Sunday, August 28, 2011

PERANG SG MANIK. PERINGATAN BUAT MAT SABU

 

Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri

Nama-nama seperti 'Tentera Sabil' atau 'Kumpulan Parang Terbang' merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan-pahlawan Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik.

Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Malaya dan menubuhkan negara komunis melakukan banyak kekejaman terhadap orang Melayu dan lain -lain yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu di anggap sebagai tali barut Jepun.

Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama( BERLAKU DI PENANG SEKARANG DAN DI MALAYSIA) dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu Pahat. Bintang Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin sedikit berbeza.

Bagi orang Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu. Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman.

AYUH KPM, TULIS SEMULA SEJARAH KIYAI SALLEH DAN PERANG SG MANIK. BIAR MAT SABU DAN DAP TAHU. INILAH SEJARAH YANG PERLU DI PINDA DALAM TEKS SEKARANG DAN BUKANNYA MENGANGKAT KOMUNIS SEBAGAI PEJUANG