Thursday, April 30, 2015
PRK044 : WAN AZZIAH TAK LAYAK PEGANG AMANAH DI PERMATANG PAUH
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya atau bukan orang yang layak, maka tunggulah saat kehancuran.”
Di dalam hadis tersebut telah mengigatkan dan memberi peringatan kepada setiap individu khususnya ahli majlis syura atau badan perwakilan (parlimen) atau mereka yang terlibat dengan proses pemilihan pemimpin, ketua, pemerintah atau penguasa, melalui pilihanraya atau sebagainya, supaya mereka menilai dan melantik orang yang benar-benar layak memegang teraju pemerintahan atau pentadbiran atau mengendalikan sesuatu organisasi atau jabatan atau badan dan khususnya negara. Dalam kes ini rakyat dan masyarakat seluruhnya juga dikira terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perlantikan tersebut dan mereka tidak boleh berlepas tangan atau tidak ambil peduli dalam masalah perlantikan pemimpin. Hal itu kerana pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab mencorak dan membentuk sesebuah negara atau orang yang bertanggungjawab mencorak dan membentuk sesebuah negara atau orang yang dipimpinnya sama ada ke arah kemajuan yang bersesuaian dengan Islam atau ke arah kehancuran dan kemusnahan. Namun begitu, pada hari ini betapa banyak kita dapati dan kita lihat amanah dan jawatan penting serta jawatan utama diserahkan kepada orang yang tidak layak atau tidak mempunyai kelayakan yang sebenar menurut syariat Islam, sedangkan orang yang layak dan mempunyai kelayakan sebenarnya tidak diberi peluang, maka dengan berbuat demikian, sesuatu urusan itu tidak dapat dilaksanakan dan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Penyerahan kuasa atau perlantikan seseorang pemimpin atau penguasa yang tidak benar-benar layak sudah pastinya tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sepatutnya. Dalam konteks ini, pasti ia akan melakukan pengkhianatan dan penyelewengan. Pengkhianat dan penyelewengan itu bukan sahaja dari kalangan pemimpin itu bahkan orang yang bertindak dalam proses perlantikan dan pemilihan pemimpin tersebut melalui pilihanraya dan sebagainya juga dikira sebagai pengkhianat kerana mereka sudah tahu orang yang mereka akan lantik tidak boleh melaksanakan tugas apatah lagi kalau pemilihan tersebut atas dasar sentimen dan fanatik terhadap seseorang pemimpin semata-mata bukan atas dasar kelayakan dan pemilihan yang tepat. Sedangkan amanah itu merupakan satu perkara yang penting dan mesti diserahkan kepada orang yang berhak sebagaimana firman Allah di salam surah al-Nisa’ ayat 58, yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” |
Wednesday, April 29, 2015
PRK044 : ADIK YUSNI MAT PIAH TEGAS MENYOKONG
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selayang Mohamad Zuhdi Mat Piah pula membuat kenyataan menyokong abangnya, Yusni.
Dalam kenyataannya Zuhdi berkata beliau menyokong pendirian serta ketegasan Yusni berhubung kenyataan media Pemuda PKR Pulau Pinang yang dianggap menghina dan memfitnah Hadi pada 26 Februari lalu.
"Antara kenyataan biadap mereka, kononnya ketika Umno Barisan Nasional (BN)sudah di penghujung nyawa, tiba-tiba presiden ingin muncul sebagai wira yang mahu menyelamatkan Umno BN, juga mendesak presiden undur dari jawatan itu, kononnya beliau tidak lagi selari dengan PR.
"Apa hak kamu atas kenyataan dan desakan tersebut?" soal Zuhdi dalam kenyataannya.
Bagi Zuhdi, Pemuda PKR Pulau Pinang wajib memohon maaf di atas keceluparan tersebut, "tetapi malangnya dengan sengaja mereka abaikan tempoh yang diberikan berlalu begitu sahaja."
Zuhdi dalam kenyataannya juga kesal kerana tindakan akan diambil terhadap Yusni "hanya kerana mempertahan maruah presiden dan prinsip perjuangan PAS."
PRK044 : HANIPA MAIDIN TERUS KURANG AJAR DENGAN TN GURU HJ HADI
AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata presiden PAS perlu turun sendiri ke kawasan Parlimen itu atau membuat kenyataan bagi menasihatkan mereka agar mematuhi keputusan yang dibuat PAS Pusat.
AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata, presiden PAS itu perlu turun sendiri ke kawasan Parlimen itu atau membuat kenyataan bagi menasihatkan mereka agar mematuhi keputusan yang dibuat PAS Pusat.
Langkah ini perlu katanya, kerana Pemuda PAS di sana sudah menyatakan dengan jelas yang mereka hanya menerima arahan dari presiden PAS sahaja.
"Memandangkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dengan secara tidak wajar mengheret nama dan imej presiden PAS bagi menjustifikasi sikap, pendirian dan keputusan beliau tersebut, maka elok juga jika presiden PAS dapat turun ke Pulau Pinang dan menasihati mereka supaya menarik balik tindakan memboikot tersebut yang secara jelas memburukkan imej PAS.
"Jika sekali pun presiden PAS dengan kesibukan beliau selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Dunia perlu memberi komitmen yang amat tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, dan mungkin tidak berkesempatan turut sama berkempen di Permatang Pauh, maka saya percaya kenyataan rasmi presiden PAS meminta mereka menarik balik keputusan boikot tersebut, dan turut sama membantu calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, akan menyelesaikan segera kemelut yang tidak sepatutnya timbul ini," kata Hanipa dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Hanipa mengulas tindakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang mengarahkan semua jentera Pemuda PAS direhatkan dari membantu calon Pakatan Rakyat (PR) dari PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang bertanding di PRK Permatang Pauh.
PRK044 : PAS TIDAK MAHU DIPERBODOHKAN LAGI
PAS PERLU BERANI MENOLAK KESOMBONGAN DAP DAN PKR . SELAMA INI PAS TELAH DIPERBODOHKAN OLEH SEKUTUNYA PKR DAN DAP. APA LAGI YANG PKR DAN DAP MAHU SEDANGKAN :
1) DAP masih lagi menolak kerjasama PAS dalam PR
2) DAP masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap DAP Sarawak dan Sabah yang memutuskan hubungan dengan PAS
3) DAP hanya akan berhubung dengan PKR dalam soal PRK di Permatang Pauh atau Rompin
4) DAP masih belum menarik balik tuduhan mereka yang kerjasama Hudud antara Kerajaan Kelantan dan Pusat adalah perangkap PR
5) DAP masih lagi memainkan sentimen Sabah/Sarawak dalam Malaysia jika Hudud dilaksanakan
BK : DAP ADALAH PUNCA SEBENAR PERPECAHAN UMAT ISLAM MALAYSIA
PRK044 : KUMPULAN ANWARINAS DI TOLAK KAWASAN PAS
Setakat ini, sebanyak 134 dari 191 PAS Kawasan seluruh negara telah direkod mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka. Daripada jumlah itu, 98 Kawasan telah mencalonkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden. Turut dicalonkan ialah Dato Husam Musa dan Ustaz Ahmad Awang masing-masing dengan lapan ( dan lima (5) pencalonan.
Bagi kerusi Timbalan Presiden pula, Dato Tuan Ibrahim mengungguli apabila mendapat 93 pencalonan mengatasi penyandang, Haji Mohamad Sabu dengan hanya 12 pencalonan sahaja.
Untuk jawatan Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad mencatat tertinggi dengan 78 pencalonan, diikuti Dato Mohd Amar (46), Salahuddin Ayub (45), Ust Nasrudin Hassan (42), Dato Mahfuz Omar (39) dan Dato Iskandar Samad (2.
Dato Husam Musa selaku penyandang jawatan mencoroti senarai dengan hanya 12 pencalonan. Manakala turut tersenarai ialah Dato Dr Mujahid (5) dan Mohamad Sabu (3).
Pencalonan bakal berakhir pada 30hb ini. Daripada maklumat di atas, beberapa analisa boleh dibuat, antaranya:
1. Muktamar kali ini menampakkan sedikit kelainan apabila kebanyakan kawasan mula bercakap tentang kepimpinan. Sebelum ini, PAS terkenal dengan ahlinya yang tidak mempedulikan jawatan. Namun ia bukanlah suatu yang negatif kerana perwakilan kawasan-kawasan bukan merebut jawatan untuk diri masing-masing, tetapi berusaha menyedarkan ahli supaya tidak semberono dalam menilai calon agar benar-benar dapat memperjuangkan matlamat penubuhan PAS.
2. Walaupun isu paling panas diperkatakan dalam PAS hari ini adalah mengenai kegagalan Presiden PAS mentadbir parti, tetapi kepimpinannya masih diharapkan oleh akar umbi dengan 87.5% dari pencalonan presiden yang diumumkan. Ini menunjukkan ahli PAS masih bersama aspirasi Presiden dan beliau tidak keseorangan seperti yang digambarkan media.
3. Mohamad Sabu sepatutnya mendapat pencalonan yang tinggi kerana kelebihan sebagai penyandang. Malangnya pada kali ini hanya 10% akar umbi PAS yang memilihnya. Perkara ini berkemungkinan berlaku dari prestasi beliau yang dilihat tidak memainkan peranan sebagai pembantu Presiden, tetapi lebih menyebelahi rakan lain apabila berlaku pertembungan antara mana-mana pihak dengan Presiden.
4. Dato Nik Amar juga muka baru yang dipilih akar umbi untuk jawatan Naib. Nama beliau melonjak dari ketegasannya mempertahankan dasar dan manhaj PAS. Malah, perjuangan PAS terhadap agenda hudud terakam dari vokal beliau yang menonjol berbicara mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, selain bintangnya bersinar sebagai pelapis MB Kelantan. Ini juga menjadi indikator bahawa ahli bawahan PAS teguh bersama hasrat PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada agenda hudud.
5. Calon Presiden, Dato Husam Musa pula menerima nasib serupa Haji Mohamad Sabu. Namanya bukan sahaja tidak menjadi pilihan ramai untuk jawatan Presiden, malah jawatan Naib Presiden yang disandang beliau juga 'ditolak' oleh akar umbi. Faktornya mungkin kerana sikapnya yang dilihat mendalangi penubuhan PasMa dan pendirian beliau yang berbeza dengan keputusan PAS Pusat terhadap PasMa. ‘Nasib’ diterimanya itu turut menjadi ‘mesej’ bahawa ahli PAS menolak PasMa sebagaimana Berjasa dan Hamim yang telah terkubur tanpa nisan suatu masa dahulu.
6. Rata-rata pimpinan yang dilihat berada dipihak Presiden seperti Dato Tuan Ibrahim, Ustaz Idris, YB Iskandar, Dato Mohd Amar, YB Ustaz Nasruddin Tantawi menjadi pilihan akar umbi kali ini. Sedangkan mereka yang dilihat membelakangi Presiden seperti Mat Sabu, Husam Musa, Dr Hatta, Khalid Samad, Dr Dzulkefly dan Hanifa Maidin tidak lagi menjadi pilihan ramai.
7. Pertembungan Ulama-Profesional yang sengaja direka, terbukti omongan palsu semata kerana Ustaz Ahmad Awang yang dikenali sebagai 'Ulama' juga tidak menjadi pilihan pendokong Kepimpinan Ulama. Sebaliknya YB Iskandar, antara ‘non-ulama’ pula menjadi pilihan ditonjolkan sebagai calon.
8. Pencalonan kali ini menunjukkan perubahan amat ketara apabila ramai penyandang-penyandang jawatan sedia ada tidak lagi popular sebagai calon kecuali YB Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Ini adalah petanda ahli bawahan tidak lagi mempercayai kebanyakan AJK PAS Pusat sekarang. Mereka mengharapkan PAS akan datang lebih baik dan mampu menyelesaikan konflik yang berlaku. Akar umbi juga percaya percaya riuh rendah dalam PAS bukan berpunca dari Presiden seperti yang digembar gemburkan pihak tidak bertanggungjawab.
9. Ustaz Ahmad Awang, antara nama baru yang naik akhir-akhir ini. Beliau membawa imej selamatkan PR, namun tidak mendapat tempat di hati akar umbi PAS. Walaupun beliau kerap turun padang sejak tahun lepas sama ada program anjuran PAS cawangan ataupun PasMa, ia tidak begitu membantu kempen beliau melainkan di tiga (3) Kawasan sahaja. Sebaliknya, beliau dilihat menjadi boneka kepada pihak tertentu semata-mata. Ternyata juga, sayangnya ahli PAS kepada PR tidak melampaui teguhnya mereka terhadap prinsip perjuangan PAS.
10. Kebanyakan pencalonan untuk Husam Musa dan Ustaz Ahmad Awang berlaku di awal tempoh MAT PAS Kawasan. Ia mungkin sebagai cara mempengaruhi Kawasan lain supaya berani mencalonkan Presiden selain TGHH. Sebaliknya, tindakan mereka mengumumkan pencalonan menyebabkan Kawasan lain juga mengumumkan pencalonan mereka secara terbuka bagi membuktikan mereka masih bersama TGHH. Berbeza dengan sikap sebelum ini di mana kebanyakan pencalonan diserahkan sahaja kepada AJK Kawasan yang dilantik.
11. Kebanyakan perwakilan MAT PAS Kawasan hanya mencalonkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib-naib sahaja. Kebanyakan pencalonan untuk Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pula diserahkan kepada AJK Kawasan yang baru dipilih pada MAT tersebut dengan meletakkan ‘syarat’ iaitu menyenaraikan nama yang tidak menentang ulama. Di sini menunjukkan bahawa perwakilan thiqah kepada AJK PAS Kawasan yang baru mereka pilih. Juga menunjukkan mereka menolak golongan yang dilihat menentang Kepimpinan Ulama. Keadaan ini menjadi petanda hubungan kuat akar umbi di PAS Cawangan dengan PAS Kawasan yang akan melonjakkan momentum kekuatan hingga ke atas.
12. Perubahan besar kepimpinan juga dilihat berlaku di beberapa kawasan. YB Ir Mohamad Nizar gagal pertahankan jawatan YDP Kampar, sementara PJ Melaka dan bekas PJ Selangor tewas di tempat masing-masing. Mereka ini antara yang dilihat tidak seiring dengan Presiden PAS.
13. Kebanyakan nama-nama baru yang agak kontroversi dalam PAS tidak disokong oleh ahli bawahan. Presiden PasMa, Ir Dato Phahrolrazi tidak lagi menjadi YDP Kuala Kedah. Kawasannya juga tidak membawa aspirasinya apabila tetap mencalonkan TGHH sebagai Presiden. Taiping yang menjadi tempat kelahiran Ustaz Ahmad Awang turut memilih TGHH sebagai Presiden.
14. PAS Kawasan Batu ditentang sayap-sayap ahli bawahan sendiri apabila berura-ura mencadangkan Husam Musa sebagai Presiden. Urusan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat mengeluarkan kenyataan bersama berdiri teguh di belakang Presiden.
15. Kawasan-kawasan yang memilih selain TGHH pula kebanyakannya adalah Kawasan yang dimaklumi tidak aktif. Bukit Gelugor di bawah YDP Dr Mujahid Rawa hanya mempunyai satu cawangan aktif. Batu Sapi di Sabah tidak mempunyai Cawangan. Tangga Batu, Melaka juga dimaklumi demikian. Rata-rata MAT PAS Kawasan tersebut dihadiri kurang dari 100 orang ahli atau lebih sedikit dari ahli PAS Cawangan-cawangan di Terengganu.
16. Kebanyakannya pencalonan datang dari Johor dan Negeri Sembilan mempunyai ahli sedikit dan kekuatan yang lemah hingga berlaku kes pembatalan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS). Negeri-negeri kuat seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor majoritinya bersama TGHH.
17. Walaupun masih berbaki kurang 60 Kawasan lagi, jurang perbezaan yang besar antara pencalonan tersebut tidak memberikan kesan besar untuk merubah ranking pencalonan sekarang melainkan diperingkat Naib Presiden.
18. Pencalonan ini adalah bayangan kabinet baru PAS 2015-2017. Sekiranya pemilihan kali ini berjalan dengan baik, keputusannya akan hampir sekata dengan pencalonan ini. Namun, timbul juga kekhuatiran pemilihan kali ini akan berlaku kepincangan melihatkan kepada rekod Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang teruk pada sesi lepas di mana wujud suara-suara tuntutan agar Asmuni Awi ditukar ganti oleh mereka yang lebih berkredibiliti.
SUMBER TULISAN : (Alang Ibn Shukrimun)
Tuesday, April 28, 2015
P044 ; MUKTAMAD SEMUA JENTERA PEMUDA PAS REHAT
Semua jentera dan petugas Pemuda PAS Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.
"Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini," katanya.
Malah, katanya, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru tadika {asti juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.
"Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh," katanya.
BK : SILAP SILAP SEHARI DUA SEBELUM PILIHANRAYA BUAT U TURN
P044 : KETUA PEMUDA ANWARINAS MULA WARNING YUSNI MAT PIAH
Pemuda PAS Pusat akan menyokong cadangan agar ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPNPP), Mohd Yusni Mat Piah, dikenakan tindakan disiplin ekoran tindakan memboikot kempen Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.
Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata, pendirian Pemuda PAS negeri itu melanggar keputusan pimpinan parti di peringkat Pusat untuk menyokong calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK itu.
Suhaizan berkata demikian ketika mengulas cadangan agar Yusni dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin PAS ekoran kenyataannya menentang keputusan PAS Pusat yang mengarahkan agar jentera PAS membantu calon PKR di Permatang Pauh.
Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan (DPPK) hari ini menyatakan sokongan padu terhadap pendirian DPPNPP untuk tidak membantu gerak kerja pakatan pembangkang dalam PRK Permatang Pauh, lapor Bernama.
Sokongan itu disuarakan lapan ketua pemuda DPPK iaitu Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid (Permatang Pauh), Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi Mohd (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd Hafiz Kasim (Kepala Batas).
"Kami sepenuhnya memberi sokongan padu pendirian tersebut atas dasar kebersamaan kami dalam mengecam kenyataan biadab Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan keengganan mereka memohon maaf atas kecaman mereka terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Adalah dipertegaskan di sini, pendirian bukanlah pendirian peribadi Yusni sahaja, malah adalah pendirian yang dibuat bersama semua exco DPPNPP.
"Maka, pendirian ini juga adalah pendirian bersama semua exco DPPK kami."
Mohamad atau Mat Sabu, sebelum ini menyatakan, siasatan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap Yusni ekoran kenyataan beliau yang bertentangan dengan keputusan dan kenyataan yang dibuat PAS Pusat itu.
"Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa PAS Pusat terhadap ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat," kata Mat Sabu dalam satu kenyataannya.
P044 : PASMA DITUBUH UNTUK PKR DAN DAP
Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yakin calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mampu mempertahankan kerusi Parlimen parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Pengerusi PASMA Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim berkata pilihan raya yang dijadualkan pada 7 Mei depan itu hanya untuk memastikan kedudukan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang.
"Saya rasa sini bukan bincang untuk kalah menang. Menang tentu menang.
"Kita bincang tentang Parlimen, siapa akan jadi Ketua Pembangkang dan Ketua Kerajaan," katanya ketika ditemui The Rakyat Post.
Ketua Whip DAP, Anthony Loke sebelum ini berkata kedudukan Ketua Pembangkang yang baru hanya akan diputuskan sebaik sahaja selesai PRK Permatang Pauh.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhairi Azlan.
Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada tahun 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.
Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun.
P044 : DAP ADALAH TUNJANG MASALAH HUBUNGAN PAS -PKR
Mengapa kita berkata demikian? Hal ini jelas terpampang kepada kita berikutan tindakan tidak masuk akal DAP/PKR yang secara terburu-buru mengeruhkan keadaan dengan menghentam PAS dan bukan setakat itu sahaja berikutan usaha murni PAS untuk memantapkan lagi sistem perundangan negara dengan meningkatkan lagi taraf Sistem Perundangan Islam. Bukan itu sahaja, malahan ketumbukan DAP Sabah dan Sarawak dengan jelas dan nekad memutuskan hubungan dengan PAS sekaligus keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri berkenaan. Dan yg lebih memualkan kita lagi ialah DAP yang disokong oleh PKR memutuskkan hubungan dengan Presiden PAS dengan secara tidak rasminya memutuskan hubungan dengan PAS diperingkat pusat. Leraian terakhir hanyalah Selangor. Jika PR tidak berkuasa di Selangor nescaya DAP/PKR tidak akan teragak-agak untuk menendag PAS dan seribu cacian dan kejian.
Berbalik kepada tajuk di atas, apakah rasional DAP/PKR bertindak sedemikian walhal Hudud dalam Perundangan Islam itu juga merangkumi kononnya agenda utama PR untuk membendung ketirisan dan ketidakadilan kerajaan BN. Nampaknya semua itu hanyalah retorik DAP/PKR semata-matanya. Jika tidak mana mungkin semudah itu DAP/PKR memutuskan hubungan dengan PAS.
Maka nampaklah kepada kita apa sebenarnya agenda DAP/PKR. Agenda utama DAP/PKR adalah untuk menaikkan sistem yg tidak Islamik spt sekularisme, liberalisme dan pluralisme (SLP). Ideologi sedemikian amat bertentangan dengan sistem Islam. Maka logiklah kepada kita DAP/PKR memutuskan hubungan dengan PAS hanya kerana Sistem Islam yg ingin didaulatkan oleh PAS. Walhal sistem Islam amatlah menitik beratkan soal ketirisan dan keadilan malahan lebih daripada apa yg dituntut oleh DAP/PKR atau mana-mana ideologi sekali pun.
Jika penentangan terhadap Sistem Islam yang menjadi keutamaan kepada DAP/PKR. Di mana letaknya isu di atas kepada mereka? Letaknya hanyalah untuk meraih undi rakyat supaya menentang kerajaan BN. Dan bukan kita tidak tahu DAP/PKR juga terlibat membuat onar dalam hal ketirisan dan ketidakadilan di negeri2 di bawah pemerintahan mereka. Hal yg jelas ialah pemecatan TSKI yg kita tahu begitu telus dan teliti orangnya tetapi ditendang begitu sahaja menerusi 'Langkah Kajang'.
Mungkin selepas ini BN akan menjadikan modal politik bahawa agenda ketirisan dan ketidakadilan hanyalah omongan kosong DAP/PKR semata-mata supaya rakyat menentang mereka. Kita tunggu dan lihat apa lagi tipu-daya yang boleh dimainkan oleh DAP/PKR untuk memancing undi. Lebih memualkan lagi apakah lagi strategi mereka untuk memperkudakan PAS dalam mengjayakan agenda SLP mereka.
SUMBER : PENYOKONG PAS
Monday, April 27, 2015
PRK 044 : JENTERA PEMUDA PAS REHAT!!!!!
PERMATANG PAUH - Pemuda Pas Pulau Pinang kekal dengan pendirian merehatkan jentera untuk PRK Permatang Pauh berikutan kegagalan AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutannya hingga kelmarin.
Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, AMK Pulau Pinang gagal meminta maaf secara terbuka kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abduil Hadi Awang yang didakwa menjalinkan kerjasama dengan Umno dan memintanya meletak jawatan.
Berikutan itu, semua jentera Pemuda Pas Pinang direhatkan dan tidak terlibat dalam urusan PRK Permatang Pauh walaupun masih menjalin kerjasama dengan rakan PR.
"Dewan Pemuda Pas menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.
"Semua bilik gerakan Pemuda Pas tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis bawah seliaan kami juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh," katanya dalam kenyatan media di sini hari ini.
Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru Pasti juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK itu.
"Kami juga tidak akan terlibat dengan jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.
"Pemuda Pas Pulau Pinang juga kecewa atas sikap berdiam diri AMK Pulau Pinang dan helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu Pas dalam mengurus desakan akar umbi Pas di Permatang Pauh," katanya.
Diminta mengulas tindakan Pas Kawasan Permatang Pauh membuat pusingan-U dan kembali menyokong calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yusni berkata, mesyuarat agung tahunan (MAT) kawasan itu membuat keputusan berdasarkan suara akar umbi dengan meminta permohonan maaf dibuka secara terbuka.
Ini kerana permintaan akar umbi agar Dr Wan Azizah menarik balik kenyataan dan meminta maaf secara terbuka berhubung isu hudud.
"Tetapi beberapa pemimpin kawasan dan negeri mengadakan perjumpaan secara tertututp dan membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan ahli akar umbi
"Namun lain jadinya dalam mesyuarat yang diadakan malam semalam (kelmarin). Sepatutnya majlis taklimat kepada ahli bertukar kepada majlis pelancaran jentera.
"Ini menyebabkan kekeliruan kepada akar umbi dan mahu penjelasan dari pimpinan PKR sama ada menyokong atau tidak hudud," katanya sambil menganggap beberapa isu yang timbul masih tidak selesai selagi belum ada kenyataan rasmi dari Dr Wan Azizah.
Sebelum ini media melaporkan sengketa Pas Permatang Pauh dengan PKR selesai setelah kedua-dua belah pihak bertemu dan bersetuju berdamai pada malam 24 April lalu.
Perjumpaan itu melibatkan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man.
Manakala PKR diwakili presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk mansor Othman.
Omar berkata, pihaknya menerima persetujuan PKR iaitu semua pemimpin dan ahlinya yang beragama Islam akan menyokong pelaksanaan hudud yang dicadangkan Pas manakala pemimpinnya yang bukan Islam tidak menyokong hukum itu.
Sebelum ini, dalam mesyuarat agung tahunan Pas Permatang Pauh Ahad minggu lalu, meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Omar berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.
Pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi kerana ahli Pas Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti. - SH
PRK004 : BILA JADI CALON SEMUA LARAT. BANJIR DI KAJANG NAK LAWAT PUN TAK LARAT
SEPAK BOLA BOLEH.................
SEPAK RAGA BOLEH.............................
BANJIR DI KAJANG TAK BOLEH LAWAT
BANJIR DIKAJANG TAK BOLEH SELESAI
KESIMPULAN : WAN AZIZAH LARAT BILA NAK UNDI. MENANG KALU BYE BYE PENGUNDI. HANGPA TANGGUNG LA SENDIRI
PRK044 : PAS KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT-SAARI SUNGIB
ADUN Hulu Kelang Saari Sungib berkata PAS seharusnya keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya rakyat tidak dapat lagi menerima mereka dalam gabungan pembangkang itu.
Beliau yang kini digantung keahlian selama setahun berkata badan pengkaji Merdeka Centre perlu membuat kajian terhadap rakyat dan pengundi sama ada PAS masih lagi relevan dalam pakatan pembangkang itu ataupun tidak.
"Banyak orang tidak puas hati, dalam parti, luar parti, dalam Keadilan, dalam DAP, dalam Pakatan Rakyat, pengundi, penyokong, pelbagai lagi.
"Dari segi semangat (PAS) yang wujud seperti ambil hati, macam kes Permatang Pauh, (terpaksa) berunding, tapi sampai bila (nak) berunding?
"Kalau keputusannya lebih baik PAS tidak berada dalam Pakatan Rakyat, ada bukti yang kukuh, kajian yang menyeluruh, PAS harus keluar dari Pakatan Rakyat. Dan diganti dengan pakatan yang baru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi menjelaskan lebih lanjut kenyataannya dalam satu forum di Konvensyen PasMa sebelum itu di Perpusatakaan Awam Raja Tun Uda di Shah Alam petang ini.-mkini
BK : PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT. SAARI SUNGIB KELUAR PAS JOIN PKR LE. ALA ITU PUN MALU NAK HABAQ
Sunday, April 26, 2015
PRK044 : SALAH MUJAHID - YUSNI MAT PIAH
1. Timbalan Pesuruhjaya PAS P.Pinang, Dato Dr Mujahid seharusnya memohon maaf kerana gagal menangani isu berkaitan desakan akar umbi PAS di PRK Permatang Pauh, dan bukannya menyalahkan Dewan Pemuda PAS (DPPN) P.Pinang seperti yang dilaporkan dalam akhbar. Di mana beliau menuduh DPPN P.Pinang sebagai penghasut bagi menutup kelemahan dan kegagalan kepimpinan beliau.
2. Sbg Pengarah Operasi PRK P.Pauh peringkat negeri P.Pinang, beliau sepatutnya turun mendengar isu yang dibangkitkan oleh akar umbi dan membawa hasrat mereka ke peringkat atas khususnya dalam berapa perbincangan bersama PKR yang dihadirnya. Akan tetapi beliau mengambil tindakan sebaliknya dengan memihak kepada PKR dengan menyerang emosi akar umbi.
3. Walaupun pernah ditegur gagal memimpin jentera Pilihanraya PAS dengan baik ketika PRK Bukit Gelugor, DPPN P.Pinang kecewa beliau masih mengulangi sikap ego dan autokratik yang sama. Dan mudah menundung jari melebel dan menyalahkan orang lain. Dan ini melukakan kembali hati petugas PAS.
4. Malah Pesuruhjaya PAS P.Pinang, Hj. Mohd Sabu sebagai Pengarah Induk Jawatankuasa PAS untuk PRK Permatang Pauh juga gagal memainkan peranannya menyelesaikan isu ini. Seperti Dato Mujahid, beliau juga tidak turun bertemu akar umbi PAS di Permatang Pauh.
5. Kegagalan mereka berdua ini untuk turun berbincang sejak awal isu ini tercetus, menyebabkan isu ini bertambah keruh. Lebih-lebih lagi mereka berulang kali mengeluarkan kenyataan keras kepada akar umbi di Permatang Pauh sehingga mencederakan emosi mereka.
6. DPPN P.Pinang ingin pertegaskan, desakan akar umbi PAS Permatang Pauh melalaui usul Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan dalam isu hudud adalah kerana mereka mahu menyuarakan kesukaran mereka menggerakkan jentera dan turun berkempen jika PKR tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka berhubung hudud atau RUU Persendirian Kelantan.
7. DPPN P.Pinang memuji tindakan TG Presiden yang menghormati pandangan ahli-ahli di Permatang Pauh. Malah DPPN P.Pinang sependapat dengan PAS Permatang Pauh bahawa hanya beliau yang dapat meredakan ketegangan ini.
Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS P.Pinang
PRK044 : ISU HUDUD SELESAI KATA STOPA ALI
PAS dan PKR menyifatkan isu antara kedua-dua parti itu selesai apabila PAS bersetuju untuk turut bersama dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei ini, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata pemimpin pusat dan kawasan kedua-dua parti itu bermesyuarat malam tadi bagi menjelaskan isu berhubung sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.
"Isu itu selesai dan ia hanya salah faham. PAS kawasan Permatang Pauh akan bersama-sama dalam kempen pilihan raya kecil ini, malah PAS kawasan itu akan melancarkan jentera pilihan raya malam ini," katanya ketika ditemui hari ini.
Isu sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil itu timbul apabila PAS Kawasan Permatang Pauh meluluskan usul menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Ia juga mahukan PKR memohon maaf secara terbuka untuk mendapat sokongan PAS kawasan itu pada PRK berkenaan.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula ketika diajukan soalan berhubung perkara itu, berkata antara pemimpin PAS yang hadir pada mesyuarat malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Mustafa, Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Datuk Salleh Man, dan Ketua PAS Kawasan Permatang Pauh Omar Hassan.
"Mereka ingin mendapatkan penjelasan PKR dan kami juga mahu beberapa penjelasan daripada PAS Permatang Pauh.
"Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dan kami mencapai persetujuan fokus kami sekarang bagi memastikan (Presiden PKR Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) menang besar dalam PRK Permatang Pauh," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata isu hukum hudud tidak dibincang secara khusus dalam mesyuarat itu tetapi PAS menjelaskan usul PAS Kawasan Permatang Pauh yang diluluskan oleh mesyuarat agung PAS kawasan itu adalah pandangan akar umbi yang dihormati.
"Tetapi sebagai pemimpin kita memberikan kepimpinan kepada anggota dan melihat kerangka besar Pakatan Rakyat. Kerangka dasar bersama Pakatan perlu ditangani," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata mesyuarat malam tadi adalah antara PAS dan PKR sahaja.
Ditanya pendirian DAP berhubung hudud, Lim berkata: "Saya tidak perlu ulang berulang kali, anda tahu apa pendirian kami... kami tidak akan pernah mengubah pendirian kami (berhubung hudud).
"Pendirian kami jelas. Kami memutuskan hubungan dengan (Datuk Seri) Hadi (Awang) kerana itu." - Bernama
PRK044 : OMAR AKUR SOAL HUDUD BUKAN HAK PKR
Pas Permatang Pauh menerima kenyataan pelaksanaan undang-undang hudud ditolak sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR.
Namun begitu ia tetap membantah pendirian pemimpin Islam dalam parti yang menentang undang-undang hudud.
Di sebalik kemelut yang berlaku, ia masih meletak harapan perbezaan yang timbul akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Menurut Yang Dipertuanya, , Omar Hassan perbezaan yang timbul tidak akan menjejaskan jentera pilihan raya PR untuk membantu calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
“Selepas kita mendengar penjelasan demi penjelasan dengan begitu teliti dalam suasana yang harmoni, akhirnya kita bersetuju dan pihak PKR juga bersetuju dengan (Pas) tidak bersetuju setiap pimpinan parti keadilan muslim menolak hudud PAS,” katanya.
Omar berkata demikian semasa majlis penerangan dan pelancaran jentera PAS Kawasan Permatang Pauh di Dewan Yusof Rawa.
PRK044 : PASMA BUAT KALUT DAH DI PERMATANG PAUH
NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan mengadakan pertemuan dengan rakyat bagi mendengar permasalahan dan pendapat mereka sekaligus mencadangkan 'manifesto' kepada Pakatan Rakyat.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi pagi tadi dalam ucapan pembukaan konvensyen NGO itu di Shah Alam berkata ‘PasMa akan kemukakan manifesto’ sebelum pilihan raya umum (PRU14).
Bagaimanapun, ditemui Malaysiakini kemudiannya, beliau menjelaskan manifesto itu untuk membantu Pakatan, memandangkan dasar penubuhan NGO itu untuk mengukuhkan gabungan pembangkang itu.
"Oleh kerana PasMa adalah NGO dari bukan parti politik, apabila menghampiri PRU-14, setahun sebelum itu kita akan mengadakan majlis-majlis untuk mengambil pandangan rakyat.
"(Antaranya) apa sebenarnya yang rakyat nak dari sebuah kerajaan. Dari situ kita akan buat rumusan daripada majlis perjumpaan dengan rakyat secara terbuka, kita kumpulkan dan cadangkan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
Mengulas lanjut, Phahlolrazi berkata walaupun sebelum ini banyak salah tanggapan terhadap mereka, namun gerak usaha akan dibuat bagi menerangkan kepada masyarakat tujuan pernubuhan PasMa.
“Kita akan kukuhkan dengan buat lebih banyak sesi dialog, majlis itu terbuka kepada semua untuk hadir dan mereka terbuka untuk tanya, kita buat secara langsung. Jadi dengan cara itu orang faham.
“Tapi ramai yang tak faham tentang matlamat PasMa sebab orang buat tuduhan kepada PasMa, itu yang rosakkan imej kita,” katanya yang juga ADUN Pengkalan Kundor.
PasMa dalam kenyataanya semalam, sudah memulakan gerak kerja awalnya apabila mengerahkan 1,000 sukarelawan untuk membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Mereka akan berkempen dengan memberi penjelasan tentang isu-isu semasa terutamanya isu hudud.
_________________
Saturday, April 25, 2015
PRK044 : MANA JENTERA PASMA YANG KHABARNYA RATUSAN ATAU RIBUAN
TADI YANG NAMPAK CUMA PAHROLRAZI SAHAJA. DIA PUN DAH TAK BAWA BENDERA PAS. SO, FAHAM SAHAJELAH YER. BENDERA PAS TAK PENTING DI PRK PERMATANG PAUH. KENAPA WAN AZIZAH TAK MINTA MAAF SECARA LIVE?
PRK044 : SENYUM GILER GUAN ENG
AGAK AGAK APALAH YANG MENYEBABKAN GUAN ENG NI SENYUM GILER YER. MESTI ADA PERBUALAN YANG MENARIK DALAM PERARAKAN. KASIHAN LA PADA KAK WAN. TAK DAPAT JAGA CUCU LAGI.
PRL044 : MANA PI BENDERA PAS ?
Perarakan mengiring calon untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil kali ini sedikit hambar kerana dipercayai penyokong dan akar umbi PAS tak keluar. Walaupun ada pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali di sebuah hotel di Seberang Jaya pada pukul 9 malam pada malam tadi untuk menyelesaiakan masalah ini.
Mengikut sumber pihak PKR meminta maaf tetapi minta maaf ini tidak diumumkan secara rasmi malah ada juga 'agen-agen' PKR dan blogger anti-ulama menyebar kononnya tak wujud minta maaf.
Akar umbi PAS dan Melayu Islam masih menunggu kenyataan PKR berhubung hudud dan tarik balik penghinaan kepada Presiden PAS.
Tinjauan dibuat tiada lambang PAS di perarakan tersebut melainkan dibaju (itu jika dia orang pakai baju PAS) beberapa pimpinan PAS yang hadir tunjuk muka untuk kepentingan politik semasa.
P044 : APA KATA PENGUNDI PERMATANG PAUH
.....kami PENGUNDI SENYAP , dalam bahasa inggeris dipanggil SILENT VOTERS....kami dah tak larat dah nak BERPILIHANRAYA MASUK KALI NI DAH DEKAT 10 KALI BALIK BALIK DIA , BN BUAT PASAL DENGAN GST , BEBAS tu menyemak jer boleh la tambah meriah kali ni jer bebas nak menang kali ni memang susah
ini jer kami nak luahkan kekecewaan kami sebagai PENGUNDI PERMATANG PAUH , ramai ramai kat kawasan kami la ni bukan pengundi pun ACTION jer LEBIH.....kami pengundi permatang pauh dah BOSAN dengan BN , PR dan BEBAS....kali ni nak pi mengundi pun KAMI DAH MALAS
kami sekumpulan pengundi pengundi di kawasan parlimen permatang pauh dengan ini telah mengistiharkan bahawa kami TIDAK AKAN MEMBUANG UNDI DAN PERGI MENGUNDI PADA PILIHANRAYA KALI INI
ini merupakan bantahan dan protest terhadap suasana politik dan situasi di kawasan kami sekarang ini
puas hati, ini saya cara kami nak ajaq hampa
KALI INI barisan nasional , pakatan rakyat DAN bebas
JANGAN HARAP KAMI NAK UNDI HANGPA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tunggulah dan saksikanlah PERATUSAN PENGUNDI yang akan TURUN MENDADAK
ini merupakan bantahan dan protest terhadap suasana politik dan situasi di kawasan kami sekarang ini
puas hati, ini saya cara kami nak ajaq hampa
KALI INI barisan nasional , pakatan rakyat DAN bebas
JANGAN HARAP KAMI NAK UNDI HANGPA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tunggulah dan saksikanlah PERATUSAN PENGUNDI yang akan TURUN MENDADAK
Friday, April 24, 2015
PRK044 : SAMBUTAN PKR HAMBAR
PAS kawasan Permatang Pauh masih lagi bersikap mahu memboikot kempen PKR atau rakyat tempatan sudah tidak melihat dan menganggap Azmin Ali mempunyai aura tarikan sepertimana yang dimiliki DSAI.
BK : TANPA PAS PKR AKAN TUMBANG
PRK044 : TN IBRAHIM TN MAN PERLU LIBERAL UNTUK MENDAPAT SOKONGAN DAP
Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi samada melibatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau melibatkan hukum.
PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti. Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini.
Isu hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi ditegaskan kita masih bersama dengan PR dan ini telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden berulang kali.
Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita wujudkan sehingga kini. Pendirian parti mesti didokongi oleh ahli sehinggalah ada keputusan baru.
Sehingga kini, kita tegaskan PAS adalah sebahagian dari komponen PR.
Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar Ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.
PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam. Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang.
Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulamak dan Pendirian Rasmi Dewan Ulamak kerana ia mempunyai implikasi besar.Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.
Maka sebagai Ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR. Kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.
Adapun beberapa isu yang melibatkan salah faham kerana berita yang diseleweng oleh media arus perdana sehingga menimbulkan salah tanggapan, ketegangan, Insha-Allah ia akan diselesaikan melalui perundingan dan pertemuan mahabbah antara para pimpinan dan petugas yang akan diadakan dari masa ke semasa.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap Ahli Majlis Syura PAS
Subscribe to:
Posts (Atom)