Wednesday, May 21, 2014

PRK51 : BN PENAKUT BERTEMU DAP -GOOI SEONG KIN


LOKASI : DM  Taman Paya Terubong

TARIKH : 20.05.2014 

Penceramah: Gooi Seong Kin

-Beliau mengatakan BN kali ini tidak berani bertanding kerana takut hilang deposit. Walaupun PRK kali ini tidak menjejaskan pemerintahan kerajaan persekutuan, tetapi PRK mempunyai makna yang lain disebabkan ia merupakan satu channel untuk rakyat untuk menguji prestasi kerajaan BN. 

-Rakyat patut memberi sokongan kepada DAP untuk menghantar mesej kepada BN. Kalau tidak berpuas hati dengan BN, patut keluar mengundi kepada DAP. 

-Menyeru rakyat untuk undi dulu sebelum menjalankan kerja harian kerana undi di sini akan menjejaskan kedudukan di Teluk Intan.