Friday, July 29, 2011

PULAU PINANG HARI INI MEMPUNYAI KETUA MENTERI PEMBOHONG

MENANG ATAU KALAH , RAKYAT PULAU PINANG TENTUKAN.
BERDOA AGAR KITA BOLEH DAN MAMPU MENANG.

Teman melihat suasana negeri Pulau Pinang semakin lama semakin hangat diperkatakan. Pulau Pinang dilihat sebagai indikator cara kerja politik parti DAP.Nak tengok DAP,maka kita boleh melihat negeri Pulau Pinang. guan eng dok bangga dengan cara kerjanya yang bersifat tektikal dan sementara sahaja. Guan eng lebih berminat mengunakan pendekatan ' bagi rakyat rasa" daripada pendekatan yang " wajib dirasai rakyat". Yang wajib dirasai rakyat ialah hak keadilan dan nikmat yang ada di Pulau Pinang. Namun, guan eng suka memberi sesuatu supaya bagi rakyat rasa misalnya wang rm 100 kepada warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.Warga emas dapat merasai wang rm 100. mereka dapat pegang wang tetapi nilai subsidi yang diberikan oleh kerajaan pusat mereka tak dapat rasai dan tak dapat dipegang.

Guan eng amat amat seronok kerana semua urusan subsidi kerajaan pusat akan tanggung. Beliau hanya menjadi ketua menteri top up sahaja. Kerajaan BN bagi rm 800 kepada guru kafa, maka guan eng top up secara one off sebanyak rm 100. Guan eng bangga kerana meyimpan wang kerajaan di dalam tabung kerajaan negeri sejumlah hampir rm 500 juta lebih. Tapi beliau terlupa, 70% wang dalam tabung kerajaan negeri adalah disimpan sejak kerajaan BN lagi. Sepatutnya kalau guan eng berbangga dengan tabungan kerajaan negeri, maka perjelaskan hutang kepada kerajaan pusat dengan kadar segera atau beli konsesi tol sg nyiur bernilai RM 230 JUTA .AMBIL DUIT TABUNG  DAN BANTU RAKYAT DALAM KES TOL SG NYIUR. guan eng jangan dok syok bercakap bahawa dia berjaya berjimat, sedangkan banyak pembohongan dilakukan. Apabila ditanya hal tol sg nyiur, guan eng akan salahkan semula BN. SAHABAT PEMBACA SEKALIAN, SEPANJANG 3 TAHUN GUAN ENG MEMERINTAH TIADA SATU PUN YANG GUAN ENG TELAH TURUNKAN. CUKAI PINTU, CUKAI PARIT SALIRAN , CUKAI TANAH DAN PELBAGAI LAGI TIDAK DITURUNKAN MALAH HAK RAKYAT SEPERTI AIR TELAH DINAIKAN DALAM BENTUK SURCAJ.Inilah yang teman katakan guan eng hanya pandai bercakap tetapi lemah dan tidak profesional dalam pentadbiran.