Sunday, August 28, 2011

SUNGAI MANIK MENGAUM. BERINGAT KAU DAP


TENTERA SABIL SUNGAI MANIK

Dalam sejarah penentangan terhadap Komunis atau Bintang Tiga mahupun Bintang Satu, nama sebuah pasukan iaitu Tentera Sabil Sungai Manik tidak boleh dipisahkan, sekalipun tidak tercatat dalam buku-buku sejarah mahupun pengiktirafan yang diberikan kepada pahlawan-pahlawan Melayu Banjar seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri dan Kiyai Salleh Batu Pahat.
 
Kewujudan Tentera Sabil dan Pasukan Parang Panjang Bengkung Merah telah mengubah senario politik negara ini. Tanpa pasukan ini, mungkin negara tidak seperti sekarang, sekalipun kewujudan mereka tidak diiktiraf. Sebagai contoh, yang membela dan menyelamatkan orang Melayu di Batu Pahat adalah Kiyai Salleh, seorang pahlawan dari suku etnik Melayu Banjar, tetapi yang mendapat nama adalah Onn Jaafar, datuk kepada Hishamuddin Hussein, Menteri KDN sekarang.
 
Tentera Sabil yang masih ramai di Sungai Manik. dan selain Tentera Sabil, terdapat juga JUNDULLAH yang bergerak secara senyap. Pasukan ini pernah datang ke Kampung Medan di Jalan Kelang Lama pada ketika orang Melayu dibunuh oleh orang India, manakala di Kampung Rawa, pasukan yang sama juga turut turun. Bagaimanapun, kedatangan mereka telah berjaya disekat oleh pasukan polis bagi mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah.
 
Khabar dari Teluk Intan, pasukan berkenaan dikatakan sedang bersiap-siap untuk turun ke Kuala Lumpur. Sama ada dianggap sebagai pasukan pengganas atau pembela, Tentera Sabil telah banyak berjasa kepada masyarakat Melayu Teluk Intan, Sungai Manik, Cenderung Balai dan kawasan sekitarnya.
 
Pada zaman darurat, mereka bukan sahaja ‘membersihkan’ kawasan tersebut daripada pengganas komunis bermuka Cina tetapi ramai juga tali barut komunis yang terdiri daripada bangsa Melayu yang menemui maut akibat direndam di dalam parit tali air. Bahkan ramai juga yang dipancung dan mayat mereka dicampak ke dalam parit taliair.
 
Dan perlu diingat, Tentera Sabil sangat membenci komunis dan tali barut mereka( BERINGAT MAT SABU)