Sunday, July 24, 2011

SIRI 14 DAP LAKNATULLAH : KERAJAAN DAP RUGI RM 107.78 JUTA



Teman dah lama nak ceritakan tentang hal ini. Kalau baca buku bajet 2011 yang lalu, guan eng pusing angka dari pelbagai cara ntuk nampakkan kerajaan negeri sentiasa untung. Tapi dalam aspek tertentu guan eng sebenarnya rugi dan terpaksa mengambil wang daripada SIMPANAN TERKUMPUL NEGERI yang berbaki RM 538.95 juta pada akhir tahun 2009. Mari kita baca informasi di bawah :

Bajet 2011 ialah RM 900.35 juta
Bajet 2010 RM 713.79 juta.
Bajet mengurus 2011 ialah RM 493.10 juta meningkat sebanyak RM 89.08 juta
Bajet 2011 alami defisit sebanyak rm 107.78 juta
( rugi dan makan tabung )

Bantuan kerajaan BN di Pulau Pinang :

1. PROJEK PEMBESARAN EMPANGAN MENGKUANG RM 240.30 JUTA
2. PROJEK PENGURANGAN KADAR KEHILANGAN AIR TIDAK BERHASIL RM 10 JUTA
3. PROJEK BEKALAN AIR LAIN RM 12 JUTA

Sebahagian Agihan peruntukan pembangunan bagi tahun 2011 yang berkaitan kebajikan rakyat  :

Rancangan Perumahan Murah hanya RM 13.51 juta
Membina jalan kerajaan negeri RM  15.05juta
bantuan sekolah agama rakyat RM 1.70 juta

( patutlah di pulau pinang tiada projek perumahan kos rendah untuk rakyat. Peruntukan rumah kos rendah hanya RM 15.05 juta sahaja.Amat amat sedikit .Rumah di Pulau Pinang semuanya mahal nak mampus. Rumah bernilai RM 300 ribu dan ke atas dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Peruntukan jalan yang sedikit , menyebabkan jalan banyak rosak. DAP tahu, bila jalan rosak, kerajaan BN akan baiki. Ini semua tektik DAP dalam menjayakan mesej menggunakan wang BN , dan memberi kredit kepada mereka.

SIRI 13 DAP LAKNATULLAH : RM 8.6 JUTA UNTUK PERBADANAN BUKIT BENDERA

BUKIT BENDERA KU AKHIRNYA DINIAGAKAN SECARA KAPITALIS
KEADAAN KERAPI BUKIT BENDERA SEBELUM JANUARI 2011

PERUNTUKAN KERAJAAN BN BERNILAI RM 63 JUTA UNTUK KERETAPI BARU.NAMUN HARGA TIKET TELAH DINAIKKAN SEBANYAK RM 8 WALAUPUN YANG MEMBIAYAI PROJEK NAIK TARAF INI IALAH KERAJAAN BN. UNTUNG LAGI DAP LAKNATULLAH

RAKYAT TERPAKSA MENANGGUNG RM 8 BAGI MENIKMATI SUASANA DI BUKIT BENDERA. SEBELUM DIPERBADANKAN , TIKET KERETAPI HANYALAH RM 4. NAMUN, SELEPAS GUAN ENG MENUBUHKAN PERBADANAN BUKIT BENDERA, NILAI BUKIT BENDERA TELAH DPERDAGANGKAN SECARA KAPITALIS.


Sahabat sekalian, sedarkah kita bahawa bukit bendera merupakan sebuah kawasan tanah tinggi yang berstrategi dan kaki  bukitnya boleh sampai ke barat daya. Penubuhan perbadanan bukit bendera oleh guan eng adalah untuk memastikan keseluruhan kawasan bukit bendera di niagakan. Ini termasuklah di seluruh kawasan bukit bendera. Dengan kata lain, perbadanan ini akan membuat projek komersial bagi memberi kesan untung kepada kerajaan negeri. Jadi tidak hairanlah tambang keretapi bukit bendera telah dinaikkan sebanyak rm 8 daripada rm 4 sebelum ini. Setelah diperbadankan, kerajaan negeri telah memperuntukan sejumlah wang sebanyak rm 8.6 juta bagi tahun 2011 untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan mengindahkan kawasan bukit bendera.Perbadanan bukit bendera boleh kaut untung berlipat ganda. Bukit bendera juga dimajukan melalui peruntukan kementerian pelancongan. Bayangkan, perbadanan kaut untung berlipat ganda dan kesannya merugikan rakyat.Bukit bendera tidaklah sejuk seperti dulu. Sekarang kalau pi bukit bendera memang panas. Guan eng nak bina hotel lagi.Nilai alam sekitar yang nyaman tidak lagi dirasai. Kawasan-kawasan denai kadangkala sukar dimasukki kerana di kawal oleh anjing belaan individu tertentu. Justeru, apa yang boleh dibanggakan sekarang. Bukit bendera bakal digondolkan dengan semangat kapitalis. Untung berlipat ganda. Ingat!!!!! rm 63 juta telah disumbang oleh kerajaan BN bagi menaiktaraf keretapi bukit bendera. Duit ini duit kerajaan BN. Kerajaan DAP baru nak pump rm 8.6 juta sahaja bagi tahun 2011. Boleh buat perbezaan iaitu  Kerajaan BN bagi rm 63 juta dan  Kerajaan DAP bagi rm 8.6 juta. Siapa yang baik dan sayangkan rakyat Pulau Pinang?