Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan segera pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan parti politik sebelum Konvensyen Pakatan Rakyat pada 8 Mac ini.
"Sudah lima kali kita berkonvensyen dan sekurang-kurangnya sudah tiga kali kita buat permohonan untuk daftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS.
"Kita menyeru ROS dan menteri dalam negeri untuk berikan kelulusan pendaftaran Pakatan Rakyat secepat mungkin.
"Kita harap dapat kelulusan pendaftaran sebelum konvensyen ini agar kita dapat lancarkan pada konvensyen ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di ibu negara pagi ini.
Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam sidang media itu, Mustafa pula menegaskan yang permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat telah lama dibuat sejak dahulu lagi.
Menurutnya lagi, ia tidak ada kena mengena secara khusus dengan pilihan raya kecil DUN Kajang.
"Ia (permohonan) berterusan, bukan khusus kerana (PRK) Kajang.
"Kita dah memohon sejak beberapa tahun lalu," katanya.
Manakala Saifuddin pula menjelaskan kali terakhir gabungan pembangkang itu membuat permohonan itu pada bulan Januari lalu.
Tegasnya, mereka kini membuat susulan "hampir setiap hari" dengan ROS untuk memastikan permohonan mereka diluluskan.
ROS sebelum ini mengumumkan yang permohonan tersebut "masih belum diproses" kerana Pakatan Rakyat gagal memaklumkan ROS tentang perubahan kepimpinan dalam parti yang dianggotainya.
Menurut ROS, permohonan tersebut dibuat pada "suatu masa dahulu" dan pihak Pakatan Rakyat juga didakwa gagal memaklumkan ROS tentang perubahan jawatankuasa sementaranya. MKINI
BK : TAK PERLULAH BUAT SIDANG MEDIA. HANTAR WAKIL PI BERBINCANG DENGAN ROS. TANYA APA YANG SILAP. SILAP ISI BORANG KE ATAU SEBAGAINYA. SIDANG MEDIA BUKAN SELESAIKAN MASALAH. SIDANG MEDIA SEBAGAI ALASAN HANGPA JE.