Wednesday, December 21, 2011

ANWAR MENYERANG PARLIMEN NIBONG TEBAL



19 disember perjalanan BK dari george town ke Bandar Tasek Mutiara, Sg Bakap. BK dijemput untuk hadir bersama ke majlis Hi-Tea Dan Perasmian Ranting Bandar Tasik Mutiara  bertempat di no 56 jalan tasek ss1 , bandar tasek mutiara.4 buah khemah telah didirikan. Rata-rata yang hadir 80% ialah kaum india. BK lihat yang hadir terdiri daripada kaum india sekitar Seberang Perai Selatan. Apa yang dapat BK simpulkan di sini ialah majlis tersebut gagal kerana level seorang PM angan-angan hanya boleh dihadiri oleh kekuatan rakyat dalam 4 khemah sahaja. itu pun jenuh dok kelui ( panggil) kawan-kawan mai. Ada yang menyatakan pada BK mereka datang sebab dapat sedikit ongkos .Takpelah yang penting hangpa balun ongkos tu, tapi tetap pangkah BN. 

Dalam ucapan anwar, anwar telah sekali lagi mengetuk tin kosong untuk turunkan harga minyak kalau PR memerintah. anwar nak turunkan harga barang, anwar nak bagi duit pada rakyat. anwar fitnah samy vellu. anwar kata BN rasuah. anwar balun BN dan UMNO sekucup hatinya. malangnya anwar terlupa klinik wawasan milik dr pritpal pun jual ubat yang mahal kepada pesakit.

anwar terlupa sewaktu beliau menjadi menteri kewangan dan TPM beliau gagal menurunkan harga minyak kepada rm 0.70 seliter sedangkan waktu itu harga minyak dunia amat rendah. anwar terlupa sewaktu beliau jadi PM mengapa harga gula tidak mampu beliau letakkan pada paras rm 0.50 sekilo sedangkan ketika itu harga masih murah di dunia. banyak lagi yang anwar lupa tentang kegagalan. anwar lupa masa beliau menjadi TPM berapa banyak kes tanah yang sepatutnya diberikan hak kepada kaum melayu diberikan kepada pemaju sedangkan beliau berkuasa ketika itu untuk menghalang selaku pengerusi perhubungan UMNO Pulau Pinang.anwar lupa tanah pemaju di Bandar Tasek mutiara yang beliau hadir ini pun adalah tanah orang Melayu yang telah diberikan hak kepada pemaju sewaktu zaman beliau menjadi TPM

Apakah penduduk sg bakap dan sekitarnya hanya menyalahkan kes tanah bandar tasek mutiara kepada mantan dato rashid abdullah sedangkan anwar turut bersama dalam segala hal melibatkan pembangunan tanah di Pulau Pinang. Inilah sikap sebenar anwar yang selalu LUPA.

ANWAR sekarang ini kerap turun parlimen Nibong Tebal. Dr Pritpal dikhabarkan akan mengambil kerusi dun sg bakap atau parlimen nibong tebal. Dr Pritpal seorang yang fasih dalam bahasa melayu, tamil cina dan inggeris. beliau merupakan seorang muallaf . ini calon pilihan terbaik anwar.

BK menyokong sangat dr pritpal dok jadi calon sg bakap. Belum lagi pilihanraya , perbalahan dalaman PKR Nibong Tebal dah mula nampak. Timbalan PKR Cabang Nibong Tebal iaitu saudara kamil tidak kelihatan di majlis tersebut. Azmi yang juga naib ketua cabang PKR pun tidak hadir, Yang hadir rizal yang berseteru dengan kamil. Rizal mahukan kerusi dun sg aceh. Kamil juga mahukan kerusi tersebut. Sekiranya sg bakap diberikan kepada dr pritpal, maka ust makhtar akan terpelanting jauh. maka azmi dan kamil akan dibuang jauh jauh. tamatlah riwayat politik kamil dan azmi.

mengikut sumber dalaman pkr  sekiranya ust makhtar berundur, azmi sg kecil akan mengambil post adun sg bakap dan kamil akan mengambil kerusi dun sg aceh.  3 jawatan tertinggi pkr cabang NT bakal  tidak mendapat apa-apa jawatan di parlimen nibong tebal sekiranya  dun sg aceh dapat kepada rizal yang merupakan kaki bodek anwar dan mansor dan sg bakap kepada dr pritpal .Ini  bermakna kerusi ketua cabang, timbalan ketua cabang dan naib ketua cabang tidak bermakna langsung.pritpal tiada jawatan di cabang nibong tebal. begitu juga rizal hanya picisan dalam cabang nibong tebal.

PKR Nibong tebal telah bercelaru sekarang. gunung berapi syak wasangka terus melanda pimpinan mereka. apa sudah jadi anwar. anwar masuk campur cabang pkr nibong tebal. ust makhtar dilihat anwar sebagai liabiliti. seorang yb yang mampu mengawal masjid sahaja. apapun anwar terlupa bahawa masa telah berubah dan prinsip juga telah berubah. jam 6.00 petang baru program   tamat. kasihan mereka yang mendengar pidato anawar yang penuh dengan pembohongan.

Catitan dalam perjalanan ke selatan.

**gelagat anwar di nibong tebal mnyamai tindakan anwar mencampuri urusan perlantikan Dato Rashid untuk menjadi Ketua Bahagian UMNO melawan Allahyarham Dato Ahmad Salleh . Anwar cuba mencampuri urusan UMNO Bahagian Nibong Tebal ketika itu. Mujurlah ketika itu UMNO Nibong Tebal kukuh ( sumber UMNO Bahagian Nibong Tebal)