Sunday, August 28, 2011

ISLAM BANGKIT BERJIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH DAP DAN KOMUNIS SERTA SEKUTUNYA

Cerita berkenaan parang terbang  berasal daripada Kiai Salleh@Panglima Salleh@Penghulu Salleh@Salleh Itam (allahyarham) dari mukim 4 Batu Pahat....Beliau berbangsa Banjar. Selain itu ialah ilmu parang panjang Tuan Syeikh Othman menggunakan ayat 4  di atas.

Namun ada perguruan menjadikan ianya salah satu dari 4 tahap. Kalau mengikut kaedah biasa, ayat 4 ini hendaklah diamalkan 4x sahaja dalam sehari. Lebih tak salah! Niat hendaklah dijaga agar tidak memohon khadam atau apa2 yang sewaktu dengannya. Mohonlah menjadi Khadam Allah s.w.t.

Pemakainnya apabila sudah sebati, boleh sahaja di baca 5x sebelum pergi bertempur. Kenapa 5x ? Sebab ada 4 kat kiri kanan depan belakang kita dan termasuk diri kita jadilah 5.

Amallah dengan istiqomah, betulkan niat, Insyaallah orang kebal - rembat je menyembur darah.

Pengamal yang mantap zikir Allah. Allah dihati. Boleh mengaplikasikan jurus ini tanpa ayat. Boleh disertakan dengan Lam Jalalah atau yg lebih tinggi lagi.

Dalam rawatan, mereka yg telah jazam, boleh menggunakannya dalam merawat. Letak telapak tangan anda pada belakang pesakit yg ada gangguan Jin dan larutkan diri sampai terasa kita dah tiada, bila tiada maksudnya tiadalah daya upaya lagi. Menafikan diri yang ada hanyalah ALLAH s.w.t. sambil membaca ayat 4 ini berulang

fakta:

1. Pedang beliau (boleh melentur dan dipakai di pinggang beliau macam tali pinggang) merupakan pemberian seorang tua dari sungai simpang kiri. Ada yang mendakwa pedang tersebut warisan Dato' Bahaman. Wallahualam

2. Beliau mempelajari banyak amalan dan ilmu dari serata tempat. Amalan beliau yang paling terkenal adalah "ayat empat" dan disertai pemakaian "selempang merah".

3. Ayat empat tidak membuatkan mana mana parang mahupun pedang pahlawan banjar, bugis dan jawa di Johor TERBANG namun ianya akan menberikan kesan terhadap pandangan musuh antaranya...
a. Melihat pengamal ayat empat, tinggi setinggi pokok kelapa.
b. Melihat hanya senjata manakala empunya senjata dighaibkan Allah. Disinilah bermulanya kisah parang terbang. Padahal musuh tak nampak pembawa senjata...bukan parang tu terbang sendiri...

4. Ayat empat adalah merupakan ayat perang, ianya panas bila diamalkan oleh penerima ijazah. Disejukkan dengan zikir Ya Latif

5. Selempang merah hanya simbol, psikologi untuk pengamal betapa mudah mudahan, pemakai selempang merah yang telah didoakan itu mendapat perlindungan Allah. Selempang itu cuma kain biasa yang didoakan, moga moga pemakainya dilindungi Allah. Ingat, ianya tidak memberi sebarang kesan. Allah sahaja yang Maha Berkuasa

6. Ayat Empat
a. Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin
b. Wallahu ghalibun alal amrih
c. Ya haiyu ya qaiyum ya ilahana wailaha kulli syain ilahauwahidan la ila hailla anta
d. Ya zaljalali wal ikram

7. Air perangsang (dalam tempayan) para pejuang pada malam hari sebelum serangan akan beramal dengan ayat empat tersebut disertai bacaan surah yaasin, airnya diminum setiap pejuang sebelum dipakaikan selempang merah untuk menguatkan semangat.

8. Pantang setiap pejuang mengambil harta benda musuh mahupun makanan kecuali senjata, tujuan pantang ini untuk mengelakkan mereka gelap mata dan terpesong dari tujuan asal untuk berjuang di jalan Allah.

TUJUAN
tujuan dituliskan kisah ini adalah untuk memberi maklum pada generasi muda betapa ianya masih ada benar2 ada dan masih ada di kalangan orang kita yang mengamalkannya, ianya bukan satu rahsia kerana rahsia adalah haq Allah.

NASIHAT
nasihat kepada golongan muda, carilah payung sebelum hujan. Masih ramai di kalangan orang tua kita yang pendekar. Tak rugi pelajarinya

INGAT
ingatlah betapa jangan sesekali beramal untuk kuat, beramallah setulus hati kerana ALLAH. Dan jangan meninggalkan tabiat buruk atau menghindari berbuat dosa kerana ingin ilmu dan amalan ini menjadi, buatlah kerana ALLAH

SUMBER RUJUKAN :http://gersaka.blogspot.com/2010/10/ayat-4-kiyai-saleh.html