Tuesday, October 29, 2013

PRK SG LIMAU : MENJAWAB TOHMAHAN SOROKAN SUBSIDI MINYAK OLEH ANUAR IBRAHIM


HUJAH ANUAR IBRAHIM MEMANG GEMPAQ.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mendakwa Putrajaya sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak, dan hanya memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu. 

Anwar dalam ucapan perbahasannya di Parlimen hari ini mempersoalkan tindakan berkenaan sedangkan pengeluaran minyak sawit sedang melonjak naik. 

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak," katanya dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur. 

Anwar turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri semasa ucapan bajetnya yang "segan" untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi bernilai RM 505 juta iaitu hampir sama dengan subsidi gula yang dihapuskan. 

"Kita sedia maklum bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan banyak kerana memiliki ladang kelapa sawit yang banyak," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi. 

Melalui penghapusan subsidi RM0.34 sekilogram bagi gula, ia menyaksikan kerajaan mampu menerima penjimatan sehingga RM551.25 juta. 

Anwar berkata, melalui penghapusan subsidi berkenaan, keuntungan sebelum cukai syarikat monopoli gula mampu menjana keuntungan sehingga RM1 bilion dengan lonjakan keuntungan 20% hingga 25%. 

"Apa yang menjadi pertanyaan kita mengapa korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga gula," katanya. 

Beliau berkata, liberalisasi gula perlu dilakukan untuk mengelak monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pemotongan subsidi dengan penyertaan syarikat baru. 

Ketua pembangkang itu berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal mengimbangi pengurangan subsidi dengan sejumlah RM7.29 bilion subsidi dikurangkan bagi 2014 dengan RM39,408 bilion berbanding RM46.698 bilion pada 2013. 

"Potongan subsidi sebanyak RM7.29 bilion jauh melebihi kenaikan bayaran BR1M untuk 2014. Kesimpulannya, perbezaan sebanyak RM5.6 bilion yang dikutip oleh kerajaan ini masih akan dibiayai oleh penerima BR1M kerana pengurangan subsidi walaupun BR1M ditambah," katanya. - 28 Oktober, 2013. 

HUJAH BK MUDAH SAHAJA ....

1. APA BUKTI NUAR BRAHIM KATA HARGA MINYAK MASAK DAH NAIK ? OOO NUAR BRAHIM BAGI BUKTI HARGA MINYAK NAIK DI MINI MARKET , PASARAYA DAN KEDAI RUNCIT ?

2. JIKA INI SANDARAN NUAR, MAKA BAIK LETAK JAWATAN LA NUAR SEBAB LEVEL HANG MACAM BUDAK TAK MEMBACA 

3. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA HARGA MINYAK MASAK DITENTUKAN OLEH KPDNKK .

4. MPOB PULA BERKUASA MENETAPKAN KADAR JUMLAH MINYAK MASAK YANG DIKELUARKAN SETIAP BULAN IAITU PADA KADAR 68 HINGGA 69 RIBU TAN SEBULAN 

5. JUMLAH KELUARAN MINYAK MASAK INI PULA DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PERUSAHAAN DAN KOMODITI MELALUI DASAR PERUSAHAAN 

6. NUAR BARHIM TUDUH KERAJAAN SOROK PENGURANGAN SUBSIDI MINYAK MASAK UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA CEMAS DI KALANGAN RAKYAT

7. TIDAKKAH ANUAR TAHU SUBSIDI KITA INI PUN DI BAWA KELUAR OLEH PENGKHIANAT NEGARA YANG MENYELUDUP MINYAK MASAK KITA KE NEGARA JIRAN ? YANG INI NUAR TAK NAMPAK?

8. LEBIH BAIK TIADA SUBSIDI DAN TAMBAHKAN SUMBANGAN BRIM SELEPAS INI SBB BILA HARGA PASARAN MINYAK DAN GULA DAH SAMA DENGAN NEGARA JIRAN, MAKA MEREKA TAK BOLEH NAK SELUDUP LAGI.

9.KESIMPULAN BK MUDAH SAHAJA. HARGA MINYAK MASAK BAWAH KUASA KPDNKK DAN BUKAN KUASA PENIAGA. JIKA PENIAGA SESUKA HATI NAIKKAN HARGA MINYA MASAK, MAKA MEREKA BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG. BEKALAN MINYAK MASAK PULA DI BAWAH KUASA MPOB.

10. MOHON PR BERI NAMA KEDAI, MINI MARKET DAN MANA MANA PASARAYA YANG NAIKKAN HARGA MINYAK MASAK AGAR MUDAH KERAJAAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA PENGHISAP DARAH RAKYAT INI . 

11. BUKANKAH KERAJAAN NEGERI PR PUN ADA EXCO PENGGUNA. APA KERJA DEPA NI. MAIN TELUQ JE KA . MACAM MALIK KASSIM. PI LA PANTAU HARGA BARANG . SEMUA MAIN TELOQ MACAM MANA NAK SELESAI MASALAH!!!!