Thursday, June 28, 2012

PASCA E 13 : 10 JULAI KEPUTUSAN CIKGU ABDULLAH KHAIRI SELEPAS MESYUARAT BERSAMA MAIPP


Laporan dibuat oleh  Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.

Abu Bakar menyatakan pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.

“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar.

“Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid,” katanya.

Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti.

Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.

surat mohon menyiasat di serahkan kepada pegawai JAIPP untuk di ambil tindakan lanjut

Doa khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Taman Guar Perahu, Permatang Pauh pada 22 Jun 2012 dikatakan mengandungi hasutan untuk mengguulingkan kerajaan 

JAIPP sedang menjalankan siasatan berikutan laporan Buletin Utama TV3 pada 23 Jun dan 24 Jun 2012.

Pada 24 Jun 2012 Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) telah mengarahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah SPT menyiasat perkara tersebut.


Pihak JHEAIPP hanya menerima aduan bertulis, daripada anak khariah pada 26 Jun 2012, berdasarkan sepucut surat bertarikh 25 Jun 2012.


Pihak JHEAIPP juga telah menghubungi Pengerusi Khariah untuk mendapatkan maklumat berkaitan, dan juga telah menerima rakaman khutbah yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa Khariah berkenaan pada 25 Jun 2012.


Khutbah yang dibacakan khatib jemputan berkenaan adalah berkaitan Israk dan Mikraj serta pengajaran yang boleh diambil daripadanya.


Siasatan awal JHEAIPP mendapati bahawa khatib telah berdoa seperti berikut :


"Berikan kemenangan kepada jemaah Islam ya Allah, ya Allah hancurkanlah ya Allah kepada orang yang memberikan penindasan, menyeleweng yang menipu ni ya Allah, jatuhkan mereka ya Allah dalam pilihan raya yang akan datang ni ya Allah."

( nawaitu cikgu abdullah khairi membaca doa ini nak ditujukan kepada siapa? kepada PAS? kepada PKR? kepada DAP atau kepada parti ikhwan atau parti di thailand?parti mana yang nak dijatuhkan? Doa yang dibacakan ini mengandungi niat buruk untuk memecah belahkan umat. Abdullah khairi di cabar untuk bertanding dalam pilihanraya di mana mana kerusi dun yang menempatkan calon umno.)



masjid ini telah di tadbir oleh pasukan pakatan yang rakus mahu mendoakan rakan seagama. kepada bakar baikalani dinasihat kepada kapu agar kamu memuhasabah diri kamu. apakah kamu lupa perbuatan kamu yang di belakang tabir melanggar syariat Islam. di dunia kamu boleh berbohong. tapi dengan Allah kamu akan terima balasannya.

kalau kamu nak bertanding atas kerusi pas di sik, kamu boleh berambus dari bumi penang. jangan pecah belahkan umat walupun kamu seroang kakitangan di pejabat agama

Semalam JAIPP telah memutuskan untuk mengeluarkan keputusan hasil siasatan pada 10 Julai 2012 selepas bermesyuarat dengan Malik Kassim yang juga merupakan YDP MAIPP. pelik juga kan, kata nak bagi jawatan YDP ini pada salleh man. 

Timbul tandatanya siapakah yang akan mempengerusikan mesyuarat MAIPP berkaitan keputusan kes abdullah khairi ini?

Apakah JAIIP redho dengan kenyataan malik kassim selaku ydpmaipp bahawa teks khutbah bebas dibaca tanpa mengikut teks khutbah yang disediakan oleh pihak JAIPP?

Apakah abdullah kahiri mempunyai tauliah untuk mengajar di masjid masjid atau menyampaikan khutbah?

Abdullah khairi seorang guru yang suaranya lunak dalam sajak sakaratul maut , namun dia tidak menghayati bait bait sajak yang dibaca olehnya sendiri. inilah yang

pembaca sekalian, abdullah khairi membaca khutbah di bawah tajuk israk mikraj. pesanan buat abdullah khairi seperti pengajaran dalam peristiwa israk mikraj :

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Jangkaan BK keputusan akan berpihak kepada Abdullah Khairi atau dia akan menerima surat teguran sahaja. demikianlah sandiwara pakatan pasa dap dan pkr dalam hal ehwal islam pulau pinang.