Wednesday, August 6, 2014

WALAUPUN KHALID DI PECAT, PAS TETAP MENERUSKAN MESYUARAT 10 OGOS



GAMBAR SEKADAR HIASAN 

PAS tetap dengan pendirian mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor biarpun PKR berkemungkinan akan memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu.

Sumber dalaman PAS memberitahu, kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan terjejas biarpun dipecat dari PKR dan keadaan ini membuatkan PAS akan bertegas dengan keputusannya.

"Hanya undi tidak percaya dari Adun-Adun menerusi sidang Dun sahaja mampu untuk gugurkan Tan Sri Khalid dari jawatan menteri besar.

"Kalau dipecat dari parti, kedudukan beliau tidak terjejas dan masih boleh meneruskan tugas seperti biasa sehingga adanya undi tidak percaya dari majoriti Adun dalam sidang Dun," kata sumber PAS itu kepada Astro AWANI.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu Astro AWANI jika mengikut Perkara 53 fasal 6, Perlembagaan negeri Selangor, jika undi tidak percaya dalam sidang Dun bersetuju Abdul Khalid perlu melepaskan jawatan, masih terdapat dua pilihan untuk dilakukan.

"Pertama, Tan Sri Khalid dan barisan exco yang dilantik beliau, semuanya perlu meletak jawatan, bukan hanya menteri besar.

"Atau yang kedua, Tan Sri Khalid selaku menteri besar boleh menasihatkan Sultan Selangor supaya membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri diadakan," katanya.