Monday, October 29, 2012

PASCA E 13 : PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID PULAU PINANG . PERKARA MULIA YANG MEMBURUKKAN UMAT


terlebih dahulu BK nak lafazkan ucapan tahniah ke atas kepimpinan JHEAIPP kerana berjaya merangka tatacara pemilihan jawatankuasa qaryah masjid negeri pulau pinang bagi sesi 2013-2015. selepas mesyuarat diadakan bersama semua pengerusi masjid masjid di seluruh pulau pinang, maka gegak gempitalah suara suara yang menyokong dan juga yang membantah untuk pembaikan semula.

bagi pas dan pkr mereka melihat bantahan umno sebagai bukti umno penakut dan tak berani melawan dengan calon mereka dan bukti umno tiada calon yang kerap pi ke masjid untuk berjemaah.

pas seperti menatang minyak penuh dan amat yakin bahwa semua masjid dan surau akan disapu bersih oleh mereka. sekiranya mereka berkuasa ke atas masjid dan surau , maka surau yang pada dasarnya adalah wakaf untuk umat islam akan di paskan oleh pas dengan menaiktaraf status masjid atau surau yang mereka kuasai sebagai markaz pas atau tak mustahil sebagai pusat tarbiyyah parti pas. itu yang yahudi mahukan iaitu menukar status masjid dari pusat penyatuan ummat kepada pusat perbalahan ummat.

ada yang menyatakan, apabila pas mentadbir masjid , maka masjid akan dapat diimarahkan dan program berjalan dengan banyak. wah!!!! sungguh mudah konsep imarah diterjemahkan oleh ahli politik pas. apakah dengan memanggil pengkuliah yang dapat menghentam kerajaan dan memfitnah manusia sesama islam , maka ramai yang hadir ke majlis tersebut lalu di trade mark kan sebagai imarah?

perlu disedari, yang datang ke masjid apabila pengkuliah pas memberi kuliah ialah ahli dan penyokong mereka sendiri. bayangkan anak qariah ada lebih kurang 3000 orang tetapi yg hadir hanya 200 orang dalam setiap kali kuliah. apakah itu namaya imarah?

apabila islam dipolitikkan maka pengistilahan dalam konteks islam juga di salahtafsir. lalu UMNO digelar sebagai penakut dalam pemilihan jawatankuasa masjid. perlu diingatkan kepada sekalian jemaah yang pergi berjemaah ke masjid, tujuan kita berjemaah adalah untuk mendapat ganjaran pahala jemaah dan tujuan kita mendengar kuliah pula adalah untuk mendapat pahala ibadah menuntut ilmu. namun, semua ini dah jadi seperti tidak tentu hala disebabkan perbalahan besar antara islam umno dan islam pas.

sebagai umat islam yang menjadikan  solat berjemaah dan pergi ke masjid sebagai amalan, maka BK berharap agar JHEAIPP memberi pertimbangan semula dan dapat menggunakan kaedah penyatuan ummat dalam memilih jawatankuasa masjid sesebuah qariah. adalah tidak adil meletakkan mereka yang berlatar belakang politik pakatan rakyat dalam jawatankuasa khas merangka tatacara pemilihan jawatankuasa qariyah masjid negeri pulau pinang.BK menghormati keputusan dan titah yang Yang Di Pertuan Agong dalam hal ini namun pertimbangan semula perlu diberikan kepada 2 nama di bawah iaitu :

Dr Wan Salim B Wan Mohd Nor
Pensyarah Pengajian Islam Ilmu kemanusiaan USM
 proksi anwar ibrahim serta aktif dalam pkr ( belakang tabir)
YDP Persatuan Ulamak Pulau Pinang
agak kurang tepat memilih beliau kerana beliau berpihak kepada pakatan DAP di pulau pinang walaupun berstatus YDP persatuan ulamak. 
bekas penerima tokoh maal hijrah PP


AZMI HAMID
Presiden teras Pengupayaan Melayu
Orang Merbok Kedah
mai pun dari qariah di Merbuk Kedah
bagaimana orang yang bukan dari qariah dalam pulau pinang menjadi jawatankuasa untuk penyelarasan pemilihan masjid di pulau pinang?
bekerja dengan CAP
dahulu bersama dalam perjuangan haraki tapi nak dapatkan tempat sebagai calon pilihanraya .
Proksi pakatan rakyat. dahulu zaman bn cukup lantang nak selamatkan melayu pulau pinang. sekarang senyap sebab kawan kawan dia dah jadi kerajaan di pulau pinang. darjah kepercayaan sebagai seorang islam pun diragui sebab tiada adlul wal ihsan

BK cadangkan agar JHEAIPP menggantikan kedua mereka ini dengan Ust Elias  zakaria dan ust Roslan Che Ros walaupun mereka ini nampak pro kepada pas tetapi mereka ini boleh diterima oleh kawan dan lawan serta disegani dalam menyampaikan mesej dakwah islam. jangan jadi macam baikalani sudah la....



ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN VII - MASJID

Seksyen 104. Jawatankuasa Kariah
(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan bagi—
    (a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;

    (b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan

    (c) menetapkan fungsi Jawatankuasa Kariah itu.
(2) Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah masjid, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah—
    (a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid serta semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid itu;

    (b) bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak kariah dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

    (c) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.
menetapkan cara bagaimana untuk tahun 2013-2015 JHEAIPP  telah memilih cara undian secara angkat tangan ( macam pilih ketua kelas di peringkat sekolah rendah dan menengah). sebelum ini perlantikan dibuat secara terus melalui nama yang diberi oleh jawatankuasa qariah. jadi kan mudah, mana mana  masjid yang pro pas teruskan kepimpinan pas. mana mana  masjid yang pro umno, teruskan kepimpinan dengan pengerusinya orang umno. masalah yang terjadi sekarang ialah pas nak jadikan masjid sebagai markaz tarbiyyah siasah. tu je pon.


ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN VII - MASJID

Seksyen 103. Kawalan dan arahan Pegawai Masjid

Dalam pelaksanaan tugas mereka, Imam, Bilal dan Pembantu Bilal hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis

tetapi ada imam dan masjid yang dikawal oleh jawatankuasa masjid terutama pengerusi qariah dari kumpulan pakatan. kalau imam dan bilal itu nampak pro kepada umno, maka mereka akan pastikan imam dan bilal tersebut tak lama menjalankan tugasannya .

pemilih berdaftar mesti mempunyai akhlak yang mulia dan amanah. syarat ini perlu diperjelaskan dengan detail wahai JHEAIPP. ada pengerusi masjid atau jawatankuasa masjid yang bertugas sebagai guru atau penjawat awam di tempat kerjanya dia seorang yang pemalas dan kuat mengumpat majikan. Apakah mereka ini layak memilih sebagai anak qariah yang berdaftar?



berdasarkan prosiding pelaksanaan pemilihan jawatankuasa masjid, calon mestilah selalu solat berjemaah di masjid atau surau di qaryah itu.soalnya sekarang bagaimana pula dengan anak qaryah yang selalu berjemaah di masjid luar qaryah disebabkan faktor kerja . apakah hak mereka akan dinafikan.

bagaimana pula dengan pekerja kilang yang bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam termasuk overtime yang berjemaah di surau kilang. apakah mereka tidak layak menjadi calon?

bagaimana pula dengan orang kerja pejabat dan kadangkala bertugas parti time sehingga jam 11.00 malam untuk mencari rezeki tambahan ? apakah hak mereka dinafikan?

bagaimanakah dengan suri rumah yang kadang kala sahaja atau langsung tidak berjemaah di masjid tetapi berjemaah di rumah bersama suami dan anak anak. apakah hak mereka sebagai anak qariah dinafikan?

bagaimana dengan seorang lelaki yang beristeri lebih daripada seorang dan mempunyai rumah sewa di tiga qariah . apakah status anak qariah beliau?

bagaimanakah dengan status anak qariah yang bekerja di luar negara tetapi menetap dalam qariah melebihi 3 bulan

apakah calon yang yang memfitnah kawan boleh dijadikan calon ? JHEAIPP tahukah dan akan semakkah mereka ini baik atau jahat. ramai orang pas dan umno atau pkr yang bertanding , latar belakang mereka OUT dalam aspek tingkahlaku.

bagaimanakah sekiranya seorang pengerusi qaryah menang dalam pemilihan dan selepas itu ada bantahan menyatakan bahawa beliua pernah terlibat dengan kes memfitnah kawan di tempat kerja? boleh semakkah?

wahai JHEAIPP dan sekutunya nak buat kerja secara islam, ikut cara islam. BK syorkan, pemilihan jawatankuasa qariah masjid  biar dipilih secara temuduga dan dijalankan oleh panel yang terdiri dari ahli agama pakatan ( pas/pkr ) dan umno. ada berani? ada 3 panel iaitu pengarah JHEAIPP, wakil umno, wakil pakatan ( pas atau pkr) serta wakil istana yang mewakili YD Agong  ( dari pejabat Agong ).

JHEAIPP perlu berani membawa perubahan penyatuan ummah. Masjid di bawah kuasa enakmen pentadbiran islam pulau pinang. ayuh satukan ummat.