Monday, October 15, 2012

PASCA E 13: GUAN ENG IJAZAH AKAUN LAWAN IR SHAIKH PHD KEJURUTERAAN . GUAN ENG SENYAP DAN TAK SAMAN


sehingga kini guan eng tak mampu nak failkan saman kepada ir shaikh hussin. kenapa?dah lama ni. dok diam dan dok putaq belit angka je yang dia tau

PASCA E 13 : MELAYU JOIN DAP. DAP UNTUNG. MELAYU TU YANG RUGI

PASCA E 13 : KERANA DAP, MELAYU PULAU PINANG NI NAK MAKAN BABI?

PASCA E 13 : MANTAN TIMBALAN PRESIDEN PAS KATA DAP ANTI ANTI ANTI ISLAM

PASCA E 13 : DAP TAK MAU HUDUD. PAKATAN MENANG PAS TAK KAN BUAT HUDUD. PAS BERBOHONG

video

apa lagi yang nak diperkatakan lagi. dah jelas dap tak mau negara islam dan tak mau hudud. pas tak boleh buat apa apa kalau depa perintah pun. pas pembohong. depa habaq bagi pakatan menang hudud boleh dilaksanakan. siapa yang cakap. bohong kuat pas ni. BK paparkan bukti dap jelas tak mau hudud.

PASCA E 13 : PENDUDUK ADAKAN DEMO BANTAH TINDAKAN LEMBAB TAN BENG HUAT ADUN JAWI


BK paparkan keratan akhbar demonstrasi yang menunjukkan kekecewaan penduduk setempat terhadap adun jawi tan beng huat yang lembab dan tidak mengambil tindakan terhadap apa yang mereka maklumkan. laluan di taman cenderawasih yang berbahaya kepada penduduk yang kerap menyeberang jalan. mereka mahukan pihak mpsp dan kerajaan negeri menyelesaikan masalah tersebut dengan membina jejantas atau  binaan lain yang dapat mengurangkan kesan bahaya kepada penduduk.

penduduk menyatakan bahawa mereka telah memaklumkan perkara ini kepada adun jawi , tan beng huat. namun, tiada tindakan yang di ambil. inilah bukti jelas pemalasnya adun jawi dari dap. patutlah guan eng nak letak calon baru di dun jawi. rupanya lembab dalam ambil tindakan untuk selesaikan masalah rakyat.

15 OKTOBER APA KATA AKHBAR CINA DALAM SIRI JELAJAH NUAR DI PULAU PINANG

liputan akhbar kehadiran anwar di padang awam bandar tasek mutiara menjelaskan tentang perbuatan khianat pihak tertentu yang menyimbah cat hitam pada billboard bantuan kerajaan penang terhadap umat islam yang terletak di simpang tiga tasek . kepada siapakah nak ditujukan? apakah kepada umno? apakah umno yang melakukan perbuatan jahat ini?

yang peliknya ialah sehari sebelum nuar nak mai, baru billboard ini disimbah cat hitam. tak kan la orang tasek nak simbah. dekat tepi jalan raya dan jalan ini jalan utama serta berdekatan dengan kawasan pkr. pkr nibong tebal tak perlulah nak bersandiawara. kamu yang lempak cat, kamu nak salahkan orang lain agar ada isu anwar nak cakap di padang awam ....alahai kasihan pkr la ni


tu dia nuar nak bunyikan siren lawan tarik tali. pas cawangan bandar tasek mutiara bekerja keras dalam hal ini. kira glamourlah imam masjid kepala gajah , khairul yang dapat makan sebelah malik kassim ( pic dalam paper cina yang dilaporkan kawan BK. Bk tak beli pulak paper tu  )


program nuar di kepala batas. nuar salahkan jabatan pelajaran pulau pinang yang tak bagi kebenaran kepada kerajaan negeri edarkan borang tersebut. sapa cakap nuar? banyak sekolah yang terima borang ini. adik beradik aku pun dapat. yang pemalas ni pengerusi JKKN hangpa la. makan gaji buta. tak mau tolong edarkan kepada masyarakat setempat yang menghantar anak mereka ke sekolah berdekatan.

KEHADIRAN ANWAR DI PARLIMEN NIBONG TEBAL. SAMBUTAN HAMBAR

NUAR BRAHIM MEMULAKAN UCAPAN DALAM SIRI JELAJAH PEMBOHONGAN

TU DIAA PENUH PADANG AWAM BERSEBELAHAN PASAR AWAM BANDAR TASEK MUTIARA . ADA DEKAT 5000 ORANG.. HA HA ...

NUAR DENGAN MEGAH MENCABAR DATO NAJIB BERDEBAT. DIA KATA DATO NAJIB PENAKUT

 PENUH KAN PADANG AWAM DENGAN 5000 KEHADIRAN PARLIMEN NIBONG TEBAL. OPPSS DALAM 1000 JE KOT
AKU TERPAKSA AMBIL JUGA PIC  NAK BAGI NAMPAK ORANG RAMAI DATANG. TIDAK KASIHAN PLAK KALAU TULIS KAT SINI 2000 DARIPADA 5000 JANGAKAAN HADIR

NUAR DOK MEMBOHONG LAGI. GUAN AYAT AYAT PENEGASAN


semalam tepat jam 11.40 pagi nuar and the geng selamat sampai dengan bas yang di simbah cat dan dibaling batu sewaktu berada di kelantan dan melaka.namun kehadiran nuar kali ini tidak ada unsur provokasi daripada pihak beliau sendiri. bas mewah yang bernilai hampir rm 1 juta dengan menggunakan wang rakyat digunakan untuk di bawa ke sana sini .

seperti biasa nuar akan membuka ceramahnya dengan ayat ayat manis. penuh rayuan dan di pertengahannya satu persatu dia balun dato najib dan bajet 2013. katanya dato najib takut berdebat dengannya sehingga sekarang dan bajet 2013 ialah bajet kroni. lalu dikupas oleh nuar berapa jumlah yang rakyat dapat dari bajet 2013 . yang lain lain lagi akan diperolehi oleh kroni bn.

baiklah. BK tak mau nak mengulas apa yang nuar cakap. cuma BK nak cerita latarbelakang sasaran penganjur. Penganjur menyasarkan 3000 ke 5000 orang yang akan hadir. bagi memastikan ramai yang akan hadir ke majlis nuar ini maka kerajaan negeri dan penganjur PKR Nibong Tebal telah mengadakan perkara berikut :

1. pertandingan tarik tali yang disertai  19 pasukan ( 500 orang termasuk penyokong )
2. penyerahan bantuan rm 100 untuk murid tahun 1 dan 4 dan tingkatan 1 dan 4. ( waris campur anak adalah dekat 800 orang .
3. yang lain lain datang kerana nak makan dan dijemput dari luar sebab nak cover supaya jumlah orang ramai.

Untuk pengetahuan semua kategori yang hadir seperti berikut :

1. 65 % orang luar dari sg bakap dan nibong tebal
2. 50% melayu , 30% India dan 20 % cina
3. penduduk tempatan dari sekitar bandar tasek mutiara, kepala gajah, puteri gunung , padang lalang dan tasek tak sampai 500 orang.

apapun BK ucap tahniahlah sebab nuar berjaya juga kumpul orang . kalaulah tak kerana penyerahan sumbangan dan pertandingan tarik tali dan majlis makan percuma , jawabnya dalam 500 orang adalah dok tercongok atas padang tu. tahniah kepada dr pripal singh yang bakal menggantikan yb makhtar. ranting pkr bandar tasek mutiara mendapat kredit kerana dah 2 kali pm bayangan hadir. berapa juta dapat peruntukan?

kehadiran nuar di kepala batas dan tapak ekspo seberang jaya BK tak berminat nak ulas sebab benda yang sama nuar bohong. yg BK tau waktu nuar berucap di seberang jaya, laungan reformasi dah mula kurang dan ramai yang mendengar mula beredar.