Tuesday, April 28, 2015

P044 ; MUKTAMAD SEMUA JENTERA PEMUDA PAS REHAT


Semua jentera dan petugas Pemuda PAS Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.

"Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini," katanya.

Malah, katanya, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru tadika {asti juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

"Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh," katanya.

BK : SILAP SILAP SEHARI DUA SEBELUM PILIHANRAYA BUAT U TURN 

P044 : KETUA PEMUDA ANWARINAS MULA WARNING YUSNI MAT PIAH



Pemuda PAS Pusat akan menyokong cadangan agar ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPNPP), Mohd Yusni Mat Piah, dikenakan tindakan disiplin ekoran tindakan memboikot kempen Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh. 

Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata, pendirian Pemuda PAS negeri itu melanggar keputusan pimpinan parti di peringkat Pusat untuk menyokong calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK itu.


Suhaizan berkata demikian ketika mengulas cadangan agar Yusni dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin PAS ekoran kenyataannya menentang keputusan PAS Pusat yang mengarahkan agar jentera PAS membantu calon PKR di Permatang Pauh.

Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan (DPPK) hari ini menyatakan sokongan padu terhadap pendirian DPPNPP untuk tidak membantu gerak kerja pakatan pembangkang dalam PRK Permatang Pauh, lapor Bernama.

Sokongan itu disuarakan lapan ketua pemuda DPPK iaitu Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid (Permatang Pauh), Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi Mohd (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd Hafiz Kasim (Kepala Batas).
"Kami sepenuhnya memberi sokongan padu pendirian tersebut atas dasar kebersamaan kami dalam mengecam kenyataan biadab Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan keengganan mereka memohon maaf atas kecaman mereka terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Adalah dipertegaskan di sini, pendirian bukanlah pendirian peribadi Yusni sahaja, malah adalah pendirian yang dibuat bersama semua exco DPPNPP.
"Maka, pendirian ini juga adalah pendirian bersama semua exco DPPK kami."
Mohamad atau Mat Sabu, sebelum ini menyatakan, siasatan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap Yusni ekoran kenyataan beliau yang bertentangan dengan keputusan dan kenyataan yang dibuat PAS Pusat itu.

"Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa PAS Pusat terhadap ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat," kata Mat Sabu dalam satu kenyataannya.


P044 : PASMA DITUBUH UNTUK PKR DAN DAP



Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yakin calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mampu mempertahankan kerusi Parlimen parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Pengerusi PASMA Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim berkata pilihan raya yang dijadualkan pada 7 Mei depan itu hanya untuk memastikan kedudukan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang.


"Saya rasa sini bukan bincang untuk kalah menang. Menang tentu menang.
"Kita bincang tentang Parlimen, siapa akan jadi Ketua Pembangkang dan Ketua Kerajaan," katanya ketika ditemui The Rakyat Post.

Ketua Whip DAP, Anthony Loke sebelum ini berkata kedudukan Ketua Pembangkang yang baru hanya akan diputuskan sebaik sahaja selesai PRK Permatang Pauh.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhairi Azlan.

Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada tahun 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.

Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

P044 : DAP ADALAH TUNJANG MASALAH HUBUNGAN PAS -PKR



Mengapa kita berkata demikian? Hal ini jelas terpampang kepada kita berikutan tindakan tidak masuk akal DAP/PKR yang secara terburu-buru mengeruhkan keadaan dengan menghentam PAS dan bukan setakat itu sahaja berikutan usaha murni PAS untuk memantapkan lagi sistem perundangan negara dengan meningkatkan lagi taraf Sistem Perundangan Islam. Bukan itu sahaja, malahan ketumbukan DAP Sabah dan Sarawak dengan jelas dan nekad memutuskan hubungan dengan PAS sekaligus keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri berkenaan. Dan yg lebih memualkan kita lagi ialah DAP yang disokong oleh PKR memutuskkan hubungan dengan Presiden PAS dengan secara tidak rasminya memutuskan hubungan dengan PAS diperingkat pusat. Leraian terakhir hanyalah Selangor. Jika PR tidak berkuasa di Selangor nescaya DAP/PKR tidak akan teragak-agak untuk menendag PAS dan seribu cacian dan kejian. 

Berbalik kepada tajuk di atas, apakah rasional DAP/PKR bertindak sedemikian walhal Hudud dalam Perundangan Islam itu juga merangkumi kononnya agenda utama PR untuk membendung ketirisan dan ketidakadilan kerajaan BN. Nampaknya semua itu hanyalah retorik DAP/PKR semata-matanya. Jika tidak mana mungkin semudah itu DAP/PKR memutuskan hubungan dengan PAS. 

Maka nampaklah kepada kita apa sebenarnya agenda DAP/PKR. Agenda utama DAP/PKR adalah untuk menaikkan sistem yg tidak Islamik spt sekularisme, liberalisme dan pluralisme (SLP). Ideologi sedemikian amat bertentangan dengan sistem Islam. Maka logiklah kepada kita DAP/PKR memutuskan hubungan dengan PAS hanya kerana Sistem Islam yg ingin didaulatkan oleh PAS. Walhal sistem Islam amatlah menitik beratkan soal ketirisan dan keadilan malahan lebih daripada apa yg dituntut oleh DAP/PKR atau mana-mana ideologi sekali pun. 

Jika penentangan terhadap Sistem Islam yang menjadi keutamaan kepada DAP/PKR. Di mana letaknya isu di atas kepada mereka? Letaknya hanyalah untuk meraih undi rakyat supaya menentang kerajaan BN. Dan bukan kita tidak tahu DAP/PKR juga terlibat membuat onar dalam hal ketirisan dan ketidakadilan di negeri2 di bawah pemerintahan mereka. Hal yg jelas ialah pemecatan TSKI yg kita tahu begitu telus dan teliti orangnya tetapi ditendang begitu sahaja menerusi 'Langkah Kajang'. 

Mungkin selepas ini BN akan menjadikan modal politik bahawa agenda ketirisan dan ketidakadilan hanyalah omongan kosong DAP/PKR semata-mata supaya rakyat menentang mereka. Kita tunggu dan lihat apa lagi tipu-daya yang boleh dimainkan oleh DAP/PKR untuk memancing undi. Lebih memualkan lagi apakah lagi strategi mereka untuk memperkudakan PAS dalam mengjayakan agenda SLP mereka.

SUMBER : PENYOKONG PAS