Saturday, April 25, 2015

PRL044 : MANA PI BENDERA PAS ?



Perarakan mengiring calon untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil kali ini sedikit hambar kerana dipercayai penyokong dan akar umbi PAS tak keluar. Walaupun ada pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali di sebuah hotel di Seberang Jaya pada pukul 9 malam pada malam tadi untuk menyelesaiakan masalah ini.

Mengikut sumber pihak PKR meminta maaf tetapi minta maaf ini tidak diumumkan secara rasmi malah ada juga 'agen-agen' PKR dan blogger anti-ulama menyebar kononnya tak wujud minta maaf.

Akar umbi PAS dan Melayu Islam masih menunggu kenyataan PKR berhubung hudud dan tarik balik penghinaan kepada Presiden PAS.

Tinjauan dibuat tiada lambang PAS di perarakan tersebut melainkan dibaju (itu jika dia orang pakai baju PAS) beberapa pimpinan PAS yang hadir tunjuk muka untuk kepentingan politik semasa.