Friday, July 29, 2011

6 BAYANG BAYANG KOMUNIS LEPAS BEBAS

 Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat telah dibebaskan .Mereka ialah Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP letchumanan, anggota Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai, M Sukumaran, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy dan Pemimpin Pemudanya, R Sarat Babu.Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan ketika dihubungi mengesahkan keenam individu itu dibebaskan dari Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 5.30 petang tadi.Menurutnya, beliau akan memaklumkan kepada pihak media bagi mengaturkan tempat untuk bertemu dengan semua tahanan terbabit.

Parti Sosialis menafikan sekeras kerasnya mereka merupakan pro komunis.Mereka menyatakan mereka hanya melawan kapitalis. Mereka menyatakan mereka memperjuangkan nasib pekerja. Ini seakan-akan sama dengan prinsip parti buruh . Rujuk sejarah parti buruh yang sentiasa berkonfran dengan melayu sejak dari dahulu.Parti sosialis sedang mengumpul kekuatan untuk menarik sebanyak mana minat kaum india menyertai mereka. Mereka mahu menarik minat india di ladang dalam hal perjuangan gaji sedangkan kerajaan telah meluluskan dasar gaji minima.Mereka menyatakan harta awam adalah untuk semua tetapi mereka juga ingin hidup mewah. paling tidak mereka mahukan elaun yang banyak.Tapi yang peliknya , elaun parlimen YB sg siput dan YB nasir tidak pula disumbangkan kepada rakyat?Sekilas ertian Komunisme iaitu fahaman yang menjurus ajaran Karl Marx dan bercita-cita menghapus hak milik perseorangan dan mengganti hak milik secara bersama .Hak milik secara bersama ini sama dengan prinsip sosialis yang mahukan menjadikan harta negara sebagai hak awam. Sama rata dan sama rasa. Konsep perjuangan gaji pekerja yang akhirnya tidak adil kepada golongan pandai. Mana tidaknya, adalah tidak adil gaji pekerja yang berkelulusan pmr atau srp mahu disamakan dengan gred gaji diploma. Tak kan gaji pekerja estate mesti sama dengan gaji jururawat? Apakah ini perjuangan PSM yang lama kelamaan meminggirkan golongan yang berilmu sekaligus mereka tidak dihargai.