Friday, March 2, 2012

PASCA E 13 :ADUN SG BAKAP USTAZ MAKHTAR MANGSA POLITIK ANWARINAS


sewaktu artikel ini di tulis BK sedang berada di luar kawasan Pulau Pinang. semalam seharian berada di bumi selatan Pulau Pinang khususnya mengintai kawasan dun sg bakap yang dimenangi oleh seorang bekas penyelia pendidikan Islam PPD Selatan satu ketika dahulu. ustaz makhtar baru sahaja  merasai nikmat jawatan adun di sg bakap. namun, panas yang di rasai tidak sampai ke petang. PRU ke 13 , menyaksikan ustaz makhtar bakal disingkirkan dan tempatnya akan diberikan kepada dr pripal. Dr pripal telah menggerakkan jentera secara senyap untuk mengenepikan ust makhtar. Ada di kalangan pesakit terutama warga emas akan diberi perkhidmatan percuma selepas mendapat khidmat dr partipal. Dr pripal juga memberi potongan bayaran perubatan sekiranya pesakit tidak mempunyai wang yang cukup. dr pripal juga telah membuat majlis BBQ kambing untuk anak muda di sun sg bakap. di khabarkan juga rangkaian dr pripal telah mula menyelinap masuk ke dalam segelintir bekas atau ahli UMNO yang tidak menyukai atau memusuhi penyelaras dun sedia ada iaitu tuan hj mohd foad.

katanya , mereka yang bermusuh dengan penyelaras dun sg bakap akan bermati matian bersama dr pripal untuk mengalahkan calon BN sekiranya foad dipilih sebagai calon dun sg bakap. antara individu yang naik namanya sebagai yang sanggup berjuang untuk dr pripal ialah bekas ketua cawangan salah sebuah cawangan di dun sg bakap. pripal mungkin tidak menghadapi masalah kerana beliau yakin umno di  bahagian nibong tebal sedang bercelaru. terkejut BK mendapat kisah tentang kecelaruan dan perpecahan yang berlaku antara ahli politik umno nibong tebal. BK tidak berminat mengupas itu ini. berbalik kepada persoalan ust makhtar akan disingkirkan.

Selaku ketua cabang nibong tebal, sudah pastilah seat sg bakap perlu dikekalkan untuk beliau. namun, kumpulan anwarinas tidak menyukai ust makhtar yang di anggap kuno, lembap dan  tidak mendepani zaman. lagipun ust makhtar dikaitkan sebagai yang berjiwa umno. selepas cikgu ibrahim menjadi adun sg aceh, ust makhtar bercita cita mahukan jawatan dun sg bakap diberikan kepada beliau, walaupun beliau tidak aktif di dalam umno bahagian ketika itu. ust makhtar masih lagi berceramah di dalam umno dalam era 1999. namun selepas itu, barulah beliau menggerakkan pkn dan seterusnya pkr. besar jasa ust makhtar dalam pkr. namun, kerana syahwat anwarinas, ust mokhtar akan digugurkan dan di gantikan dr pripal yang liberal dan sosialis. dikhabarkan dr pripal bakal mendapat jawatan exco sekiranya menang di dun sg bakap dan kerajaan negeri PR masih lagi memenangi 2/3.

gerakan menjatuhkan ust makhtar menyamai gerakan menjatuhkan ust azizan dan salleh man. rupanya , dap tidak menyukai orang beragama dalam kabinet mereka. ust makhtar terus bermain wayang walaupun dia tahu dr pripal akan mengambil tempatnya.pripal setiap hari dan setiap malam mengukuhkan jentera. jentera pripal ialah mereka yang kalah melawan ust makhtar dalam pemilihan cabang lalu. pripal menjadi lebih kuat dengan mendapat bantuan bekas pimpinan umno cawangan yang tidak sehaluan dengan tn hj foad. jika benar apa yang BK perolehi ini bermakna DUN SG BAKAP KALAH BUKAN KERANA KUATNYA PRIPAL, TETAPI GERAKAN MUSUH DALAMAN.

ADA YANG MENYATAKAN, JIKA DR PRIPAL BERTANDING, MAKA YANG PALING LAYAK MELAWAN DR PERUBATAN INI IALAH DR NORAISYAH YANG MEMBUKA POLIKLINIK DI SIMPANG AMPAT. DR PERUBATAN INI IALAH AJK WANITA BAHAGIAN NIBONG TEBAL. APAKAH DI DUN SG BAKAP DR AKAN BERTEMU DR?

KESIMPULAN BK : KASIHAN BK PADA UST MAKHTAR SEORANG KETUA CABANG YANG BAKAL DIMATIKAN KARIER POLITIKNYA OLEH DR PRIPAL