Thursday, August 18, 2011

SIRI 50 : DAP LAKNATULLAH PEMBOHONGAN MANIFESTO KE 4 DAP PULAU PINANG


LIM GUAN ENG GAGAL DALAM PENTADBIRAN

Pemikiran dan Malaysia Global

  Keadaan system pendidikan kita adalah menyedihkan. Tidak dapat diduga bagaimana kerajaan BN boleh memperuntukkan lebih dari RM 1 Trilion untuk projek koridor dan bukannya memberi tumpuan kepada pembinaan sistem pendidikan yang baik yang jelas menjadi tunggak kepada kejayaan ekonomi Negara.

( selepas kerajaan DAP mengambil alih Pulau Pinang mereka hanya memperuntukan RM 12 juta sahaja untuk program bantuan bantuan pendidikan. DAP terlupa bahawa mereka masih lagi menawarkan skim pinjaman pembelajaran kepada anak pulau pinang dan menuntut semula hutang pinjaman pelajaran.Bukankah satu perkara yang pelik apabila dap meminta kerajaan BN memberi biasiswa kepada mahasiswa sedangkan mereka masih lagi memberikan pinjaman dan tidak memberi biasiswa kepada semua anak penang yang berjaya melanjutkan pengajian.

Jumlah biasiswa kecil negeri yang diperuntukan pada tahun 2010 hanyalah berjumlah rm 1 652 160.00).Kerajan persekutuan dalam bajet yang disediakan untuk negeri pulau pinang telah menyediakan bantuan biasiswa kecil persekutuan sejak sekian lama yang mencecah jutaan ringgit Misalnya, Bantuan Kumpulan Wang Pelajar Miskin  untuk pelajar disekitar seberang perai selatan sahaja mencecah rm 1 juta ringgit pada tahun 2011 yang akan disampaikan pada 20 ogos 2011 ( jumaat). Ini baru seberang perai selatan.

Bagaimana kerajaan negeri boleh menempelak kerajaan BN, sedangkan kerajaan BN memberi bantuan kepada pendidikan pulau pinang mencecah rm 1 billion ( pendedahan telah teman buat sebelum ini)untuk tahun 2011. BN memberi berpuluh kali ganda bantuan pendidikan untuk anak pulau pinang.

DESAKAN MANIFESTO KE EMPAT DAP

Kami hendak mendesak kerajaan BN untuk tidak melibatkan sebarang unsur-unsur politik dan politik keagamaan didalam Sekolah Kebangsaan, menerima dan juga menyalurkan peruntukkan kewangan kepada semua Sekolah Venakular dan menghormati hak pendidikan bahasa ibunda kepada semua pelajar.

( terlupakah dap bahawa bn telah memberi bantuan kepada sekolah jenis bantuan modal sejak dahulu lagi. pembinaan sekolah jenis kebangsaan tamil di batu kawan. bukankah bn yang keluarkan peruntukan?siapakah yang mempolitikan sekolah kalau tidak dap, pas dan pkr?politik keagamaan di sekolah, siapa yang mulakan? sekolah mana yang mengamalkanya? dap tidak mengemukakan sebarang bukti dalam hal ini)

Kami menyokong matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda pelajar manakala pelajar memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka melalui kelas tambahan.

( dalam ini dap terlupa bahawa pembelajaran bahasa inggeris diutamakan oleh sekolah-sekolah bukan aliran kebangsaan dan kerajaan tidak pernah menghalang penggunaan bahasa melayu dalam matapelajaran lain. kaedah mengukuhkan pemahaman bahasa inggeris diguna pakai dalam hal ini )

Kami mahu memastikan Institusi Pengajian Tinggi kita mencapai tahap akreditasi dan pengiktirafan yang tinggi daripada badan-badan antarabangsa untuk membina tenaga kerja yang mahir dan bertaraf dunia dalam usaha untuk bersaing secara berkesan dengan Negara-negara lain. Zaman pengeluaran kos rendah telah berlalu

( apakah selepas dap mengambil alih pulau pinang semua institusi pendidikan di bawah pdc telah mencapai peringkat antarabangsa? tepuk dada tanya selera guan eng. bercakap dan menulis memang mudah. tetapi melaksanakannya amat sukar dan membebankan.pusat latihan kemahiran di bawah kerajaan negeri juga ternyata tidak mampu bersaing di arena antarabangsa. Mujurlah institusi milik kerajaan BN yang mampu berdaya saing.  )

INILAH IGAUAN DALAM MIMPI DAP PULAU PINANG DALAM MANIFESTO MEREKA YANG KE EMPAT.