Wednesday, September 25, 2013

PRU 14 : PANASSSS !!! MUKHRIZ TAWAR KERUSI EXCO PADA PAS?


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau pernah mempertimbangkan untuk menawarkan satu slot exco negeri buat wakil rakyat PAS demi mengurangkan perseteruan politik di negeri itu selepas BN kembali menawan Kedah.

"Kita sebenarnya pertimbangkan segala macam cara untuk mengurangkan sedikit 'suhu' politik dalam negeri Kedah.


"Antara caranya yang dicadangkan salah satunya mengenai tawaran kerusi exco," kata calon naib presiden Umno itu pada sidang media petang tadi.


Bagaimanapun tegasnya, beliau merasakan ada jalan lain yang boleh dipertimbangkan untuk memupuk perpaduan di antara PAS dan Umno di negeri itu dan membuat keputusan untuk tidak memanjangkan fikirannya itu kepada exco negeri yang lain.

"Tetapi setelah kita fikirkan ada cara-cara lain kita boleh terokai dulu, kita tengok apa kesannya dan buat masa ini sedikit payah untuk lakukan apa yang dicadangkan sebelum ini" katanya lagi.

Menurut Mukhriz, tindakannya tidak meneruskan hasrat menawarkan satu kerusi exco kepada PAS ternyata betul apabila melihat sikap parti itu yang tidak berapa ambil peduli akan isu pengharaman Syiah di Kedah.

"Saya agak terkejut dalam membahaskan enakmen jenayah syariah yang melibatkan Syiah baru-baru ini nampaknya mereka tidak sokong apa yang hendak kita lakukan.

"Maksudnya pendekatan yang kita ambil itu yang tepatlah, kita buat sendiri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Dialog Bersama Pemimpin: Impak Krisis Timur Tengah kepada Malaysia di Shah alam petang tadi.

BK : KIRA BETUL LA TU PERTIMBANGAN DATO .....

BERITA PANAS : JOM NIKAH DI THAILAND!!!



Lebih 1,000 rakyat Malaysia bernikah di selatan Thailand setiap bulan 

SONGKHLA 18 Sept. - Dianggarkan lebih 1,000 rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur bernikah di selatan Thailand dalam tempoh sebulan. 

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, jumlah itu termasuk perkahwinan rakyat Malaysia dengan pasangan mereka dari negara asing seperti Thailand, India dan Pakistan. 

Beliau berkata, angka tersebut tidak termasuk pernikahan melalui orang tengah atau sindiket. 

Mohd. Faizal memberitahu, pernikahan itu antara lain melibatkan pasangan yang mahu berpoligami tetapi tidak mendapat persetujuan isteri pertama selain terlanjur dan hubungan ditentang keluarga. 

Jelasnya, proses pernikahan yang cepat, mudah dan kos yang rendah turut mendorong rakyat Malaysia dan pasangan mereka bernikah di sini. 

"Rata-rata pasangan yang berkahwin di sini terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan paling ramai berumur 30-an. 

"Kebanyakan pasangan ini juga terdiri tinggal di negeri bersempadan Malaysia-Thailand seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dengan persatuan 12 buah sekolah dalam wilayah Songkhla semalam. 

Mohd. Faizal berkata, tugas utama Pejabat Konsulat Malaysia di sini adalah bagi memastikan perkahwinan rakyat Malaysia itu mengikut garis panduan disediakan oleh majlis agama Islam di Malaysia dan di wilayah ini, selain mengelak pasangan menjadi mangsa penipuan sindiket. 

BK : SEORNG PUN BELUM LEPAS LAGI NI. SERONOK KE NIKAH LEBIH DARI SATU ? PUAK PAS ELOK JE NIKAH LEBIH DI MALAYSIA.

PRU 14 : KHALID GAP "SEKOLAHKAN" PEMUDA PAS. MALU JER WEHHH


Jika semalam Pemuda PAS Selangor mengkritik kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), hari ini menteri besar sendiri mahu pertubuhan itu membuat pilihan di antara "masjid atau bola".

Cabaran itu dilontarkan Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu mengulas dakwaan kekurangan penajaan MBI menyebabkan beberapa pemain bintang dalam pasukan Selangor dipancing pasukan lain."Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid."Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?"Jadi kita kena buat pilihan," katanya kepada Malaysiakinitengah hari ini.

Khalid ditemui selepas menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Subang Jaya.Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.Mohd Sany berkata kegagalan penaja menyalurkan penajaan akan menyebabkan pemain senior dan berbakat negeri itu berhijrah dan dibimbangi akan menyebabkan pasukan "gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya".


Selangor sehingga kini berjaya memenangi 32 gelaran juara Piala Malaysia, tujuh gelaran juara liga divisyen 1, dua gelaran juara liga divisyen 2, lima gelaran juara Piala FA Malaysia, dan lapan gelaran juara perlawanan sumbangsih atau Perisai Sultan Haji Ahmad Shah.Ia sekali gus menjadikan Selangor satu-satunya pasukan yang paling banyak menjuarai piala kejohanan tempatan.MBI adalah penaja utama pasukan Selangor

BK : PEMUDA PAS KINI LEBIH UTAMAKAN BOLA DARI NAMA ALLAH, JIHAD DAN PERUNDANGAN ISLAM. DULU PAS KATA BOLA NI MAINAN YAHUDI. MEMBAZIR MASA DAN PEMAIN BOLA TAK SOLAT. LA NI DEPA PULAK TERGILA GILA KAN BOLA.