Timbalan Ketua Pemuda PAS Selayang Mohamad Zuhdi Mat Piah pula membuat kenyataan menyokong abangnya, Yusni.
Dalam kenyataannya Zuhdi berkata beliau menyokong pendirian serta ketegasan Yusni berhubung kenyataan media Pemuda PKR Pulau Pinang yang dianggap menghina dan memfitnah Hadi pada 26 Februari lalu.
"Antara kenyataan biadap mereka, kononnya ketika Umno Barisan Nasional (BN)sudah di penghujung nyawa, tiba-tiba presiden ingin muncul sebagai wira yang mahu menyelamatkan Umno BN, juga mendesak presiden undur dari jawatan itu, kononnya beliau tidak lagi selari dengan PR.
"Apa hak kamu atas kenyataan dan desakan tersebut?" soal Zuhdi dalam kenyataannya.
Bagi Zuhdi, Pemuda PKR Pulau Pinang wajib memohon maaf di atas keceluparan tersebut, "tetapi malangnya dengan sengaja mereka abaikan tempoh yang diberikan berlalu begitu sahaja."
Zuhdi dalam kenyataannya juga kesal kerana tindakan akan diambil terhadap Yusni "hanya kerana mempertahan maruah presiden dan prinsip perjuangan PAS."