Tuesday, January 17, 2012

PASCA E 13 : CD DNBN -BAHAGIAN 4 : DEB DISERANG DAN TENGKU RAZALIGH DILONJAKKAN, ANWAR PENGKHIANAT KAUM CINA

 di dalam bahagian ini, skrip tertumpu kepada menghentam DEB yang gagal membela melayu. solanya sipakah yang menyeybabkan DEB gagal membela melayu. tanya sama khalid ibrahim yang dah menjadi kaya raya disebabkan DEB. tanya sama zmin yang dah kaya raya disebabkan DEB. tanya sama anwar juburi yang menjadi menteri ketika DEB berjalan.Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan  tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. jadi tang mana pembangkang kata gagal. yang kaya raya group nuar
 penulis skrip memberikan contoh bahawa walaupun DEB berjalan, masih ada lagi rumah PPRT sedangkan harta petronas melimpah ruah. soalnya sekarang , BK mau tanya penulis skrip, mengapakah di pulau pinang tak ditukar status rumah PPRT kepada rumah kos sederhana ? sedangkan kerajaan negeri mempunyai simpanan hampir RM 1 billion? simpan nak masuk kocek sendiri dan beli rumah RM 980 000, beli rumah RM 600 000, beli crv baru dan pelbagai lagi?semalam menteri pembangunan luar bandar kerajaan BN  mengumumkan kadar harga rumah PPRT telah dinaikkan kepada RM 50 000.
 lalu penulis skrip memberi contoh penduduk pprt yang pendapatan mereka rm 300 sahaja. wah!!! pandai main sentimen. nak bagitau rakyat kalau kami perintah kami akan guna wang petronas bagi tambah pendapatan rakyat. mudah sungghuh membohong. sebelum suruh kerajaan bn bagi, minta selangor, kedah, kelantan dan pulau pinang guna hasil simpanan tambah gaji pekerja kilang dan penduduk pprt. bagi penduduk pprt gaji rm 500 sebulan.buatlah... jangan cakap pandai ajer.....kepada pakcik ini ingin BK sampaikan pesanan Allah  dalam firmannya :

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
 adik ini tak mampu nak belajar di sebuah kolej mara di balik pulau sebab tiada duit dan jauh. yang ini satu hal. BK bersimpati tapi adik ini sepatutnya tanya la mara dahulu tentang perbelanjaan di kolej. tak kan mati lah duk kolej kerana tak dapat makan. adik kena keluar dari kepompong kampung dan majukan diri serta keluarga. yang pi buat rakaman ni pun, bagi bantuan ke pada keluarga adik ini?
 tengku razaleigh dilonjakkan  sebab bakal nak jadi PM kalau anuar kena sumbat dalam penjara.presiden amanah kononnya. pelik sungguh kenapa pas tak hentam tengku razaleigh baguih punya. dulu kata tengku minum arak la. di Bank Bumiputra ada arak la dan macam macam.
 lalu di bawa kisah penubuhan semangat 46 yang kononnya menggambarkan tengku juga hebat berjuang untuk melayu. boleh percaya ka?S46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan. S46 dibubarkan pada tahun 1996 di ambang anuar tengah kalut. masa ni pun tengku dok intai juga nak jadi PM
 tun salleh di pecat tahun 1988. zaman ini zaman anuar ibrahim menjadi menteri pendidikan . kenapa anuar dok diam sahaja. bukankah dia bersetuju sangat dengan pemecatan ini sebab dia pun bercita cita nak jadi presiden umno.

Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia/ Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Antara yang di tahan ialah :

Antara mereka yang ditahan ialah :
  1. Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
  2. Chandra Muzaffar- Presiden Aliran
  3. Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP
  4. Dato Lee Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
  5. Chan Kit Chee - Naib Presiden MCA dan Perak
  6. Kua Kia Soong- Ketua Publisiti Jawatankuasa Hak Awam
  7. Lim Fong Seng Pengerusi Dong Jiao Zhong (Persatuan Pendidikan Cina)
  8. Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
  9. Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
  10. Mohamed Fahmi Ibrahim - Exco Biro Pendidikan Pemuda UMNO .
nak kalut pasal apa...umno pun ada yang di tahan.

APA CINA KATA MASA ITU :

Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:
  • Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
  • Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiao Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan gaya pendidikan sekolah Cina.
  • Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiao Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid memboikot sekolah selama 3 hari.
SIAPAKAH YANG JAHAT KETIKA ITU. BUKANKAH ANWAR IBRAHIM YANG MENJADI MENTERI PELAJARAN KETIKA TAHUN 1987? JANGAN NAK BOHONG SEJARAH. KUASA MENEMPATKAN GURU BESAR DAN DASAR PENDIDIKAN KETIKA ITU DI BAWAH ANWAR IBRAHIM. BUKANKAH ANWAR YANG MEMULAKAN PERMAINAN RASIS.

APA ORANG CINA DAH LUPA. INGAT MELAYU SAHAJA YANG MUDAH LUPA? SIAPAKAH PENGKHIANAT KEPADA KAUM CINA? ANWAR MENJADI MENTERI PENDIDIKAN PADA TAHUN 1986 HINGGA 1990.

NANTIKAN BAHAGIAN KE LIMA