Wednesday, July 13, 2011

UMNO /BN PULAU PINANG PERLU SEDAR UNTUK MENANG

selaku bekas otai umno, dato azhar faham mendalam erti politik. pandangannya tentang survival melayu pulau pinang perlu diberi perhatian. dato zainal pula perlu berubah dan bergerak secara realisitik dan lebih cepat. ketua pemuda ir syed wa respect sama lu. teruskan syed.


Teman bukanlah seorang cendiakawan yang layak untuk nenegur kepimpinan UMNO Pulau Pinang. Tapi teman sangat nak membantu UMNO dan BN supaya mampu menang semula di Pulau Pinang. Bukan apa, teman nampak terdapat kelompangan dalam mencapai kemenangan. BN dan UMNO dah hampir nak menang. Tetapi perpecahan dalaman masih lagi berlaku di beberapa bahagian. Bak kata Dato' Shafie Afdal dalam Majlis Penerangan Perdana 10/7/2011 yang lalu dalam mendedahkan jumlah pemilih baru yang mampu di cari oleh UMNO Perlis iaitu tak sampai 700 orang .Itu yang berlaku di Perlis. Bercakap perlu terus terang.Teman tak mau campur hal Perlis. Teman bicarakan situasi Pulau Pinang.

Demografi penduduk akan tidak seimbang dengan jumlah pengundi yang akhirnya keputusan awal boleh teman buat bahawa BN boleh kalah sekiranya kuasa undi cina masih lagi tidak memihak kepada BN.Teman lampirkan jumlah penduduk pulau pinang yang mencatat sejarah pada penghujung disember 2010.

Melayu = 670 000 ( 44.89%)
Cina 658 700 ( 44.22%)
India 155 600 ( 10.4 %)
Lain-lain kaum = 65 000 ( 0.43% )
JUmlah Penduduk : 1 549 300

Jumlah Pengundi di pulau pinang sehingga 30/9/2010 seperti berikut :

Melayu = 257 397 ( 34.91%)
Cina = 407 828 ( 55.31%)
India = 70 437 ( 9.55%)
Lain-lain = 1686 ( 0.239%)
Jumlah besar = 737 348.

berdasar angka di atas jelaslah bahawa undi melayu tidak mampu menyaingi jumlah undi cina dan melayu tidak mampu menjadi ketua menteri pulau pinang. hujah yang di bawa oleh lim guan eng laknatullah kepada kaum cina, bahawa umno bakal menjadi ketua menteri adalah salah sama sekali kerana kuasa undi cina melebihi 150 000 orang. Hakikat sebenar tidak boleh dibohongkan. UMNO perlu sedar dan komponen BN yang lain pun akan tahu. LGE gampang ini selalu bawa isu bahawa umno nak jadi Ketua menteri. Justeru, sebagai pengundi yang cerdik, UMNO tetap bersama dan setia dalam hubungan berkawan dengan komponen BN di Pulau Pinang. Komponen BN perlu yakin bahawa kuasa KM akan diberi kepada kaum cina berdasarkan hakikat kuasa undi. Namun, TYT tetap Islam. Itu yang perlu kita faham dan sedar. Untuk menang, kita bersatu dan buang syakwasangka. Ayuh BN Pulau Pinang giatkan program daftar pemilih.