Thursday, November 8, 2012

PASCA E 13 : 2009-2013 KERAJAAN DAP PENANG GAGAL BASMI KEMISKINAN TEGAR

BAJET 2009


Membasmi Kemiskinan Tegar

61. Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan fizikal dibangunkan selari dengan pembangunan masyarakat sejahtera. Terdapat 324 buah keluarga disenaraikan dalam Pendapatan Garis Kemiskinan bagi ketegori miskin tegar yang berpendapatan kurang daripada RM 400 sebulan. Kerajaan Negeri telah mensasarkan untuk mencapai tahap kemiskinan tegar sifar menjelang Mac 2009. Wang peruntukan untuk membasmi miskin tegar tidak menentu sehingga kajian bilangan keluarga miskin tegar tamat pada akhir bulan November 2008.

62. Tumpuan yang selama ini diberikan kepada ketua isi rumah(KIR), akan diperluaskan kepada anak-anak keluarga miskin mengikut peringkat umur iaitu 5 tahun hingga 12 tahun; 13 tahun hingga 17 tahun dan 18 tahun ke atas. Sebagai membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri, semua wakil rakyat
telah disaran untuk turun padang sebagai usaha memastikan semua penduduk miskin mendapat perhatian yang sewajarnya.

63. Langkah-langkah dan inisiatif baru akan dirangka bagi membasmi kemiskinan iaitu bukan sahaja dengan hanya menyediakan bantuan-bantuan berbentuk kewangan dan peralatan semata-mata, malah fokus akan lebih terarah kepada programprogram berbentuk latihan, kursus kemahiran, motivasi untuk perubahan sikap dan pembangunan minda serta kerohanian. Dengan kata lain, memberikan ikan dan pancing mengikut kesesuaian. Kerajaan Negeri akan bekerjasama rapat dengan Pusat Urus Zakat, Badan Bukan Kerajaan, pertubuhan keagamaan dan sektor swasta yang telah menyatakan kesediaan untuk turut membantu Kerajaan
Negeri di bawah program Corporate Social Responsibility (CSR).

BAJET 2013

Kejayaan Pulau Pinang menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia dengan memastikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM600 sebulan setiap keluarga membuktikan keberkesanan dasar Pro-Poor yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. Namun demikian, Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membasmi kemiskinan sama sekali.
Menurut laporan IKMAS (Institute of Malaysian and International Studies, UKM) pada tahun 2011, garis kemiskinan (Poverty Line Indicator) bagi Semenanjung Malaysia merupakan RM763 sebulan. Garis kemiskinan ini merupakan tahap pendapatan yang diperlukan untuk menikmati taraf kehidupan yang paling minima. Berdasarkan garis kemiskinan RM763 ini, kadar kemiskinan di Pulau Pinang pada tahun 2007 dan 2009 merupakan 1.4% dan 1.2% masing-masing.
Justeru, sebagai bukti kukuh komitmen untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan bahawa Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama di Malaysia untuk membasmi kemiskinan sama sekali, Kerajaan Negeri akan menaikkan pendapatan minima bulanan bagi setiap isi rumah di Pulau Pinang daripada RM600 sekarang kepada RM770, iaitu pada kadar yang melebihi garis kemiskinan.
Ini bermaksud bahawa sekiranya terdapat mana-mana isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM770 sebulan, maka Kerajaan Negeri akan menambah nilai atau “top-up” bakinya untuk mencukupi RM770. Program ini dijangka akan membabitkan sebanyak RM20 juta setahun. Dengan ini, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk mencapai taraf Miskin Sifar, Rasuah Sifar, Pengangguran Sifar dan pada suatu hari nanti Hutang Sifar.

ULASAN

BAGAIMANA KERAJAAN DAP BOLEH MENYATAKAN MEREKA TELAH BERJAYA MENYELESAIKAN MASALAH MISKIN TEGAR KERANA SETIAP TAHUN DARI 2009 PERANCANGAN MEMBASMI MISKIN TEGAR GAGAL DILAKSANAKAN.

TAHUN 2013 PENDEKATAN BASMI MISKIN TEGAR INI IBARAT SEPERTI MAKAN BISKUT SEKEJAP ADA SEKEJAP TIADA. PENAMBAHAN BAJET TOP UP KEPADA PENDAPATAN DI BAWAH PARAS KEMISKINAN BUKANLAH SATU LANGKAH BIJAK TETAPI HANYA BERSIFAT POPULIS.