Tuesday, August 5, 2014

SENARAI MACAI ANUAR YANG DESAK KHALID LETAK JAWATAN



Berikut ialah senarai Ketua cabang PKR yang mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatan menteri besar Selangor.

1.Ketua Cabang PKR Kuala Selangor S Manikavasagam
2.ketua cabang PKR Pandan Muhammad Ishak Zainuddin 
3.Puvenendran Munusamy  dari Hulu Langat.
4.Ketua cabang Subang Sivarasa Rasiah
5.William Leong (Selayang) 
6.Yew Boon Lye (Klang) 
7. ketua ranting Sungai Jarom yang mewakili ketua cabang Kuala Langat David Cheong 
8.ketua cabang Sabak Bernam, Abu Talip Bujang
9.ketua cabang Sungai Besar, Mohamad Fauzi Ahmad
10.ketua cabang Kapar, Azizi Ayob 
11.ketua cabang Sepang, Burhan Aman Shah.

Sehingga kini 11 dari 22 ketua cabang PKR secara terbuka telah menolak Khalid dan menyokong Wan Azizah bagi menggantikan bekas tokoh korporat itu.

ANUAR IBRAHIM PEROSAK KATA TAMRIN GHAFAR


Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah merosakkan imej PAS serta Pakatan Rakyat di Selangor apabila mahukan Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar


Menurut beliau, usaha Anwar untuk memastikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor sedikit sebanyak merosakkan reputasi PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau berkata kesilapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya.

Beliau menyifatkan bahawa Anwar hanya mementingkan parti serta dirinya sendiri apabila terlalu teruja membuat kenyataan bahawa isterinya sendiri akan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar tanpa berbincang dengan parti komponen yang lain. 

"Apabila Anwar membuat kenyataan bakal pengganti Khalid, itu dia bercakap bagi pihak partinya PKR, bukan bagi pihak Pakatan."

Menurut beliau, tindakan Anwar itu telah menyebabkan keretakkan diantara PAS dan Pakatan Rakyat. 

"Mungkin pada PAS, kelemahan Anwar ialah mengumumkan nama pengganti MB sebelum 10 Ogos. Mungkin juga kelemahan kita ialah membuat kenyataan umum sebelum tarikh itu," katanya. 

Tamrin juga mengaitkan Anwar dengan Umno apabila mahu semua ahli dan penyokong Pakatan lebih mengutamakan parti dan bukannya pemimpin seperti yang dilakukan didalam Umno. 

"Jangan biarkan, malah menggalakkan amalan membisu dan mengampu yang ada pada Umno menular ke dalam parti kita. Yang penting ialah perjuangan parti bukan pemimpin," katanya lagi. 

BK : ANUAR PEROSAK. TAMRIN GHAFAR ANAI ANAI

SAH!!! MEMANG ADA PERANCANGAN PECAT KHALID DARI PKR


" TAK SAMPAI SEINCI PUN".....KIH KIH 


Terdapat perbincangan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR dalam mesyuarat biro politik parti itu pada Ahad, kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tidak dicapai melalui perbincangan tersebut. 

"Sama ada beliau akan dipecat atau tidak, anda mesti bertanya kepada lembaga disiplin," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam untuk menjelaskan mengapa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail harus menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, Isnin.

Beliau berkata majlis makan malam yang sama akan diadakan untuk memberitahu ahli-ahli parti dan akar umbi kenapa Abdul Khalid tidak patut memikul tugas tersebut.
Terdahulu dalam ucapannya, Rafizi mengulangi bahawa Abdul Khalid tidak bekerja dengan baik dengan ahli-ahli parti yang lain.

"Setiap kali apabila beliau (Khalid) mencipta isu, Anwar Ibrahim perlu datang dan berkata sesuatu.

"Berapa lama perkara ini perlu berlaku? Sebab itu PKR meminta beliau digantikan dengan Kak Wan (Dr Wan Azizah)," katanya.

Rafizi juga mencabar Abdul Khalid untuk bertindak balas terhadap Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, yang mendakwa Abdul Khalid menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Besar. 

Beliau juga mengutuk perjanjian air antara negeri dan Persekutuan, yang didakwa berat sebelah.

Dr Wan Azizah, sementara itu, berkata mesyuarat di antara Khalid, pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya bagi membincangkan krisis Menteri Besar masih belum berlaku.

Dalam ucapan ringkas beliau, Dr Wan Azizah, menyifatkan Khalid sebagai "pemimpin yang baik yang telah mencipta asas yang kukuh untuk membawa negara ke hadapan".

"Tetapi semua tugas tidak boleh dilakukan berseorangan. 

"Kita memerlukan seseorang yang mendengar, berjumpa dan berbincang dengan semua orang sebelum mengambil sesuatu langkah," katanya sebelum bergegas ke acara lain

ANAK NASUTION BELASAH TS KHALID MACAM DIA SEPERTI MALAIKAT


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana masalah "keraguan integriti" susulan isu penyelesaian hutang beliau dengan sebuah bank.

Saifuddin mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Khalid (kanan).l 


Selain itu Saifuddin mendakwa, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama. Perkara itu antara kandungan dokumen penjelasan bertulis PKR yang akan diberikan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat esok bagi mewajarkan cadangan penukaran Khalid daripada menerajui pentadbiran Selangor.


Tak anggap korup Saifuddin turut menyatakan dokumen mahkamah berkenaan penyelesaian hutang itu turut dilampirkan bersama penjelasan tersebut. 


Beliau menyatakan keputusan menyampaikan dokumen bertulis itu adalah hasil pertemuan beliau dengan pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Amnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Mohammad Sabu serta Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man minggu lalu. Saifuddin bagaimanapun menegaskan beliau dan parti tidak menganggap Khalid sebagai pemimpin korup tetapi menyatakan integritinya sebagai menteri besar "bermasalah." "Selain masalah keraguan integriti asa beberapa isu lain. "Kami telah memanggil beliau (Khalid) untuk menjelaskan tetapi tidak menerima jawapan yang memuaskan," katanya. 


Isu air dimuatkan Selain itu Saifuddin mendedahkan isu penstrukturan semula industri air turut menjadi dimuatkan dalam dokumen setebal kira-kira 40 muka surat itu. Beliau menyatakan Khalid telah mengabaikan jawatankuasa air Pakatan yang dipersetujui sendiri oleh menteri besar itu dan menandatangani perjanjian persetujuan dengan Putrajaya Jumaat lalu tanpa membincangkannya. 

"Ada satu jawatankuasa yang kita minta secara tertib supaya bantu Khalid untuk penstrukturan air dianggotai Tony Pua, Dr Dzulkifly (Ahmad) dan Rafizi (Ramli) "Sekalipun dia setuju dengan keputusan pimpinan pakatan ini, beliau anggap jawatankuasa ini seolah-olah tak wujud," kata beliau

BK : PUAK PKR NI BAB LONDEH DAN BALUN BELAKANG MEMANG KESUKAAN MEREKA. KENAPA LA NI BARU NAK BONGKAQ. KENAPA LA NI BARU NAK KELUAQ? 

JOM KITA BERHIMPUN DEMI SOLIDARITI UMAT ISLAM GAZA


Assalamualaikum



Muslimin & muslimat... 

Ayuh kita tunjukkan sokongan dan solidariti kita ke atas saudara2 kita di bumi Palestin. 

Ayuh kita berhimpun ramai2 untuk membuktikan bahawa ummat Islam Pulau Pinang sentiasa bersama saudara2 kita di Palestin dan menentang kezaliman & jenayah perang tentera Israel.

Saudara/saudari adalah dijemput untuk menyertai HIMPUNAN KASIH GAZA akan diadakan seperti berikut:

TARIKH : 10 Ogos 2014 (Ahad)
MASA: 3ptg hingga 6ptg
ANJURAN: Kita semua



#Selamatkan Islam
#Selamatkan Gaza
#Hancur Israel

SUKAN BERBOGEL DI PULAU PINANG?



GAMBAR SEKADAR HIASAN 

Penang Nude Sports Games is held successfully on the day. There are 18 nudists came to yhis beautiful beach for games and nude body painting.

Thanks to Ms.Chew for the organising and thanks to naturists for coming and made it a history in Malaysia.

A brief review by the member, Justin as below:-

-Here is my review & report for the Malaysia-International Nude Sports Games 2014 Extravaganza. On that day, we all assembled at the Teluk Bahang Jetty in Penang.

Pesta Bogel di Pulau Pinang :http://vimeo.com/m/97390635


JIKA BENAR INI BERLAKU....WANA 'U ZUBILLAH

MUJAHID DAN SAIFUDDIN LIBERAL UMUM NAK TUBUH NGOS

Datuk Mujahid Rawa dan Datuk Saifuddin Abdullah, dua ahli politik PAS dan Umno membuat keputusan untuk bergabung memulakan gerakan untuk memerangi masalah perkauman di Malaysia.
Masih belum jelas sama ada parti masing-masing merestui rancangan mereka tetapi Tamrin Ghafar daripada PAS, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba sudah dijemput untuk menyertai mesyuarat pertama badan bukan kerajaan (NGO) itu minggu depan.
"Pada dasarnya kita bersetuju untuk menubuhkan NGO ini dengan Mujahid menjadi pengerusinya manakala Saifuddin menjadi timbalannya," kata Tamrin kepada The Malaysian Insider.

BK : NAK TUBUH NGOS PRO NEGARAKU AMBIGA KE ATAU NAK JADI JUARA KONONNYA LIBERAL DAN PAIR UNTUK SEMUA KAUM. SEBELUM NAK BENTUK DAN BERGABUNG, TENUNG TENUNGLAH SEJARAH PEMEBESARAN DIRI TU SENDIRI YER.

JOM KITA BERHIMPUN.TUNJUKKAN SOLIDARITI KITA KE ATAS UMAT ISLAM GAZA


Assalamualaikum


Muslimin & muslimat... 



Ayuh kita tunjukkan sokongan dan solidariti kita ke atas saudara2 kita di bumi Palestin. 



Ayuh kita berhimpun ramai2 untuk membuktikan bahawa ummat Islam Pulau Pinang sentiasa bersama saudara2 kita di Palestin dan menentang kezaliman & jenayah perang tentera Israel.

Saudara/saudari adalah dijemput untuk menyertai HIMPUNAN KASIH GAZA akan diadakan seperti berikut:

TARIKH : 10 Ogos 2014 (Ahad)
MASA: 3ptg hingga 6ptg
ANJURAN: Kita semua

#Selamatkan Islam
#Selamatkan Gaza
#Hancur Israel

ADUN DAP KERJA DEPA SALAHKAN POLIS!!!!


ADUN Pandamaran Eric Tan hari ini menuntut polis Selangor menjelaskan tindakan pasukan itu yang didakwanya gagal bertindak dalam dua kes membabitkan mangsa kemalangan yang didakwa diserang oleh orang ramai di tempat kejadian. Dalam kes pertama, seorang pemilik syarikat tunda kereta, Ngiam Kee Buh memberitahu sidang media bahawa pekerjanya memberitahu bahawa tiga orang pegawai polis bertugas berhampiran lokasi kemalangan gagal bertindak apabila sekumpulan individu menyerangnya. Kejadian kedua pula membabitkan Muhammad Hadi Yeop Baharuddin yang mendakwa beliau diserang oleh lapan orang pelumba motosikal haram selepas melanggar salah seorang daripada anggota kumpulan itu dengan keretanya

BK : BILA PULA DAP PERLUKAN BANTUAN POLIS???