Thursday, February 20, 2014

PANTAI BATU BURUK ZON LARANGAN MEROKOK. PANTAI CINTA BERAHI GUANO???


Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju dengan cadangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) untuk mewartakan kawasan Pantai Batu Burok sebagai kawasan bebas asap rokok yang pertama di negeri ini. 

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berkata pada dasarnya, kerajaan negeri bersetuju menjadikan kawasan peranginan dan rekreasi itu sebagai kawasan bebas merokok berikutan tempat itu juga berdekatan dengan hospital. 

"Kita akan berbincang dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu hadapan dan kita akan meluluskan perkara ini," katanya dalam sidang media pada majlis Penyerahan Dana kepada JKNT di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusuf. 

Ahmad berkata mereka yang merokok di kawasan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 iaitu denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, Dr Anwa berkata jumlah kes demam denggi di Terengganu meningkat 405 peratus sepanjang awal Januari hingga hari ini berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Sehingga kini, katanya sebanyak 177 kes direkodkan berbanding hanya 35 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas . 

"Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 135 kes diikuti Besut (13 kes), Dungun (12 kes), Kemaman (7 kes), Hulu Terengganu (6 kes), Marang (4 kes)," katanya. - Bernama 

BK : UMNO LEBIH NAMPAK JELAS DALAM HAL HARAMNYA ROKOK BERBANDING PAS. PAS TIDAK BERANI DALAM MENGUATKUASAKAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PENGHARAMAN MEROKOK.