Sunday, October 14, 2012

PASCA E 13 : BONGKAR ...SAH DAN BUKAN MUNAFIQ. TIADA NEGARA ISLAM DALAM UNDANG TUBUH PAS

video

PASCA E 13; PERGOLAKAN PAKATAN P047 NIBONG TEBAL. RETAK MENANTI BELAH

[DSC_0159.JPG]

rizal hamid merupakan seorang kontraktor ,lulusan sarjana muda pengurusan usm dan menetap di taman ilmu berdekatan dengan rumah yb dato mahmud. tak silap aku selang 3 buah atau 2 buah rumah sahaja. kalah di tangan yb makhtar ketika merebut jawatan ketua cabang nibong tebal.merupakan proksi kuat CHOT di pulau pinang

BK sedang menunggu ketibaan nuar brahim pakar pembohong yang akan hadir di padang awam bandar tasek mutiara yang terletak di dun sg bakap dan di dalam kawasan ranting pkr bandar tasek mutiara yang di pimpin oleh dr pripal singh. dikhabarkan sasaran penganjur ialah 2000 ke 3000 orang akan hadir. sejak malam tadi BK dah dok melenggung kat sini.mujuq ada JV hotel yang terletak di hadapan padang. so, sat gi aku rakam dari dalam bilik hotel je la. aiyya nuar punya pasai aku kena bikin kerja . mau cari cerita mantap sikit

artikel sebelum ini BK ada menceritakan tentang pergolakan yang berlaku antara pimpinan dalaman PKR dan hubungan pkr dan pas di dun sg aceh. masing masing mahukan POWER untuk menentukan bakal exco pru 13. masing masing mahukan di sokong oleh lim guan eng dan chot khususnya. siapa yang membelakangkan guan eng sudah pasti akan kalah atau tak jadi bakal calon pru 13.

maka , saudara rizal hamid yang pernah berebut jawatan ketua cabang nibong tebal menjadi proksi rapat dengan mansor berharap agar namanya di nobatkan sebagai adun sg aceh atau boleh melekat di mana mana dun di nibong tebal. namun, yb makhtar tetap tidak menerima kehadiran rizal. rizal terus bergerak dan melobi dirinya sebagai calon dun sg aceh . saingan terdekat beliau ialah kamil pegawai khas yb makhtar dan juga dr azhar bekas calon pkr yang kalah dalam pru ke 12

ramai yang nak jadi calon di P047 NIBONG TEBAL di kalangan pakatan. berikut BK nyatakan senarai nama mereka :

N 20 SG BAKAP
1. YB MAKHTAR SHAPEE ( PENYANDANG DUN SG BAKAP)
2. DR PRIPAL SINGH ( KLINIK WAWASAN.PELOPOR PENUBUHAN PKR RANTING BANDAR TASEK MUTIARA)
3. AZMI ( JURUTERA DI JAMBATAN KEDUA. ORANG SUNGAI KECHIL)
4. KAMIL PEGAWAI KHAS YB MAKHTAR

N 21 SG ACEH
1. RIZAL HAMID
2.DR AZHAR AHMAD ( CALON PRU KE 12 )
3. KAMIL PEGAWAI KHAS YB MAKHTAR

P 047
1. YB LAU CHOO KIANG ( ADUN TAMBUN)
2. DR PRIPAL SINGH
3. MANSOR OTHMAN
4. NURUL NUHA/ EHSAN
5. CHE GU BARD

keadaan menjadi bertambah rumit apabila berlaku perebutan dun sg aceh antara pas dan pkr. pas mahukan dun sg aceh. mereka telah mempunyai calon anak tempatan. siapa? bakal BK dedahkan kelak. perebutan kuasa ini telah sampai ke telinga hj hadi dan nuar brahim sendiri. dikalangan penyokong tegar pas, sekiranya pas tidak dicalonkan, mereka akan memboikot untuk tidak mengundi dan penyokong atas pagar pula akan memberi undi protes kepada pkr dengan menyokong umno.

berdasarkan tinjauan BK selama seminggu di P047 Nibong Tebal, ternyata hasrat pas sg aceh dah sampai tahap inzal. mereka dah terlalu ghairah nak bertanding di dun sg aceh. pkr pula sudah pasti mahu mempertahankan kerusi ini kerana pas tidak mahu membuat pertukaran kerusi di peringkat negeri. ramai yang menyatakan yang menyokong calon pr di dun sg acheh dalam pru 12 adalah pengundi yang mengenali arwah ayah calon yang juga merupakan adun sg aceh yang amat disegani  lawan dan kawan.

sekiranya pkr tidak dapat bertanding di dun sg acheh , maka dikhabarkan penyokong mereka akan menyokong calon umno secara total. penyokong tegar mereka hampir 800 orang.apapun kehadiran nuar tgh hari ini di bandar tasek mutiara adalah bukti jelas nuar menyokong pripal dan signal jelas yb makhtar akan meninggalkan kerusi dun sg bakap. pkr cabang boleh memilih padang awam jawi dan banyak padang awam lagi di bawah kuasa kerajaan negeri untuk majlis ini. tetapi nuar dan pkr negeri tetap mahu turun padang awam di ranting pkr dr pripal. so mau tanya lagi?

DARI BK SELAMAT TINGGAL YB MAKHTAR. TERIMA KASIHLAH ATAS KHIDMAT ANDA YANG TAK SEBERAPA KEPADA RAKYAT SG BAKAP. MENYUSUL SELEPAS INI P046. KUATKAH DAP DAN PKR? 

PASCA E 13 : KEMENTERIAN DALAM NEGERI TOLONG SELESAIKAN ISU INI




ARKIB UTUSAN ONLINE : 27/09/2012

Mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang


SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.

Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.

Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.

Lebih menyedihkan, seorang pegawai kanan kementerian itu dalam mesyuarat tersebut (Islam dan bergelar Datuk), sanggup memberi 'sokongan' kepada pegawai atasan itu untuk meneruskan mesyuarat tanpa berhenti untuk solat Jumaat.