Thursday, January 3, 2013

PASCA E 13 : SAH MOHD TUAH PENYELARAS PKR DUN PULAU BETONG MERUPAKAN BAKAL CALON


Mohd Tuah sedang menyampaikan hadiah  

Bakal calon yang mewakili PKR bagi kerusi dun pulau betong , parlimen balik pulau telah di muktamadkan oleh pimpinan pkr negeri pada bulan lepas. nama yang telah mereka senaraikan tanpa saingan ialah hj mohd tuah b ismail yang merupakan penyelaras dun pulau betong . beliau yang merupakan anak watan Pusat Daerah Mengundi Titit Teras , akan melawan calon sedia ada dari umno iaitu yb farid.

menurut maklumat yang BK perolehi, nama mohd tuah telah dipersetujui oleh mansor dan anwar sendiri. guan eng pula agak selesa dengan cara kerja beliau. sebelum ini, ura ura terdengar speaker dun pulau pinang dato halim amat berkenan untuk bertanding kerusi pulau betong setelah tewas di teluk bahang dalam pru ke 12.

hj mohd tuah merupakan bekas pimpinan pemuda umno dan kemudiannya menyertai pas. memandangkan beliau seorang yang tidak berprinsip dan tamakkan kuasa untuk menjadi penyelaras dun, maka beliau rela masuk pkr untuk mewakili pkr sebagai penyelaras dun pulau betong. sebagai makluman pulau betong merupakan kerusi pkr .

hj mohd tuah lebih dikenali sebagai katak pisang yang melompat pada daun hijau dan sentiasa melompat ke tempat yang memberikan keselesaan. pas tidak menjanjikan jawatan kepada beliau, lalu beliau melompat ke dalam pkr. beliau meninggalkan umno juga bukan kerana prinsip perjuangan, tetapi kerana ruang untuk naik ke jawatan lebih tinggi tidak diberikan.

hj mohd tuah agak berpengaruh di kg titi teras . kebanyakkan program beliau akan laksanakan di kawasan beliau sendiri dan beliau terpaksa menggunakan orang titi teras untuk menjalankan program di kawasan lain dalam dun pulau betong. peruntukan penyelaras dun yang diberi oleh guan eng kepada beliau juga amat mewah dan memberangsangkan.

hj mohd tuah pada 29 dan 30 disember yang lalu telah menyusun pelbagai program di sekitar dun pulau betong. beliau yakin dapat mengalahkan yb farid walaupun beliau sendiri tahu kekuatan beliau hanya di kg titi teras sahaja. apapun, pkr telah muktamadkan calon mereka. umno bila lagi ?