Monday, June 10, 2013

PRU 14 : TABIK HORMAT PADA ANTHONY LOKE DAN DR MAHFUDZ


DAP dan PAS menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya pakatan pembangkang memboikot majlis perasmian persidangan Parlimen penggal ke-13.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen, manakala Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata langkah itu hanya dilihat sebagai penghinaan kepada rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu berkata demikian sebagai mengulas cadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot persidangan Parlimen sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Anwar membuat cadangan itu selepas gesaan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memboikot persidangan yang akan bermula pada 24 Jun ini.

"Pendirian kami (DAP) sama dengan pandnagan (penasihat parti) Lim Kit Siang," kata Loke.

Sebelum ini Lim dipetik dalam portal berita sebagai berkata bahawa DAP tidak mempunyai rancangan untuk memboikot Parlimen.

Sementara Dr Mahfodz berkata bahawa menjadi satu kewajipan bagi mereka yang memenangi pilihan raya untuk menghadiri sesi Parlimen.

"Kita tidak perlu menghina Parlimen, kerana ia adalah serupa dengan membelakangkan rakyat," kata Dr Mahfodz yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Johor pada PRU yang lalu.

Dr Mahfodz, yang juga Pesuruhjaya PAS Johor berkata bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya hendaklah memfailkan petisyen di mahkamah.

ULASAN :

YANG MENGGILA SANGAT NAK BOIKOT SIDANG PARLIMEN NI PM ANGAN ANGAN JE . SUDAHLAH TAK TERIAM QADA DAN QADAR , ISHHH TAK MALU SUNGGUH. APAPUN LANTAK PI LAH DEPA. PARLIMEN TETAP BERJALAN. LAGI BAGUIH DEPA TAK JOIN. DOK LUAQ NO.BUAT SIDANG DEWAN DI BAWAH POKOK MACAM NIZAR MEROYAN LAKUKAN.

PRU 14 : MCA KATA PKR MACAM BUDAK BUDAK


DAP tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah bagi ahli Parlimen (MP) pada 24 Jun ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau melaporkan Lim sebagai berkata walaupun DAP tidak puas hati dengan sistem pilihan raya, tetapi ia akan memfailkan petisyen pilihan raya.

Lim Kit Siang MP Gelang Patah itu mengulas gesaan gabungan NGO supaya ahli Parlimen memulaukan upacara angkat sumpah sebagai memprotes dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13.

Ahli Parlimen Pakatan yang lain termasuk MP Seremban, Anthony Loke dan MP Pandan, Rafizi Ramli, dilaporkan telah berkata bahawa pembangkang akan memulaukan taklimat kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga telah enggan mengemukakan sebarang soalan untuk sidang pertama Dewan Rakyat dan dilaporkan sedang menimbang untuk memulaukan sesi pembukaannya.

Sebaliknya, Ketua Publisiti MCA Heng Seai Kie menyifatkan laporan tindakan memulau itu oleh ahli Pakatan Rakyat sebagai "kebudak-budakan, tidak matang dan tidak bertanggungjawab".

PRU 14 : AZHAR IDRUS YANG TERAWANG AWANG


ULASAN

AZHAR IDRUS KENA AJAR DULU PIMPINAN PAS DAN PKR SEMUA JANGAN UNGKIT KISAH LALU DALAM BERCERAMAH POLITIK. UAI PANDAI MENGAJAR, PANDAI MELAWAK TAPI TAK BERANI MENGUBAH DAN BERCAKAP YANG HAK PADA PAS.

ANAK MUDA SOKONG KITER. ANAK MUDA MANA USTAZ ? SOKONG PAS KE SOKONG PKR KER. MUNG BENAR USTAZ . TAPI MUNG KENA MUHASABAH BANYOK BANYOK

PRU 14 : KHALID SAMAD DAN SINDIRANNYA PADA PIMPINAN JEMAAH PAS


Isu Kota Damansara

InsyaAllah ini merupakan penulisan saya yang terakhir berkenaan isu KD. Hasil dari teguran dan pandangan saya berhubung isu KD, maka bermacam maklum balas dan cerita dongeng juga kedengaran berhubung diri saya. Maka saya akan cuba jelaskannya di sini. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. KS Diminta Keluar PAS dan Jadi Ahli PKR Kerana Tidak Wala’ dan Thiqah

Saya kira Zahid Hamidi dan Noh Omar pun akan turut berbangga dengan kenyataan sebegini.

Pendirian saya terhadap isu KD berdasarkan hujjah yang saya kemukakan. Kalau tidak setuju sekali pun, kemukakanlah hujjah balas bukan kenyataan kurang bijak sepertimana yang biasa dibuat pemimpin UMNO. Jika ingin ikut lojik hujjah sebegini, Qadi Syuraih sepatutnya diisytihar oleh Saidina Ali sebagai orang pro-Yahudi dan tidak wala’ dan thiqah kepada Khalifah! Atau Saidina Umar diisytiharkan oleh Amr Al-Aas sebagai pro-Qibti dan dituntut letak jawatan.

Yang ingin dibincangkan adalah berkenaan strategi yang silap, yang mendatangkan natijah yang buruk serta imej PAS yang terpalit hasil tindakan bertanding di KD bukan soal wala’ dan thiqah, pro PKR atau sebaliknya. Sebenarnya saya sangat pro PAS bersama PR.

Tulisan saya tidak langsung dituju pada mana-mana individu. Saya lebih minat bincang APA yang silap dari SIAPA yang silap.

2. KS Ingin Jatuhkan Ulama dan Presiden!

Ini pun satu kenyataan rambang yang tidak bertanggung-jawab. Tulisan saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa tetapi saya inigin semua akui tindakan berkenaan silap dan tidak sepatutnya berlaku dan jangan sekali-kali diulangi. Masalahnya sekarang, hingga hari ini, masih ada yang pertahankan sebagai tindakan tersebut sebagai wajar. Sedangkan PR kalah dan BN menang! Dan 3 natijah buruk lagi yang diakui umum.

Kaedah hujjah ini pun, minta maaf, sebiji macam UMNO. Sama dengan hujjah UMNO bahawa PR ingin jatuhkan kuasa politik Melayu! Orang cakap lain dia cakap lain. Orang cakap mengenai penyelewengan, rasuah dan sikap keduniaan yang merosakkan Melayu maka kepimpinan politik Melayu perlu ditukar! Dari UMNO maka tukar kepada PAS. Dia cakap konspirasi ingin jatuhkan Melayu. Sedangkan kita mahu selamatkan Melayu, dunia akhirat, insyaAllah.

Begitu juga apabila diceritakan kelemahan yang perlu diakui dan diperbetulkan supaya PAS lebih kukuh dan dihormati semua. Khususnya untuk Selangor. Mereka cakap kita mahu jatuhkan Presiden, tidak wala’ dan thiqah. Orang cakap lain, dia cakap lain. Apa ni?

Sudahlah, cukuplah dengan budaya memfitnah sebegini. Tidak perlulah kita ikut kaedah UMNO yang suka memomok-momokkan rakyat sehingga isu sebenar tenggelam. Cukuplah kita ada satu UMNO di Negara ini. Bincang isu yang dikemukakan, tidak perlu ditokok-tambah dengan macam-macam rempah dan perisa!

Rempah perisa terhebat, ada seorang sampai isytiharkan saya sebagi ‘assasin ulama’! Tidak takut dosa ke orang ini?

3. KS Berkempen Untuk Hadapi Pemilihan Parti

Kalau berhasrat untuk kempen pemilihan, maka adalah jauh lagi mudah untuk saya puji dan sokong sahaja apa yang di lakukan pimpinan. Semua disalahkan pada PKR dan DAP dan puji melambung-lambung pimpinan PAS. Tidak akan diserang dan difitnah bermacam-macam sebegini.

Tetapi saya tidak ambil peduli soal pemilihan parti dalam muktamar akan datang. Kerja saya sebagai pimpinan ialah membetulkan parti sekiranya tersilap dan memimpin kearah yang menguntungkan parti. Bukan sibuk jaga jawatan dan kedudukan. Kalau tidak dipilih kali ini pun tidak mengapa. Saya tidak kebulur jawatan pun. Tapi sekurang-kurangnya saya sudah cuba tunaikan tanggung jawab saya sebagai salah seorang pimpinan.

4. KS Hanya Tegur PAS Tidak Tegur PKR

Saya pimpinan PAS. Saya betulkan jemaah saya. Kalau PKR buat silap, biar pimpinan PKR tegur dan perbetulkan. Kalau PKR tidak tegur maka imej parti mereka yang akan jatuh di kaca mata rakyat. Itu masalah mereka bukan masalah saya. Takkan saya juga yang kena perbetulkan PKR? Sejak bila saya jadi pimpinan parti mereka?

5. Kota Damansara Tidak ada Kesan Kepada Kawasan Lain

Dongeng ini pun agak menarik. Kota Damansara dianggap bagaikan DUN yang di bawah tempurungnya yang tersendiri. Apa yang berlaku di situ ahli PKR dan PSM serta penyokong-penyokong mereka dan pengundi atas pagar di seluruh negara tidak akan ambil tahu dan tidak ambil kisah! Saya tidak tahu dari mana datangnya tanggapan mereka bahawa Kota Damansara itu begitu terpisah dari suasana politik seluruh Negara. Tapikan sudah kata. Dongeng!

Hakikatnya saya sendiri menerima panggilan dari ramai yang marah dengan apa yang berlaku dan bertanya mengapa ianya berlaku dan apa tindakan PAS. Turunnya Dato Mustapha Ali telah menyelamatkan sedikit sebanyak suasana di Selangor. Saya tidak tahu sejauh mana kekalahan di Parlimen Sg. Besar (399 undi majoriti BN) dan Parlimen Kuala Selangor (460 undi majoriti BN) adalah kesan dari apa yang telah berlaku di KD.

6. Hanya KS Sahaja Marah, PKR Pun Tidak marah!

Cerita dongeng sebegini tidak perlu saya jawab sebenarnya. Orang PKR merasa terbela apabila ada pimpinan PAS menyatakan kebenaran dalam kes KD. Mereka serah pada pimpinan PAS untuk betulkan PAS. Sama sahaja apabila anak kita buat nakal. Apabila diadukan kepada kita sebagai ayah, maka diserah pada kita untuk betulkan. Sila baca perkara 4 di atas.

7. Dialog Perbahasan KS dan Pro KD

Saya ingin buat dialog mudah supaya yang ingin terus pertahankan KD sedar betapa tidak bermutunya penghujjahan mereka. Telah disebut di atas tetapi dalam bentuk dialog perbahasan mungkin lebih jelas. Ianya seperti berikut:

KS: “Bertanding di KD strategi yg tidak betul. Natijahnya buruk”.
Pro KD: “KS nak jatuhkan ulama’! KS nak jatuhkan ulama’!”

KS: “Ianya salah dari sudut akhlak sekiranya kita sudah bersetuju”.
Pro KD: “KS adalah assassin ulama’! KS ular daun!”

KS: “Patut contohi Dusun Tua dan Taman Medan”.
Pro KD: “KS nak tunjuk hero nak kempen untuk muktamar”.

KS: “Kalau PAS dan PKR buat begini pada PRU 14 maka BN akan menang…”
Pro KD: “KS lebih baik masuk PKR! KS bongkah ais yang besar! Pro Anwar”

Tidak nampakkah betapa lekehnya tahap dan kualiti penghujjahan tuan-tuan semua? Isu sebenar tidak dijawab dan dimulakan kata-kata fitnah. Tapi kalau masih tidak nampak maka saya tidak mampu menolong tuan-tuan. Ini bukan masalah buta mata tetapi buta hati. Maaf kerana saya terpaksa nyatakan sebegitu.

Dalam soal mahu jatuhkan ulama’, harap semua selidik sejarah terlebih dahulu. Siapakah yang membawa usul kepimpinan ulama’ pada muktamar PAS tahun-tahun awal dan pertengahan 80an? Janganlah buat pertuduhan membuta tuli.

Ini sahajalah yang ingin saya bentangkan berhubung isu KD. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada yang ingin mencari kebaikan.

Saksikan ya Allah bahawa saya telah memberi nasihat dan teguran ikhlas kepada pimpinan saya!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

ULASAN

AKU MUDAH SAHAJA. INGAT KHALID SAMAD INGAT NUAR BRAHIM. INGAT KHALID SAMAD INGAT KICK OFF HASSAN ALI. INGAT KHALID SAMAD INGAT LIBERALISASI PAS

PRU 14: SUBKY LATIF MENEMPELAK GOLONGAN ULAMAK PAS YANG SENGAL

 

UBAH, HUDUD, HIMPUNAN HITAM 505

 PRU13 sudah berlalu lewat sebulan. Keputusan diumumkan oleh SPR dikira kontroversi sudah diketahui bahawa perubahan menguasai Putrajaya yang pembangkang kumandangkan tidak tercapai.

Keputusan itu dipertikai oleh Pakatan Rakyat. Ia menganjurkan Himpunan Hitam 505 di merata-rata dengan sambutan memberangsangkan. BN dan polis ada persepsinya atas himpunan. Ia dikira jangkitan kuman Spring Arab bagi menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Warga dan penyokong BN sekata dengan persepsi itu.

Golongan pro perubahan terutama di peringkat akar umbi mengira himpunan hitam itu satu langkah popular tetapi ada pemimpin ulama yang tidak memilih pendekatan unjuk rasa menyatakan mengapa unjuk rasa tidak wajar jadi pilihan.

Saya bukan lagi orang politik nasional, bahkan pengikut perkembangan politik biasa, bebas berada di gerai, di lorong-lorong, di surau dan menyertai kegiatan sosial seperti kenduri dan kematian.

Maka saya banyak didekati oleh orang akar umbi ini bersungut tentang pemimpin tertentu meremehkan unjuk rasa dan bercakap tentang hudud dalam kempen sedang hudud itu bukan isu pada PRU itu.

Saya ditanya itu dan ini dengan nada yang tidak seronok. Mereka kata, mereka bersedia buat apa saja demi perubahan. Mereka mengambil bahagian dalam proses mencari perubahan melalui kegiatan demokrasi. Apa jua yang pemimpin anjur mereka sertai, beri tenaga, masa dan wang inggit, pergi ke mana saja.

Kata mereka, PRU13 itu adalah peluang terbaik untuk berubah dan mereka yakin perubahan itu sepatutnya telah berlaku kiranya PRU itu telus, adil dan bersih. Mereka menerima semua yang pimpinan kata bahawa penipuanlah yang menjadikan kemenangan itu gelap. Dulu lagi penipuan itu sudah berlaku. Tetapi kali ini penipuan itu mudah dibuktikan dengan berbagai cara termasuk tekanan unjuk rasa dan Himpunan Hitam 505 itu.

Himpunan dan unjuk rasa itu bukan jangkitan Arab Spring, bukan untuk menumbangkan kerajaan secara kekerasan seteruk mana pun kerajaan itu. Tetapi yang mereka sokong ialah mengadakan tekanan kepada SPR supaya telus, adil dan bersih seperti yang dituntut oleh Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan seterusnya. Unjuk rasa itu aman. Bukan untuk membuat huruhara, jauh sekali dari merampas kuasa.

Yang mereka mahu adanya reformasi dan transformasi agar SPR di lain kali tidak jadi badot lagi.

Lalu mereka tanya, mengapa pemimpin cakap tentang hudud hingga mencelarukan kempen yang licin. Hudud adalah hal yang jelas bagi semua, pelaksanaannya akan berlaku bila tiba waktunya dan tidak perlu dijadikan isu utama dalam kempen.

Buat apa ketika orang akar umbi bersedia apa saja seperti unjuk rasa, pemimpin remehkan unjuk rasa. Siapa yang tidak suka serta adalah haknya, tetapi buat apa celarukan kerja orang yang sudah bulat mengenakan tekanan kepada SPR supaya jangan lagi bermain kayu tiga?

Saya kata, isu hudud tidak ganggu penyokong DAP mengundi Pakatan, Ustaz Hadi dan TG Nik Aziz serta setengah dari unjuk rasa. Ertinya unjuk rasa itu popular bagi pejuang perubahan. Mereka setuju dengan itu tetapi mereka tidak puas hati hal-hal itu mengganggu kelicinan kempen dan mereka tidak tahu jawab.

Saya pun tidak tahu menjawabnya. Akar umbi sudah sedia untuk perubahan, jangan ada orang atas bercakap tentang hal yang tidak releven, nanti orang kata, orang akar umbi lebih faham politk dan segala sepak terajangnya dari orang atas.

Kali ini orang akar umbi itu betul. Mereka adalah sebahagian dari pengundi popular yang 51 peratus dalam PRU itu. 

- subky abdul latif

ULASAN

SUBKY LATIF MAHU MENDIDIK ULAMAK PAS DAN DEWAN ULAMAK PARTI ITU YANG SEAKAN AKAN SEPERTI DI KAWAL NASHARUDDIN MAT ISA. APA PUN SUBKY LATIF SEORANG PENULIS PROFELIK.NAMUN, DIA TIDAKLAH SEHEBAT MANA PUN. DIA HEBAT KERANA SELALU MENGASAH MATA PENANYA SAHAJA.