Friday, July 29, 2011

PAS BUKIT BENDERA HENTAM GUAN ENG DALAM BLOG SAHAJA ?.BUATLAH DEMO

Teman petik artikel dalam blog pasbukit bendera. Ini sahajalah level pas yang hanya berani tulis dalam blog. Buatlah demo bantahan dan berkumpul jumpa guan eng bagi menghalang hiburan dalam bulan ramadhan. dulu hanpa marah sangat umno dan bn. sekarang hangpa bukankah kawan dap, pi la tegur dan tekan dap. Amal makruf nahir mungkar. boleh tulis atas banner je la.


Pulau Pinang Perlu Contohi Kedah :Pusat Hiburan


Written by pemudabbendera   
Jul 19, 2011 at 12:30 AM
Pusat Hiburan bukanlah isu baru dibincangkan baik di meja kopi ,agensi-agensi kerajaan,ahli majlis MPPP dan MPSP bahkan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga dibahaskan dengan cermat dan teliti tidak guriskan mana-mana pihak terbabit.

Mengenai Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1997 khasnya Pulau Pinang dijalankan seperti yang dikehendaki pihak berkuasa,cumanya ketegasan dalam perundangan perlu dipertingkatkan oleh PBT MPSP , MPPP dan lain-lain agensi kerajaan.
Kelemahan penguatkuasaan itu perlu diperbaiki dari masa ke semasa.

YAB Lim Guan Eng kerap kali bertemu dengan masyarakat Melayu Islam selalu berkata "Amal maaruf nahi mungkar"....dan mahu mencontohi khalifah Omar Abdul Aziz....mungkin ada jalan penyelesaian bagi kaum bukan Islam dan Islam........... isu pusat hiburan .Isu Pusat Hiburan kerap kali dibangkitkan dalam website pasbukitbendera.com.