Monday, June 10, 2013

PRU 14 : MCA KATA PKR MACAM BUDAK BUDAK


DAP tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah bagi ahli Parlimen (MP) pada 24 Jun ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau melaporkan Lim sebagai berkata walaupun DAP tidak puas hati dengan sistem pilihan raya, tetapi ia akan memfailkan petisyen pilihan raya.

Lim Kit Siang MP Gelang Patah itu mengulas gesaan gabungan NGO supaya ahli Parlimen memulaukan upacara angkat sumpah sebagai memprotes dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13.

Ahli Parlimen Pakatan yang lain termasuk MP Seremban, Anthony Loke dan MP Pandan, Rafizi Ramli, dilaporkan telah berkata bahawa pembangkang akan memulaukan taklimat kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga telah enggan mengemukakan sebarang soalan untuk sidang pertama Dewan Rakyat dan dilaporkan sedang menimbang untuk memulaukan sesi pembukaannya.

Sebaliknya, Ketua Publisiti MCA Heng Seai Kie menyifatkan laporan tindakan memulau itu oleh ahli Pakatan Rakyat sebagai "kebudak-budakan, tidak matang dan tidak bertanggungjawab".