Tuesday, January 17, 2012

PASCA E 13 : ANTARA KHOO KAY KIM DAN PENDETA ZA 'ABA. SIAPA SEJARAWAN ULUNG: MENJAWAB KENYATAAN ISU HANG TUAH

HUJAH PROF KHOO KAY KIM

 
‘Hang Li Po, Hang Tuah did not exist’ K Pragalath | January 16, 2012
Historian Prof Khoo Kay Kim says that the Ming dynasty's records do not mention the princess or the famous warrior. He also 
points out that early Malaysian history is based on stories.
PETALING JAYA: According to history, Chinese Princess Hang Li Po was the fifth wife of Malaccan Sultan Mansur Shah who reigned 
from 1456-1477.

During this period, there was also the legend of the Sultan’s five famous warriors, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang 
Lekir and Hang Lekiu. It is a tale of friendship and loyalty, which every Malaysian had heard.
However, renowned historian Prof Khoo Kay Kim told radio station BFM this morning that Hang Li Po and the five warriors never 
existed.

Speaking to FMT later, he explained: “The Chinese Ming dynasty of the 16th century does not have records on them. These are very 
well preserved records.”The KDU college chancellor also said he had read the writings of two Western historians and another prominent historian Wang 
Gung Wu on the Ming records which did not mention the characters either.

“History must be based on empirical records. Historians must only accept written records,” he said, adding that empirical records 
available here were at best “skanky”.“There is no evidence in the Malaysian records,” he said. “These are stories. Early Malaysian history is based on stories.”

“We have had many stories. Only recently historians have taken the trouble to research the early Malaysian history period. A lot of 
stories accepted in the past cannot be proven,” he added.Khoo also told FMT that there are rumours that the Malacca kingdom was founded in 1292 even though there were records to prove 
that it was formed in the 15th century.

He added that the government had instructed the syllabus committee to go through the school history syllabus to rectify the errors.
The syllabus, said Khoo, would be introduced in the year 2014.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/16/hang-li-po-hang-tuah-did-not-exist/
SEJARAH TAK BOLEH DILUPAKAN

Buku ini  dicetak sekitar tahun 1954 sebab kata aluan dibuat oleh Pendeta Bahasa Melayu iaitu saudara ZA'BA bertarikh 1 april 1954. Buku ini juga menggunakan ejaan lama seperti "sa-buah", "di-uchapkan", "cherita". tajuknya Laksamana Hang Tuah.

Meski pun begitu, terdapat beberapa penulis Inggeris seperti Hans Overback, Nasjah, Sheppar M C dan lain-lain lagi yang berminat dan telah menulis atau menterjemahkan hikayat Hang Tuah dalam buku mereka, seperti ‘Malaiische Chronik, Hang Tuah Aus dem Malaiischen ubersetz von Hans Overbeck’ yang diterbitkan oleh Georg Muller, Munich pada tahun 1922.

Malah jika kita melihat pada tulisan fakta sejarah, kita akan dapat mengetahui bahawa setelah kejatuhan Melaka pada Tahun 1511, Sultan Mahmud Syah (Sultan Melaka yang terakhir) mengundurkan diri ke Kampa. Kemudiannya selepas itu pada tahun 1528, Putera Baginda – Raja Muzaffar Syah telah berhijrah ke Negeri Perak lalu membawa bersamanya sebilah keris yang dikurniakan ayahndanya, yang mana keris itu dikatakan kepunyaan Hang Tuah yang dipulangkan kepada Sultan Mahmud Syah sebelum menghilang. Hingga kini, alat itu dijadikan sebagai alat kebesaran kerajaan negeri Perak

Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.

Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai “Keris Taming Sari” dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.

Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi jawatan Laksamana Melaka, yang terakhir sekali dijawat dan dipegang oleh (Bendahara) Hang Tuah. Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.

Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk menghadap sendiri Kebawah Duli Sultan kerana gagal mendapat Puteri Gunung Ledang untuk mengahwini baginda.
Tatkala Sultan Mahmud Shah meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar, Sumatera pula. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzafar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak (Darul Ridzuan) dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama
APA KATA MEREKA :



SOALAN BK

 MENGAPAKAH SEJARAH LAKSAMANA CHENG HO MASUK ISLAM DAN MENGANUT AGAMA ISLAM TAK DIBONGKARKAN?APAKAH MEREKA TAKUT MENYATAKAN ISLAM ITU KUAT DAN CHENG HO ITU SEORANG ISLAM?