mei hingga 31 Julai setiap tahun.

Lembaga Biasiswa dan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang dalam mesyuarat bertarikh 15 Ogos 2011 telah meluluskan perkara berikut:

(i) Permohonan baru Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2011/2012 berjumlah 353 orang seperti dilampiran dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1,359,500.00.

(ii) Perbelanjaan tanggungan iaitu bayaran untuk penuntut lama semester 2 sesi 2011/2012 seramai 238 orang yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM472,250.00.

Sehingga 15 Ogos 2011, seramai 6,429 peminjam yang komited dan bertanggungjawab telah menyelesaikan sepenuhnya bayaran balik pinjaman penuntut. Walau bagaimanapun, masih terdapat seramai 1,564 peminjam yang dikategorikan sebagai peminjam tegar dikenal pasti gagal menyelesaikan pinjaman mereka dengan jumlah tunggakan sebanyak RM6,870,806.68. Menurut kamus dewan edisi keempat, tunggakan bermaksud hutang atau ansuran yang belum dijelaskan atau baki hutang yang seharusnya dibayar.

Kegagalan membayar balik pinjaman mengikut jadual yang telah ditetapkan menjejaskan peluang pinjaman kepada peminjam lain di masa hadapan. Wang bayaran balik ini digunakan semula untuk memberi pinjaman kepada penuntut yang akan menyambungkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan juga PhD.

Berdasarkan rekod dari tahun 2008 hingga 2011 seramai 31 peminjam telah diluluskan pertukaran pinjaman kepada biasiswa dengan jumlah RM 305,500.00 kerana mendapat prestasi cemerlang dengan Kelas Pertama iaitu CGPA 3.67. Jumlah pertukaran pinjaman adalah seperti berikut :-

Selain itu, Kerajaan Negeri juga prihatin kepada peminjam-peminjam yang menghidap penyakit kritikal dengan memberi pengecualian khas bayaran (dengan permohonan). Sejak tahun 2008 hingga 2011 seramai 6 orang telah diluluskan dengan jumlah RM43,003.03.

Sehubungan itu, saya menyeru agar semua peminjam tegar dan penjamin mereka dapat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman masing-masing. Kerajaan Negeri memberikan tempoh sehingga 30 September 2011 kepada peminjam tegar yang masih gagal untuk menyelesaikan bayaran pinjaman sebelum tindakan diambil dengan mengiklankan nama mereka beserta penjamin dalam akhbar-akhbar tempatan. Selanjutnya, tindakan undang-undang akan diambil jika peminjam-peminjam tegar berkenaan masih tidak melunaskan pinjaman mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif untuk memberi pengecualian daripada membayar faedah pinjaman kepada peminjam yang dapat menyelesaikan keseluruhan pinjaman secara sekaligus.

Bagi memudahkan urusan menyemak status pinjaman, peminjam boleh melayari portal Kerajaan Negeri atau terus menghubungi Unit Pinjaman Penuntut di Tingkat 29 KOMTAR di talian 04-6505627/5599/5165/5391.

1) LAPORAN KUTIPAN

Pecahan kutipan mengikut tahun adalah seperti berikut :-

2) LAPORAN TUNGGAKAN

Jumlah tunggakan mengikut jadual seperti berikut :-

3) LAPORAN PERTUKARAN PINJAMAN KE BIASISWA

Berdasarkan rekod dari tahun 2008 hingga 2011 seramai 31 peminjam telah diluluskan pertukaran pinjaman kepada biasiswa dengan jumlah RM 305,500.00 kerana mendapat prestasi cemerlang dengan Kelas Pertama iaitu CGPA 3.67. Jumlah pertukaran pinjaman adalah seperti berikut :-


TINDAKAN PENYELESAIAN

1. Pihak pentadbiran ini sentiasa meningkatkan usaha dalam mengambil tindakan kutipan dan penguatkuasaan ke atas peminjam-peminjam yang gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman.

2. Pelbagai cara untuk membuat kutipan balik tunggakan tersebut. Antaranya ialah mengeluarkan notis-notis tunggakan, tindakan undang-undang, paparan nama-nama peminjam dalam poster, iklan di Portal Kerajaan, lawatan ke rumah peminjam, carian alamat melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian-Kementerian Malaysia dan Jabatan-Jabatan Kerajaan serta menghubungi dan menghantar notis kepada penjamin-penjamin peminjam.