Friday, April 11, 2014

PAS MELOPONG LAGI .SAMAN DI TOLAK MAHKAMAH




Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membatalkan saman dua calon PAS untuk mendapatkan perintah supaya kelayakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bagi kerusi DUN Manong dan Rungkup, dibatalkan.

Saman pemula difailkan Jamil Dzulkarnain dan Mohd Misbahul Munir Masduk dibuat dengan alasan bahawa Mohamed Kamil Shafie (Manong) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup) tidak menetap di Perak ketika bertanding bagi kedua-dua kawasan itu. 

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Mohamed Kamil dan Shahrul Zaman yang dinamakan sebagai defendan untuk membatalkan saman itu.



Zaleha turut memerintahkan Jamil dan Mohd Misbahul Munir yang bertindak selaku plaintif, masing-masing membayar kos sebanyak RM5,000 kepada defendan.

Peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili defendan ketika ditemui, berkata pihaknya berhujah, prosedur untuk mencabar pemilihan calon pada pilihan raya ialah melalui petisyen pilihan raya mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan