Sunday, April 26, 2015

PRK044 : SALAH MUJAHID - YUSNI MAT PIAH




1. Timbalan Pesuruhjaya PAS P.Pinang, Dato Dr Mujahid seharusnya memohon maaf kerana gagal menangani isu berkaitan desakan akar umbi PAS di PRK Permatang Pauh, dan bukannya menyalahkan Dewan Pemuda PAS (DPPN) P.Pinang seperti yang dilaporkan dalam akhbar. Di mana beliau menuduh DPPN P.Pinang sebagai penghasut bagi menutup kelemahan dan kegagalan kepimpinan beliau.


2. Sbg Pengarah Operasi PRK P.Pauh peringkat negeri P.Pinang, beliau sepatutnya turun mendengar isu yang dibangkitkan oleh akar umbi dan membawa hasrat mereka ke peringkat atas khususnya dalam berapa perbincangan bersama PKR yang dihadirnya. Akan tetapi beliau mengambil tindakan sebaliknya dengan memihak kepada PKR dengan menyerang emosi akar umbi.

3. Walaupun pernah ditegur gagal memimpin jentera Pilihanraya PAS dengan baik ketika PRK Bukit Gelugor, DPPN P.Pinang kecewa beliau masih mengulangi sikap ego dan autokratik yang sama. Dan mudah menundung jari melebel dan menyalahkan orang lain. Dan ini melukakan kembali hati petugas PAS.

4. Malah Pesuruhjaya PAS P.Pinang, Hj. Mohd Sabu sebagai Pengarah Induk Jawatankuasa PAS untuk PRK Permatang Pauh juga gagal memainkan peranannya menyelesaikan isu ini. Seperti Dato Mujahid, beliau juga tidak turun bertemu akar umbi PAS di Permatang Pauh.

5. Kegagalan mereka berdua ini untuk turun berbincang sejak awal isu ini tercetus, menyebabkan isu ini bertambah keruh. Lebih-lebih lagi mereka berulang kali mengeluarkan kenyataan keras kepada akar umbi di Permatang Pauh sehingga mencederakan emosi mereka.

6. DPPN P.Pinang ingin pertegaskan, desakan akar umbi PAS Permatang Pauh melalaui usul Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan dalam isu hudud adalah kerana mereka mahu menyuarakan kesukaran mereka menggerakkan jentera dan turun berkempen jika PKR tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka berhubung hudud atau RUU Persendirian Kelantan.

7. DPPN P.Pinang memuji tindakan TG Presiden yang menghormati pandangan ahli-ahli di Permatang Pauh. Malah DPPN P.Pinang sependapat dengan PAS Permatang Pauh bahawa hanya beliau yang dapat meredakan ketegangan ini.




Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS P.Pinang