SUMBER : LIMGUANENG.COM
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Bayar Duit Raya Kepada ADUN-ADUN Tetapi Hanya Bayar Duit Raya Sebanyak ½ Bulan Bonus Untuk Semua Anggota Kerajaan Negeri Dengan Minima RM600 Dan RM 300 Untuk Guru Kafa.
Kerajaan negeri Pulau Pinang hanya akan bayar duit raya sebanyak ½ bulan bonus untuk semua anggota kerajaan negeri dengan minima RM600 dan RM 300 untuk guru Kafa. ADUN-ADUN di Pulau Pinang tidak akan amenerima duit raya itu.
Jumlah yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk duit raya adalah RM3,322,055.68 kepada 3,649 anggota pentadbiran negeri dan 1,416 guru Kafa. Pengiraan adalah sedemikian dan tidak merangkumi ADUN-ADUN.
Ulasan Teman :
Apabila kerajaan persekutuan , mengumumkan pembayaran bonus 1/2 bulan gaji, ada dikalangan penyokong pembangkang menyatakan kerajaan BN ingin merasuah kakitangan awam dan portal pembangkang pula menyatakan penjawat awam yang berpencen kecewa kerana hanya diberi RM 500 sahaja.
Soalnya mengapakah pemberian kerajaan negeri tidak di perdebatkan. Masihkah kita ingat pada tahun 2010 apabila kerajaan DAP mengumumkan pemberian RM 400 kepada penjawat awam negeri lalu selepas itu kerajaan BN mengumumkan RM 500 untuk bonus penjawat awam persekutuan yang akhirnya menyebabakn DAP merasa malu. Tahun ini, dap lebih bijak apabila menunggu keputusan kerajaan BN dalam hal pemberian bonus. Selepas sahaja kerajaan BN umumkan, maka barulah kerajaan dap umumkan.
Yang perlu kita tanya kepada kerajaan DAP, bagaimana pula pesara kerajaan negeri yang telah berpencen? mengapakah tidak diberikan bonus? hanya GURU KAFA DAN PENJAWAT AWAM NEGERI SAHAJA YANG MENERIMA.ADILKAH LIM GUAN ENG? PUJIAN HARUS DIBERI KEPADA KERAJAAN BN YANG PRIHATIN KEPADA SEMUA PIHAK.
Teman amat bersimpati dengan pesara penjawat awam negeri yang tidak dihiraukan. Ada yang menyatakan , pesara kerajaan negeri di bawah BN pun tidak diberikan bonus. Soal teman sekarang, kerajaan negeri DAP dikhabarkan untung besar. Bagi ajerlah. jangan dok seronok jer kuar kenyataan.