Friday, March 21, 2014

KAWASAN CARIAN DIPERLUASKAN LAGI MENGHAMPIRI ANTARTIKA

antartika-

 Ekoran laporan terkini Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia bahawa dua objek telah dikesan di selatan Lautan Hindi yang satu daripadanya dianggarkan bersaiz 24 meter, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.

Wartawan ABC News, David Wright secara eksklusif dibenarkan mengikuti penerbangan pertama di kawasan carian dan beliau menyifatkan zon dengan keluasan 6,598 kilometer persegi itu lebih dekat dengan Antartika berbanding Australia.

“Anak kapal yang menjalankan usaha carian berteknologi tinggi ini menjelajah ke 4,100 batu persegi laut terbuka yang lebih hampir dengan Antartika berbanding Australia…” David menulis di Twitter mengenai pengalamannya.

“Malangnya perjalanan 9 jam kami di atas kapal P8, termasuk 3 jam pencarian intensif TIDAK menemui sebarang bukti serpihan.”

David yang kecewa dengan pencarian itu tidak dapat membuat banyak laporan, secara kesimpulannya.

“Tiada apa-apa hasil hari ini – kecuali kapal pengangkut dan 2 kumpulan ikan lumba-lumba. Mereka akan keluar semula esok. Bersemangat untuk memberikan jawapan kepada keluarga yang terlibat.”

Pencarian pesawat hilang memasuki hari ke-13 dengan usaha diarahkan semula ke lokasi yang terletak lebih kurang 2,500 kilometer di barat daya Perth selepas Australia mengumumkan bahawa dua objek telah dikesan.

Walaupun mendapat perkembangan terbaharu itu, pegawai penyiasat menekankan bahawa adalah sukar untuk menemui objek itu di Lautan Hindi yang luas dan ia mungkin tidak berkaitan dengan MH370.-Mstar.

CNN PUN GAGAL? TAK TAHU GLOB???


BILA PULA KUALA LUMPUR NEGARA INDONESIA????

TAK CERDIK!!! ANWAR BANDINGKAN KES ZAMAN TUN RAZAK DGN KES ZAMAN NAJIB



1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.
2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.
3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.
4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.
5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Soalanya:

Siapa yang tahu dimana MH370 ?
Dengan siapa kita nak berunding ?
Siapa yang tahu apa kehendaknya ?
Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?
Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.
Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.
Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya. -Dato Fuad Hassan