Thursday, January 26, 2012

PASCA E 13 : MENGAPA USTAZ MAKHTAR HADIR DALAM MAJLIS PENGERUSI UMNO ?


YB UST MAKHTAR MUNGKIN NAMANYA AKAN DIGUGURKAN SEBAGAI ADUN SG BAKAP. DR PRIPAL KLINIK WAWASAN SEDANG MENYUSUN SAYAP JENTERA UNTUK MENAKLUK SG BAKAP 
MESRA ANTARA ADUN PKR SG BAKAP DAN PENGERUSI UMNO PULAU PINANG.

TERIMA KASIH BK UCAPKAN KEPADA ANAK BUAH BK YANG MENYERTAI PROGRAM DI ATAS.PIC INI ADALAH IHSAN BELIAU BERSAMA KUMPULAN ANAK MUDA DALAM MAJLIS DI ATAS. TIDAK DINYATAKAN NAMA PROGRAM DAN TARIKH PROGRAM. APAPUN, APAKAH INI PETANDA PERUBAHAN DUN SG BAKAP AKAN BERUBAH ?

PASCA E 13 : HIMPUN SEJUTA UMAT -28/1/12:KERAJAAN NEGERI TERLIBATKAH?


surat di atas di edarkan kepada setiap pengerusi qariah mulai kelmarin  . terkejut juga BK mendapat satu salinan yang diberikan oleh seorang sahabat qariah. soalnya sekarang apakah benar malik kassim menjemput seluruh anak qariah hadir ke dalam majlis berkenaan atau ini merupakan kaedah sabotaj yang dibuat oleh malik kassim supaya majlis berkenaan hambar dan tidak dihadiri oleh mereka yang mencintai islam . di pulau pinang ramai dikalangan umat islam cukup marah dengan tindakan bebal kerajaan negeri yang sering berkonfran di dalam perkembagan syiar islam. pelik juga membaca surat berkenaan. bila pulak la kerajaan negeri nak sokong himpun sedangkan mereka bertegas tidak menyokong apatah lagi ini membabitkan pendedahan terhadap gerakan kristianisasi. pak ketua menteri LGE sah sah pengamal kristian yang kuat atau malik telah berkonfran dengan LGE. terlalu banyak tanda tanya.

MALIK KASSIM PERLU JAWAB DAN BUAT SIDANG MEDIA BAHAWA KAMU TIDAK MENGELUARKAN SURAT INI. UMAT ISLAM PULAU PINANG TOLAK MALIK KASSIM. MALIK KASSIM JUGA MEMANG NAK JAWATAN YDP MAIPP.TAPI MUNGKIN BERLAKU SEBALIKNYA WALAUPUN BK MELAPORKAN SEBELUM INI MALIK KASSIM AKAN MENDAPAT JAWATAN INI. BERDOALAH MOGA USTAZ ELIAS CEPAT SIHAT DAN MENERUSKAN TRADISI YDP MAIPP

KENYATAAN MEDIA YANG DI BUAT OLEH SEKRETARIAT HIMPUN SEBELUM INI

KEPALA BATAS – Selepas berjaya  mengadakan dua perhimpunan di Selangor dan  Perak tahun lalu, Sekretariat Himpunan Sejuta  Umat (Himpun) bakal mengadakan Himpun  peringkat negeri Pulau Pinang di Dewan Pusat  Budi Penyayang di sini pada 28 Januari ini.Menurut Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abdul  Hamid berkata, perhimpunan itu terbuka kepada  sesiapa sahaja bermula pukul 8 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Menurutnya, perhimpunan bertema ‘Selamatkan  Aqidah’itu merupakan langkah terbaik untuk  menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.“Kita mengundang pelbagai pihak untuk  menyampaikan ceramah mengenai isu-isu terbaru  tentang termasuk isu golongan tertentu mahu merosakkan akidah umat Islam,” katanya di sini  hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar  mengenai Himpun di Hotel Seri Malaysia, Kepala  Batas di sini.Mohd. Azmi berkata, perbuatan yang merosakkan  akidah umat Islam tidak boleh dipandang remeh,  termasuk ahli politik dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negara ini.
Menurut beliau, pihaknya sedia berdailog dengan  sesiapa sahaja dalam menangani perkara itu.
Katanya, isu akidah dan isu Islam harus dihormati  oleh mana-mana pihak dan mereka tidak harus menimbulkan prasangka buruk terhadap Islam

( TIDAK DINYATAKAN PENGLIBATAN KERAJAAN NEGERI DALAM SIDANG MEDIA INI. APAKAH MEMANG SAH MALIK KASSIM MENSABOTAJ ATAU INI PERMAINAN TEKTIKAL MALIK KASSIM DAN GEROMBOLAN NAK BUAT HURU HARA . SELEPAS KELUARKAN SURAT INI, MEREKA AKAN LAPORKAN KEPADA POLIS BAHAWA SURAT INI PALSU DAN PELBAGAI LAGI KENYATAAN AKAN KELUAR DARI MEREKA. TAK PERCAYA TUNGGULAHHHH.DAH TAHU SANGAT JAWAPANNYA)