Monday, October 13, 2014

PASMA PECAH BELAHKAN FIKRAH PAS


1. Majlis Syura Ulamak memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli-ahli PAS seperti yang dilakukan oleh sebuah NGO yang dinamakan PASMA. 


2. Selaras dengan peringatan Presiden PAS dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jamaah dalam jamaah, parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulamak memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PASMA
.
3. Kawasan-kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak sekiranya tindak-tanduk seumpama itu juga berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut.

4. Majlis Syura Ulamak juga memperingatkan ahli-ahli PAS tentang kewujudan perancangan antarabangsa yang bergerak aktif menerusi pelbagai medium untuk melemahkan gerakan Islam, membuang label politik Islam daripada parti-parti Islam, menjadikan parti Islam hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah dan mengenepikan perjuangan menegakkan Syariat Islam yang luas merangkumi ekonomi, sosial, kebajikan dan undang-undang jenayah dengan dikecilkan kepada kebajikan yang sempit.


Dato' Haji Nik Muhammad Zawawi Saleh,
Setiausaha Majlis Syura Ulamak
17 Zulhijjah 1435 / 12 Oktober 2014

APA HAK PKR MASUK CAMPUR HAL PAS????


Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor termasuk Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) digantung selama setahun oleh PAS, namun mereka mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan. 

Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor termasuk Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) digantung selama setahun oleh PAS, namun mereka mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.

Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.

Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil (gambar) berkata, walaupun PAS berhak melakukan demikian mengikut perlembagaan parti, beliau mempertahankan tindakan Saari dan Hasnul yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tindakan itu adalah satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis menteri besar Selangor.

"Ia juga satu langkah berani yang mengukuhkan ukhuwah di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) serta mengangkat semangat tahaluf siyasi dalam kerangka kerjasama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saari dan Hasnul pada 15 Ogos lalu menyertai 28 Adun PKR dan DAP Selangor menyatakan sokongan mereka terhadap Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul sepanjang tempoh penggantungan itu dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

"Pemuda PKR berharap kedua-dua Adun tersebut akan terus istiqamah dalam usaha tajdid dan islah demi politik Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media terdahulu hari ini berkata, dua Adun terbabit mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.

"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.

Katanya, rayuan bertulis boleh dibuat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, melebihi kuasa Jawatankuasa Pusat.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.

Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai “barua”.

PAS MEMANG PARTI SUKA CERCA DAN HINA ORANG




ADUN PAS Hulu Klang Saari Sungib hari ini mendakwa beliau dicerca oleh rakannya dalam parti ISlam itu setiap hari sejak Muktamar PAS di Batu Pahat. 

Beliau digelar dengan pelbagai nama termasuk 'munafik' sejak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka memanggil beliau dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin sebagai 'barua' dalam persidangan tahunan parti itu. 

"Setiap hari (saya) menerima (mesej cacian) melalui WhatApp dan kiriman SMS," katanya sambil menambah rakannya turut memajukan kepadanya perbincangan kumpulan yang mencercanya. 

"Saya sudah biasa dengannya," katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah Gombak di mana Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengadakan lawatan di lapangan. 

"Itu adalah fitnah. Mereka memanggil saya pengkhianat dan munafik," katanya.

HAWAT TAK PECAT ?


Dua Anggota Dewan Undangan Negeri PAS digantung keahlian mereka 

berhubung tindakan menyokong Presiden PKR Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan 

Ismail sebagai calon menteri besar. 


ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin ini 

digantung keahlian selama setahun berkuatkuasa hari ini. 


Perkara ini disampaikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. 


BK : KENAPA PAS TAK PECAT. LAGIPUN MEREKA BERDUA KAN DAH 

RELA NAK MASUK MANA MANA PARTI SELAIN PAS.