Wednesday, February 1, 2012

PASCA E 13 : DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG BIDAS PEMUDA DAP


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG
Berkaitan Isu KUIN - MB Kedah yang dibangkitkan oleh Pemuda DAP P.Pinang.
1- Dwn Pemuda PAS Negeri (DPPN) P.Pinang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak termasuk rakan kami DAPSY P.Pinang yg telah memberi respon terhadap MB Kedah YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abd Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkenaan isu KUIN, yang telah disiarkan dalam portal Malaysiakini semalam 30/1/2012.

2- Suka untuk ditegaskan, bahawa DPPN P.Pinang mendokong penuh semangat Buku Jingga berkaitan AUKU yang memberi kebebasan kpd mahasiswa utk berpolitik & hak berpersatuan seperti yang digariskan. Ianya juga sebenarnya telah begitu lama disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini.

3- Adalah sesuatu yang tidak wajar jika sebegitu mudah YAB MB Kedah dipalitkan tuduhan bahawa beliau tidak bersama dengan semangat Buku Jingga serta dilabelkan sebagai tiada persefahaman dengan pemimpin PR apabila beliau bertindak menyokong penggunaan AUKU terhadap 5 mahasiswa KUIN seperti yang dilaporkan sebelum ini.

YAB MB Kedah juga telah menjelaskan bahawa AUKU tidak digunakan dalam kes ini, sebaliknya tindakan yang diambil adalah mengikut peruntukan Akta IPTS 1996 yang berbeza dengan AUKU walaupun ianya hampir sama, seperti yang disiarkan portal akhbar Sinar Harian hari ini 31 Jan 2012.

4- Perlu juga menjadi perhatian & pertimbangan bersama bahawa kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh mahasiswa yang terlibat. YB Tuan Karpal Singh telah dilantik pihak KUIN sebagai peguam mewakilinya & beliau bersetuju untuk membela pihak KUIN dalam kes ini.
5- Umum mengetahui bahawa YB Tuan Karpal Singh adalah Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga merupakan peguam ternama.

Persoalannya, adakah apabila YB Tuan Karpal Singh bersetuju untuk menjadi peguam mewakili KUIN dalam isu ini bermakna Pengerusi DAP itu juga tidak bersama dalam semangat Buku Jingga seperti tohmahan yang dipalitkan kpd YAB MB Kedah? ( KARPAL SINGH DAH KANTOI .DIA SENDIRI HENTAM SEMANGAT JINGAY)
Adakah beliau juga boleh dilabelkan tidak mempunyai persefahaman sesama pimpinan PR yang lain dalam isu KUIN ini?

6- Semua mengetahui AUKU adalah undang-undang yang wujud sejak sekian lama & masih digunakan sehingga hari ini seperti semua undang-undang yang lain termasuk kes-kes jenayah dll.

7- Sebagai contoh; seorang ahli PAS yang rumahnya dimasuki perompak yang menyamun hartanya, apabila ia membuat laporan polis & meminta pihak polis menyiasat & menyelesaikan kes itu, adakah boleh dikatakan bahawa ahli PAS itu telah bersetuju untuk menafikan perlaksanaan Hukum Allah (Hudud) yang diperjuangkan partinya sekian lama, keatas pencuri itu ?

Adakah boleh dilabelkan bahawa ahli PAS tersebut telah menggadaikan prinsip perjuangannya selama ini & bersetuju untuk menerima pakai undang-undang yang sedia ada, apabila beliau membuat laporan polis?

Ahli PAS tersebut bertindak betul dengan melaporkan kepada polis untuk bertindak kerana ianya adalah undang-undang & peraturan yang sedia ada serta diguna pakai sekarang.

Pada masa yang sama Ahli PAS itu juga masih tidak berganjak dengan dasar perjuangan partinya untuk menegakkan pemerintahan Islam & undang-undangnya. Beliau tetap yakin bahawa ianya akan dilaksanakan apabila cukup & sempurna syarat-syaratnya nanti.

8- Oleh yg demikian, DPPN P.Pinang percaya bahawa pendirian MB Kedah YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak dalam isu KUIN ini adalah kerana mengguna-pakai undang-undang sedia ada.

Undang-undang ini boleh dipinda @ dimansuhkan jika PR menguasai Parlimen & Kerajaan Persekutuan kelak.

9- DPPN P.Pinang juga melihat bahawa 'hentaman demi hentaman' yang diberikan kepada YAB MB Kedah lebih bertujuan untuk memberi persepsi buruk bersifat 'character assasination' @ pembunuhan karakter yang dirancang oleh musuh tertentu.( SIAPA MUSUH TERTENTU? MAHFUZ ATAU SEKUTU SABU DI KEDAH?)
10- DPPN P.Pinang menyeru supaya semua pihak menghentikan 'hentaman' ini & mengurangkan jurang perselisihan pendapat sesama pimpinan. Marilah kita memberi fokus maksima untuk menumbangkan musuh politik kita yang sebenar iaitu UMNO & BN dalam PRU-13 ini.

Sekian, terima kasih.

AFNAN HAMIMI B TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha DPPN P.Pinang