Tegas mereka, adalah tidak adil sekiranya orang bukan Islam yang me­lakukan kesalahan menghina Islam bebas daripada sebarang tindakan kerana berlainan agama, sedangkan Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.

Sehubungan itu, para mufti menggesa penulis blog, Alvin Tan dikenakan tindakan tegas kerana sengaja memuat naik rakaman video yang menunjukkannya dia mengalunkan azan dalam rentak R&B sambil bermain keyboard ke laman perkongsian video YouTube.