pertama sekali BK nak ucapkan selamat kembali kepada semua perwakilan umno pulau pinang yang berkampung dengan jayanya di pwt bermula selasa dan berakhir 30 nov semalam. BK kagum dengan pembahas umno pulau pinang yang terdiri daripada pun juma ( ketua wanita umno bagan), dato rahim ( ketua umno bahagian bayan baru), hj shaharudin ( naib ketua bahagian tanjong), ketua puteri bukit mertajam dan wakil pemuda umno PP. kesemuanya mengupas isi perbahasan dengan tertib dan tidak bertindan. dengan kata lainya mamu dan mami penang dah mula pandai menyusun kata membahas bicara. tahniah!!!
semangat perwakilan tentu dah membara dan tak sabar menyahut cabaran dato najib untuk berjuang dan jangan cah keting. baiklah , BK tak mau mengulas hal umno. banyak penceritaan menarik yang berlaku antara jaguh lama dengan jaguh baru dalam dap pulau pinang. bak kata pepatah melayu, jaguh baru dah lupakan kulit yang membantunya untuk menjadi calon di perai dan batu kawan sekaligus mencadangkan namanya sebagai timbalan ketua menteri 2 pulau pinang.
perbalahan antara karpal dan p ramasamy tidak dapat dielakkan. pekung peperangan terbuka dengan busuknya. niat jahat p ramasamy terhadap karpal telah di susun selepas karpal menempelak beliau. p ramasamy melihat karpal adalah ancaman untuk meneruskan kelangsungan politik beliau. lalu pasukan karpal yang terdiri daripada thana ( adun bagan ) dan s rayer ( adun seri delima ) telah memulakan serangan ke atas p ramasamy. masing masing mahu menjadi hero kaum india. isu lembaga wakaf kaum india dijadikan landasan untuk menyatakan kumpulan karpal adalah tidak telus.
dalam hal ini, p ramasamy hanya menunggu signal dari lim guan eng untuk meneruskan agenda beliau mengenepikan karpal. gerak kerja untuk mempengaruhi 20 orang jawatankuasa dap negeri dalam pemilihan 15 dan 16 ini telah berjalan dengan baik. bagi dap, sesiapa yang melekat sebagai 20 orang ahlijawatankuasa ini , bermakna harapan cerah untuk menjadi adun atau ahli parlimen.
masihkah kita ingat lagi kenyataan karpal bahawa wakil rakyat dap tidak dibenarkan bertanding untuk kerusi dun dan parlimen dalam pru 13. kepada siapakah ayat ini ditujukan ? jawapannya ialah kepada p ramasamy ( dun perai dan parlimen batu kawan) serta lim guan eng sendiri . kenyataan pedas ini tidak disenangi oleh calon dap yang mula nampakkan kuasa dan yakin mereka akan menang.
Karpal Singh pernah menyebut kepada penyokong setia beliau bahawa ‘Kesalahan besar yang dilakukan oleh beliau adalah menyokong pelantikan Dr.P.Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2”.
jika perancangan ramasamy berjaya maka nasib thana dan rayer adalah amat malang. jika karpal berjaya ramasamy pula mungkin akan dicampakkan ke teluk intan iaitu salah sebuah daerah yang terdapat di negeri kelahiran beliau di perak.
apapun , persoalan dan tanda tanya terus bermain antara 2 pasukan ini. apakah perlawanan ini boleh di samakan dengan pasukan gajah putih melawan harimau malaya? atau p ramasamy dinasihat terlebih awal supaya hentikan niat jahatnya terhadap otai dap.
bagi BK, biarkan karpal terus dalam dap. kalau tak de dia tak fight pulak bn nak balun pakatan ini. ketegasan karpal mentarbiyyah pas dalam hal perundangan islam harus di puji. karpal berjaya menjadi naqib usrah kepada pas.