Wednesday, August 6, 2014

WALAUPUN KHALID DI PECAT, PAS TETAP MENERUSKAN MESYUARAT 10 OGOS



GAMBAR SEKADAR HIASAN 

PAS tetap dengan pendirian mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor biarpun PKR berkemungkinan akan memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu.

Sumber dalaman PAS memberitahu, kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan terjejas biarpun dipecat dari PKR dan keadaan ini membuatkan PAS akan bertegas dengan keputusannya.

"Hanya undi tidak percaya dari Adun-Adun menerusi sidang Dun sahaja mampu untuk gugurkan Tan Sri Khalid dari jawatan menteri besar.

"Kalau dipecat dari parti, kedudukan beliau tidak terjejas dan masih boleh meneruskan tugas seperti biasa sehingga adanya undi tidak percaya dari majoriti Adun dalam sidang Dun," kata sumber PAS itu kepada Astro AWANI.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu Astro AWANI jika mengikut Perkara 53 fasal 6, Perlembagaan negeri Selangor, jika undi tidak percaya dalam sidang Dun bersetuju Abdul Khalid perlu melepaskan jawatan, masih terdapat dua pilihan untuk dilakukan.

"Pertama, Tan Sri Khalid dan barisan exco yang dilantik beliau, semuanya perlu meletak jawatan, bukan hanya menteri besar.

"Atau yang kedua, Tan Sri Khalid selaku menteri besar boleh menasihatkan Sultan Selangor supaya membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri diadakan," katanya.

KHALID SAMAD SIFATKAN SAIFUDDIN NASUTION KURANG BIJAK


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan serangan berhubung isu intergriti Menteri Besar Selangor oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution sebagai tindakan kurang bijak.

Hal itu berikutan, serangan terbabit akan memberi persepsi kepada rakyat bahawa parti itu hanya bersedia mendedahkan penyelewengan seseorang pemimpin apabila mahu melaksana proses penyingkiran.




“Ini seakan memberi gambaran jika betul ada penyelewengan dan kalau pemimpin itu masih dikehendaki, kita akan sorokkan penyelewengannya daripada pengetahuan rakyat.

“Rakyat akan melihat keadaan ini, yang mana kita serupa dengan Umno,” katanya dalam sidang medianya di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata, PKR harus mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP terlebih dahulu bagi menentukan langkah seterusnya.

“Seharusnya, perkara ini dibentangkan dahulu kepada PAS dan DAP untuk tindakan selanjutnya, sebelum memanggil Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan beliau.

“Mungkin dalam perbincangan itu juga boleh mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan isu kerusi Menteri Besar,” katanya.

BK : SAIFUDDIN KURANG BIJAK=TAK CERDIK=BODOH YANG SEBENARNYA 

CHEGU BARD : JAWATAN MB BUKAN MILIK PAKATAN RAKYAT

Chegu Bard memberikan pandangan pertukaran Menteri Besar Selangor itu perlukan kehendak suara rakyat Selangor dan bukannya suara DAP, PKR atau PAS.




Katanya, ini kerana kemenangan pakatan pembangkang di Selangor juga adalah disebabkan oleh pengaruh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jadi, saya rasa sebarang perubahan dalam jawatan Menteri Besar Selangor perlu mengambil kira pandangan rakyat kerana sebarang pertukaran bukan berdasarkan arahan dari pucuk pimpinan parti sahaja," jelasnya.
 

Jika Pakatan Rakyat dan PKR berpaksikan slogan 'Demi Rakyat' maka seharusnya pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat itu perlu mengambil kira suara majoriti rakyat bukan hanya mengambil suara pemimpin Pakatan Rakyat.

Jawatan Menteri Besar Selangor itu bukan milik pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya milik rakyat dan biarlah rakyat sendiri yang menentukan Menteri Besar Selangor

TARIKH 10 OGOS PENENTU KHALID IBRAHIM




Surat tunjuk sebab yang dihantar Lembaga Disiplin PKR kepada Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memintanya meletak jawatan dilihat tekanan kepada PAS supaya memberi sokongan penuh kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan ISmail sebagai MB Selangor yang baharu.

Ia berikutan mesyuarat PAS untuk menentukan pendirian mengenai isu berkenaan yang dijadual berlangsung pada 10 Ogos ini, dua hari selepas tarikh tamat Abdul Khalid perlu menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.




Menurut sumber dalaman PKR, sekiranya Abdul Khalid dipecat sebelum 10 Ogos, MB itu akan kehilangan sokongan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dan 15 ADUN DAP yang merupakan majoriti anggota ADUN Selangor.

"Hal ini akan memaksa PAS untuk menerima keputusan PKR termasuk menamakan Wan Azizah sebagai calon MB.


BK : Kedudukan parti di DUN Selangor ialah PAS (15 kerusi), DAP (15 kerusi), PKR (14 kerusi) dan BN (12 kerusi).Jumlah kesemua kerusi ialah 56 kerusi.

TERKINI PKR BERSEDIA BUBAR DUN?




PKR sedia kehilangan Selangor sekiranya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan satu-satunya cara untuk Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dalam menyelesaikan kemelut menteri besar yang melanda negeri itu, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. 

Ahli Parlimen Pandan itu mengakui meskipun PKR bakal berdepan keadaan sukar sekiranya pembubaran DUN berlaku namun parti itu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Katanya, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan kesediaan menerima hakikat kehilangan kerajaan yang berjaya dirampas parti itu daripada Umno-Barisan Nasional (BN) bermula pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

"Bagi mempertahankan prinsip, kita tidak kisah kehilangan kerajaan, jika itu perlu dilakukan maka ia amat berbaloi, pemimpin datang dan pergi, saya, Anwar.

"Kerajaan kita boleh dapatkan kembali namun tidak sekiranya kehilangan kepercayaan, intergriti dalam pentadbiran, sekali kita hilangkan ia akan mengambil masa lama, bergenerasi untuk dapatkan kembali kepercayaan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyertai forum bertajuk 'Mengapa Khalid Harus Berhenti' anjuran Kelab Bangsar Utama di Dewan Perniagaan Cina Selangor, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Katanya, beliau yakin rakan sekutu mereka PAS dan DAP turut bersedia dengan hakikat risiko kehilangan kuasa memerintah di negeri berkenaan

"Meskipun kita tidak tahu bagaimana dengan DAP atau PAS tapi kita yakin mereka juga sependapat dengan kita," katanya.

BK : MENGGONG BETUI. KUASA BUBAR DUN BAWAH PERMOHONAN MB KEPADA SULTAN. BUKAN KUASA PARTI ...INILAH AKAI KURANG MENGAKU PANDAI

HANIPA MAIDIN TEMPELAK HJ HADI


Ahli Parlimen dari Pas, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan bahawa pandangan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor adalah pandangan peribadinya.

Hanipa berkata, keputusan tersebut tidak mewakili Pas kerana keputusan tersebut hanya akan dimuktamadkan pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang bakal berlangsung pada 10 Ogos ini.

"Presiden Pas tidak mempunyai kuasa veto.

"Beliau (Abdul Hadi) bukan maksum, jadi keputusan itu hanya pandangan personal beliau.

"Jadi kita tunggu 10 Ogos ini," katanya di Forum: Selangor: Pakatan Berpecah ? di Dewan Perhimpunan Cina-Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Mohamed Hanipa berkata, Abdul Khalid sepatutnya sedar dan perlu mengundur diri segera kerana beliau telah ditolak oleh PKR.

"Beliau sudah ditolak oleh partinya sendiri," katanya lagi.

Menyentuh hal yang sama, Mohamed Hanipa menambah, kenyataan beliau terhadap Presiden Pas itu adalah kerana beliau lebih menyanyangi keutuhan dalam PR.

"I love my President (Saya sayangkan Presiden Pas), tetapi saya lebih sayang Pas Dan PR," katanya lagi.

Turut hadir dalam Forum tersebut, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) dan aktivis politik, Hishammuddin Rais. - Sinar Harian 

BK : KURANG AJAR PUNYA HANIPA. BERANI LAWAN TAUKE. ORANG TAU LA HANG PRO MAT SABU. PRO ANUAR BRAHIM. TAHU PUN HJ HADI BUKAN MAKSUM. HABIS TU MAT SABU DAN ANUAR MAKSUM?