Friday, May 25, 2012

PASCA E 13 : BUKTI BARISAN NASIONAL TIDAK PERNAH MEMBELAKANGKAN SEKOLAH CINA


 

(Perhimpunan merah di Kuantan)

"MCA sentiasa bersedia membantu pembinaan sekolah bebas Cina dan tidak pernah mengabaikan untuk mempertahankan kepentingan Cina," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu.

Hadirin berpakaian merah itu berhimpun di satu padang di bandar tersebut dengan khemah dan kain rentang yang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik.

Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu.

Berucap di majlis itu ialah pengerusi persekutan lembaga tersebut Lim Chin Chee, presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Pheng Yin Huah dan pengerusi Dong Zong Yap Sin Tian.

Dua resolusi diluluskan di perhimpunan tersebut– menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas dan Kuantan dan menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan penubuhan tersebut.

PASCA E 13 : TERBUKTI JELAS BERSIH 3.0 GAGAL DAN MEMBAWA MUDHARAT



BERSIH 3.0: Ambiga Minta Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia

Mynewshub – Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung penganjuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.
“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.

“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.

“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga di sini hari ini.

Sebelum sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0, Halau 1.0 dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya menuntut Ambiga memohon maaf secara terbuka.
Suasana ‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00 petang berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’ diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.

Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus akhirnya mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

PASCA E 13 : RAFIZI KANTOI LAGI.MOHONG KUAT