PKR sedia kehilangan Selangor sekiranya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan satu-satunya cara untuk Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dalam menyelesaikan kemelut menteri besar yang melanda negeri itu, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu mengakui meskipun PKR bakal berdepan keadaan sukar sekiranya pembubaran DUN berlaku namun parti itu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Katanya, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan kesediaan menerima hakikat kehilangan kerajaan yang berjaya dirampas parti itu daripada Umno-Barisan Nasional (BN) bermula pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
"Bagi mempertahankan prinsip, kita tidak kisah kehilangan kerajaan, jika itu perlu dilakukan maka ia amat berbaloi, pemimpin datang dan pergi, saya, Anwar.
"Kerajaan kita boleh dapatkan kembali namun tidak sekiranya kehilangan kepercayaan, intergriti dalam pentadbiran, sekali kita hilangkan ia akan mengambil masa lama, bergenerasi untuk dapatkan kembali kepercayaan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyertai forum bertajuk 'Mengapa Khalid Harus Berhenti' anjuran Kelab Bangsar Utama di Dewan Perniagaan Cina Selangor, di Kuala Lumpur, malam tadi.
Katanya, beliau yakin rakan sekutu mereka PAS dan DAP turut bersedia dengan hakikat risiko kehilangan kuasa memerintah di negeri berkenaan
"Meskipun kita tidak tahu bagaimana dengan DAP atau PAS tapi kita yakin mereka juga sependapat dengan kita," katanya.
BK : MENGGONG BETUI. KUASA BUBAR DUN BAWAH PERMOHONAN MB KEPADA SULTAN. BUKAN KUASA PARTI ...INILAH AKAI KURANG MENGAKU PANDAI