Tuesday, June 18, 2013

PRU 14 : RUMAH URURT LELAKI DAN RUMAH URUT WANITA .KHAS DI SELANGOR


Sebagai exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.

Dakwaan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan sentiasa menjadi isu hangat, yang turut menguji pendahulunya sebelum ini Ronnie Liu.

Berhadapan dengan isu yang menjadi peluru BN untuk lima tahun sebelum ini, Teng kini memikirkan pendekatan lembut yang juga kontroversi - pengasingan jantina.

Walaupun idea itu masih di peringkat perbincangan, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki - dan sebaliknya - boleh membendung kejadian pelacuran.

Dengan perkara itu, kerajaan negeri dapat membendung isu itu tanpa menghukum pelanggan sebenar kerana aktiviti mengurut sebahagian daripada cara tradisi Asean untuk penyembuhan.

"Saya ada idea ini... untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki.

"Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci," katanya

ULASAN AKU :

1. TENG BUAT PENGASINGAN JANTINA. BAGUS. TAPI TUKANG URUT YANG JAMBU JAMBU BOLEH PERCAYA KER JIKA LELAKI YANG MAI TU JENIS BALUN IKUT BELAKANG

2. KAN LEBIH BAIK BUAT URUT KAKI DI KOMPLEKS MEMBELI BELAH SECARA TERBUKA. TAK PERLU BUAT SPA LA, RUMAH URURT LA DAN LAIN LAIN.BAGI OKU (BUTA)YANG KENDALIKAN.ADA JUGALAH KERJA.

3. BETUL KE BOLEH BUAT DAN BOLEH KUATKUASAKAN. KITA TENGOK NANTI.